Normal ke?

Hai semua saya nak tanya. Normal ke kalau awal2 kita akan rasa macam takda hati lagi dekat baby kita? I means macam takda bonding antara ibu & anak. Entah lah. Baby dah sebulan 10 hari tapi saya still rasa macam kosong. Rutin hari2 bagi susu tukar pampers. Kadang2 ada rasa sayang kadang2 rasa kosong. Hmm normal ke bila first time jadi ibu macam ni?? Ada cara tak nak atas benda camni? Btw anak jenis kuat meragam. Nak apa2 mesti menangis menangis menangis kadang rasa stress sangat sangat#ingintahu #firstmom

4 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

mungkin normal sebab saya pun mcm tu jugak. sebab stay hosp lama (2x masuk hosp) badan penat mental penat sbb xtau nak buat apa kat baby kalau nangis. hampir sebulan jugak sy rasa mcmni sampai 1 hari mengadu dekat husb, husb cakap mcmni "sabar, org lain nak anak bertahun tak dapat" masa tu memang rasa tertampar sgt. sebab org sekeliling saya susah nak dpt anak..start haritu saya mula fokus kt anak, beli apa yg buat mummy dia happy tgk anak dia..cth: beli baju comel2. beli mainan. mainkan lagu. beli tilam baru. apa2 saja yg boleh jdkan terapi kat diri sendiri jugak. saya pun first mom. baby blues tu benar.. walaupun support dr husb n mak sndiri sangat2 tinggi. sy jd stress sbb masuk hosp banyak kali. kita sama2 kuatkan bonding dengan anak ok. 🤍

Đọc thêm

Jgn rasa bersalah kalau rasa kosong tu ada. Inshaallah akan terisi juga nanti dgn rasa syg pada baby. Bukan salah awak kalau rasa mcm tu. Semua benda ambik masa, mcm baby pun ambik masa utk kenal kita balik di luar mcm ni. Sy pun mcm awak, rasa yg sama, baby yg sama kdg2 nk nangisssss je kerja. Dh lah sorg2 kena jaga malam apa semua. Sy pun asyik nangis. Nk luah pun dh sehabis luah, apa lah yg org blh faham. Tapi sy ada baca aritu, baby ni takda sapa2 melainkan kita, nk apa2 pun tak pandai cakap tak pandai luah. Sian dorg. Benda tu buatkan sy dpt terima sikit2 bila dia meragam. Semoga Allah permudahkan utk kita semua sis amin

Đọc thêm

Sebab kita dalam proses nak adapt kot sis. Saya pula akan rasa macam tu sedih, termenung ingat masalah tiap kali breastfeeding. Saya ada baca, yg tu dipanggil D-MER. Dysphoric Milk Ejection Reflex. Rasa negatif macam sedih, cemas, marah semasa menyusukan bayi.

mungkin awk tgh alami ppd. postpartum depression. share ur thought dgn husband..jgn simpan sorang2.