MURTABAK AYAM KULIT POPIA
Inti Ayam : 2 labu bwg besar dipotong dadu kecik2 3 ulas bwg putih,ketuk dan cincang halus 1 cm halia ditumbuk halus bersama lada hitam biji 3 keping dada ayam dipotong dadu kecik2)@boleh guna ayam Kisar Ramly Sebiji ubi kentang besar, kupas kulit dan potong dadu kecik2. Rebus empuk dan toskan. 2 sd makan rempah kari daging cap O 2 sd Rempah Kurma cap O @lain2 brand 1/2 sd makan lada hitam biji ditumbuk halus Garam halus secukup rasa 1 sd makan serbuk Hilal Sedikit gula Daun sup dihiris halus secukupnya Kulit popia 2@3 biji telur@secukupnya,ikut kuantiti inti. Tapi jgn cair sgt bancuhan inti lepas disatukan dgn telur Cara2: Inti ayam 1.Tumis bwg besar, bwg putih,lada hitam dan halia.Kacau2 hingga naik bau. 2.Masukkan rempah kari dan rempah kurma yg dibancuh dgn sedikit air panas. Kacau hingga wangi,tambah sedikit air dan kacau hingga rempah kering naik minyak. 3.Masukkan ayam,kacau2 hingga ayam kecut. Masukkan kentang dan kacau rata hingga hampir kering. 4.Masukkan garam, gula dan Hilal.Last masukkan daun sup. Kacau2 dan rasa sebelum tutup api. Kalau perlu,tambah sedikit garam. 5.Biarkan sejuk .Kemudian campurkan inti dgn telur mentah yg telah dikocok. Kacau rata.. Cara buat Murtabak : 1.Ambik sekeping kulit popia, bentangkan kulit popia atas pinggan. Letak sedikit inti dan ratakan. 2.Lipat bentuk 4 segi,kemudian goreng dgn sedikit minyak dlm kuali nonstick hingga masak kekuningan. 3.Masak dgn api perlahan dan tutup kuali ketika masak supaya inti telur masak sepenuhnya.Siap...sedap dinikmati panas2 bersama kuah jeruk bawang@sos cili. Makan mcm tu pun dah sedap 😊 Boleh tambahkan cili serbuk@cili kisar dlm bancuhan rempah utk masak inti ayam. Saya x letak sbb takut pedas, baby X boleh makan 😊 Kredit Resepi : Zurina Kifli #20Jan2021 #IbuRA #TAPSuperMoms #TAPactiveusers