Susu badan sikit
Kat sini ada tak mommies yg susu dia sikit? Pam ja dapat below 2/3oz. Saya rasa demotivated. Nak kata stress, tak sgt sbb masih cuti bersalin tinggal dgn mak. Pantang pun dah habis. Baby pun banyak mak saya tolong uruskan. Btw, baby saya banyak latch kanan. Kiri kurang. Sekarang kiri nak dapat 1oz pun susah. Rasa mcm nak stop fully mix. Sekarang mix sebab baby asyik bangun minta susu. Ebm sy tak cukup dah. Milk booster mcm tak jd je ngan sy. Nak buat apa lagi ya? Tak lama lg masuk kerja. Macam tak cukup nak sustain supply kat pengasuh and rumah lagi. #firstmom #SeriusTanya
Sama mcm saya time baru nk bg kt taska. Mmg susu xckup. Luckily sy kerja dkt dgn taska anak, so sy dtg time lunch hour utk direct bf. Susu yg diberi pada taska hanya 2botol, each 3oz. Sy akan pam setiap 2jam di ofis, time lunch hour akan pam sebelah dan direct bf sebelah (dpt byk dri biasa bile buat cmni). Dh balik rumah, stiap kli direct bf mmg wajib pam sebelah. Pagi pukul 2/3pg bangun utk buat power pumping. Bile buat mcm ni, ckup lah 6oz utk dihantar ke taska esok nya. Mmg xde stok. Bertahan sampai anak setahun. Tp lepas ank dh start makan sy dh xbangun mlm utk pam. Sy perasan stiap kli sy terlampau fikir susu xckup nk hantar ke taska, next pumping session akan sgt lah berkurang susunya. Tp klu sy xfikir apa2, kdg tu smpai 2oz skli pam. Itupun dh sgt2 bersyukur. Mmg journey yg agak letih tp sweet ☺️. Klu u xstress, nk pam, pam je. Ckup boleh bg lebih. xckup, u topup fm. It’s okay. Sy pun dh ikut smua petua tmbh susu, makan durian, minum horlicks, minum air masak byk, makan berkhasiat, ada masa jadi, tp xlama 😅 Alhamdulillah skrg dh stop pam, sbb anak dh nk masuk 2tahun, direct bf mlm je.
Đọc thêmSis jangan rasa demotivated tau. Breastfeeding journey ni memang stressfull. Saya faham sebab saya pun breastfeeding mom. Kadang bila pump and 1 part dapat below 1oz tu memang stress sangat sangat. Tapi sis cuba minum susu kambing pure or banyakkan minum horlicks suam. Untuk ikhtiar tambah susu. Banyakkan skin to skin dengan baby. Kalau boleh time malam tu df baby skin to skin. Saya takde amik milkbooster. Tapi minum pure susu kambing dengan horlicks. Alhamdullilah, sekali pump satu bahagian dapat 4oz. Setiap hari saya akan pump 1 kali sama ada lepas bangun or sebelum tidur. Saya buat stock 10 pack je. Sebab nanti kerja akan pump jugak 2-3 jam sekali. Yang pump kat office boleh terus bagi pengasuh the next day. And 2 minggu sekali try buat power pumping. Boleh try google power pumping tu cemana. Sis boleh follow instagram @talksyusu dengan @nyusoo.offical Diaorang banyak share pasal breastfeeding tu.
Đọc thêmkena juga ajar baby nyusu kat kiri supaya demand susu tetap ada. sis kena buat jadual pam susu dan consistent buat pada waktu yg sama. selitkan 2 sesi power pumping antara 5 waktu pam. mcm sy biasanya buat lepas lunch dan 2 pagi. consistent buat setiap hari pada waktu yg sama. memang akan nampak perubahan. pada masa yg sama sis cuba cari apa² makanan/minuman yg boleh boost susu. bila makan/minum terasa mcm breast penuh tu maknanya itulah milkbooster sis. kena banyak try cari. jgn bergantung dgn produk² sedia ada. semoga dipermudah semuanya 😊
Đọc thêmSama la sis. Saya pun mcm tuu juga. Mula2 air susu sgt sedikit. Doktor ckp just bagi bby isap puting tuu. Perut bby kecik lagi. So air susu sikit pun still boleh buat bby kenyang. Tapi bby xnak isap puting susu sy melainkan dia dah haus sgt. Terpaksa bagi mix bf and fm utk bagi dia kenyang. Tapi susu saya dah makin byk skrg. Sy dapat byk petua dari senior moms. Dorg sarankan minum air masak byk, minum air horlicks, dan minum sup betik muda. Mmg menjadi kat sy. Skrg bila buat powerpump sy boleh dpt lebih 4oz. Bby bru nak masuk 14hari.
