Bolehkah saya berpuasa
Hi. Kandungan saya dah 5w5d dan bolehkan saya berpuasa. Saya bersahur tetapi bila bekerja, tenaga seolah-olah drained teruk. Bahaya ke kandungan kalau saya teruskan berpuasa atau saya perlu berbuka jika rasa terlalu lemah? #firstbaby #pleasehelp
Kalau boleh early pregnancy ni elakkan berpuasa. Kena byk mkn mknan berkhasiat sebb time ni la bby nk develop and mmbentuk dlm perut. Puasa tu boleh ganti. Awak kena fikir keadaaan baby jangan selfish. Cuba halfday puasa, kalau tak larat berbuka la makan. Kawan i pernah paksa puasa tp time tu dah 8bulan,tiba2 baby tak active so dia terpaksa induce untuk beranak. Anak dia lahir tak cukup bulan so bby tu kecik. So dear, bukan apa la. My advice, kalau rasa memudaratkan, puasa ganti lah next time. Dlm islam pun tak paksa kita berpuasa kalau memudaratkan. Dari apa2 jadi kat kandungan, menyesal kemudian hari sis. Take care
Đọc thêmPuasa boleh ganti, kalau tak larat buka ja terus.. Saya sekarang 4wks lebih tapi dah mula muntah. Lepas sahur ja muntah habis semua nasik.. Memang saya tak puasa terus sbb risaukan janin.. Saya penah gugur sbelum ni jadi kali ni saya x nak amek risiko lansung.. Doakan saya dapat lahirkan anak yang sihat.. Semoga kita semua dimudahkan perjalanan mengandung dan melahirkan. InshaAllah
Đọc thêmhai,hujung2 puasa nie sy baru dapat tahu yg sy pregnant dah 4w3d,xpe ke kalau sy teruskan puasa rasa syg plak dalam masa yg sama sy risaukan kandungan sy sbb sy baru je gugur bln 11 tahun lepas fobia tu masih ada..buat masa sekarang nie sy alhamdulillah larat lagi mudah2an Allah permudahkan sampai akhir puasa
Đọc thêmsy lebih kurang usia kandungan dgn awk , waktu kerja mmg tenaga out and rasa letih sngt padahal baru je sampai kat office . Ada hari sy xdapat puasa sbb letih sngt tp ada hari walaupun letih sy tetap puasa 😊 depends on your condition sis , semoga kita diberikan kekuatan for our baby 💕
Kalau takde morning sickness dan larat berpuasa, ok je boleh teruskan puasa. Tapi kalau tak larat sangat, buka je puasa. Listen to your body. May Allah ease
Ye awak, boleh berpuasa, tapi jika memudaratkan diri, digalakkan berbuka. Jangan paksa kalau tak larat. ✿
kalau tak larat buka je.. badan kering sgt takot risiko keguguran jugak.. banyak kan minum air masak
Post ni dah 3months lepas. Kenapa laaa masih ada yg reply sampai naik kt feed balik 😐