Đọc thêmi feel you mommy. sy dulu add susu formula sbb susu bdn x byk. masa awal² mmg stress. sy cuba kerap penyusuan kat anak, mkn yg berkhasiat cm mknan sup², minum susu tepung mix oat dan byk minum air. bila anak umur 3 bulan keatas, bf da ok. sy stop formula. teruskan bf kat anak. ikut mommy mana yg selesa dan jgn stress.
Đọc thêmSy pam dpt 2-3 oz juga dulu tapi anak sy naik sekilo setiap bulan. Maksudnya susu sy pekat walaupun tak banyak. Maybe sy kena minum air banyak pun ya jugak. Pam ikut jadual. Bagi baby direct feed 20 minit kiri 20 minit kanan. Kenapa dia nak kanan je, puting kiri ada masalah ke mcm bentuk dia lain ke?
Đọc thêmSis ada jumpa LC atau Lactation Consultant tak untuk betul kan latching? Atau check kalau baby ada tongue tie. Sebab kalau selalu latching betul and baby takde tongue tie, paling sekejap latching 10 minit and paling lama 30-45 minit. Saya suggests sis check kalau baby ada lip tie or tongue tie. Boleh follow instagram klinik taqwa bangi atau klinik salam kajang. Dua klinik ni ada buat assessment untuk tongue tie. Kalau anak ada tongue tie diaorang akan release kan. Kalau takde diaorang akan bantu betulkan position and latching baby.
Em cuba sis search dlm bhagian post dlm apps ni, search cara bykkn susu badan.. byk org share cara2 selain mnum milkbooster.. hrp2 adala yg sesuai dgn bdan sis.. klu mmg plan nk bf, dont give up k.. boleh tu sis.. tp klu mmg xleh juga smpai ganggu emosi semua, xpe.. blh bgi full fm juga..
klw kurang minum air masak..boleh try minum lebih sikit...nurse kat wad dulu pun pesan air masak biar minum byk xpe..sbb tu salah satu sumber susu kita...org tua2 dulu dulu x bg minum air byk2 sbb nnt kerap pegi tandas..try lebihkan sikit dulu tgk mcm mna..byk sgt pun x boleh jugak..
sis kene banyakkan minum air.. sekurang2nya 2L. mkn makanan sihat seimbang.. minum susu atau booster untuk pekat kan susu.. klu betol2 nk fully breastfeeding mmang kene ber sungguh.. kene tgok cukup x minum air.. mkn mknn yang elok x.. pekat ke x susu.. ada rasa rangsangan ke x time bg susu.. so nnti kita tau susu kita kurang ke masih banyak ke.. nk fully breastfeeding mmang penat tp berbaloi.. klu rasa stress sbb keje lg kn.. campur pon boleh.. diri kita pon nk kene jaga.. x Salah pon klu campur.. buat keputusan tgok pada kemampuan kita.. semoga bermanfaat
Masa anak minum fm, pum tak susu? Pum/bfeed setiap 2,3jam kedua2 belah..dan normal je kalau pum 2,3oz tu.. Bg sy bykla tu.. Sbb sis ada masa bf kan,just maintain demand 2/3jam utk kedua2 belah breast.. Jgn tgk org yg pum2 dpt 10oz tu, tu kira mcm oversupply dah utk baby newborn..
Ya. Ada pump waktu baby minum fm. Malam2 saya bf dia. Cuma risau waktu kerja nanti tak cukup sbb penat or stress kerja.
Pam setiap 2 jam. Follow jadual. Awal2 mmg sikit tp teruskan je kalau sis betul nk bf. Saya pun mcm sis dulu time 2 3 bulan. Tp akhirnya saya berjaya fully bf sampai skrg anak setahun. Kena fahamkan konsep supply & demand