Pengalaman c-sec
Hai mommy! Boleh share tak pengalaman & prosedur elective/emergency czer? Tips2 lepas bersalin & nak jaga luka czer. Anything pasal czer. Saya sekarang 33weeks. Bakal bersalin czer on 37w. InshaAllah. #firsttimemom
Pengalaman sy emergency czer sbb baby distress (lemas sbb lama sgt nk keluar masa meneran). 1st Dr akan cucuk ubat epidural kat blakang area tulang punggung sbg ubat bius. Lps tu trus rasa contraction hilang sepenuhnya. Saya kne bius separa jadi sy boleh saksikan kejadian masa pembedahan. Tirai perut ditutup jgn risau. Awk hanya nampak lampu bedah besar tu je atas awak dan nurse yg ramai disekeliling awk. Ubat bius sapu pun Dr ada apply kat perut sblm pembedahan. Semasa pembedahan, badan automatik menggigil sbb efek bius x silap. Tak rasa sakit langsung sepanjang pembedahan. Sakit akan mula terasa setelah 6jam lps pembedahan dimana power ubat bius dah habis so awk akan bergantung dgn pill tahan sakit yg dibekalkan hospital. Beg kencing akan dipasang pada saluran kencing awk sbb beberapa jam (lupa brapa jam) slps pembedahan awk x dibenarkan bergerak, mkn, minum. Lps dia cabut, boleh bangun. Dan mmg time tu Dr paksa awk bangun sendiri sbb apa pun sy dah lupa maaf 😅 Luka czer sgt lama nk sembuh sbb dia major operation sama situasi mcm pembedahan penyakit lain. Pantang a little bit different. Sblm tu nk citer situasi masa pantang. Sepanjang tu mmg seksa sgt nk berak, kencing, batuk even ketawa pun susah. Nak tunduk ambil brg apatah lg. Minggu pertama dan kedua sampai pundi kencing penuh tgh mlm sy ingt lagi rasa senak pastu minta suami papah nk bangun gi toilet. Buang air besar pun sy dlm keadaan berdiri tp berpaut pada something. So penjagaan pemakanan amat penting. Luka czer kne jaga betul2 mcm pihak hospital ajar. Guna ubat sapu yg dibekalkan. lps mandi keringkan dia betul2. Dap2 dgn kapas kemudian keringkan lg dgn hair dryer. Klu lembab nnty bernanah. lagi parah jahitan terbuka blk dh satu hal kne gi spital blk. Pantang makan - no mknn berminyak - no mknn berangin - no mknn pedas - no mknn keras atau apa2 yg bikin sembelit - no mkn minuman sejuk - bykkan air masak - bykkan serat dan buah. (buah yg disarankan oren. Lelain sy x pasti tp epal rasanya ok juga) - Jgn mkn ikan haruan, pati dan seumpamanya. Ya dia percepatkan penyembuhan tp dlm kes czer (luka besar), awk memaksa dia utk sembuh cepat. Akibatnya daging dlm badan tu dia bercantum sesama sendiri risau melekat dekat organ lain pula. Biarkan luka czer sembuh sendiri secara natural. pantang lain - jgn angkat berat. Even setelah setahun awk dh boleh beraktiviti kasar atau angkat berat pun masa tu still rasa denyut kat tmpt czer (pengalaman sy). - pemakaian bengkung patut elak awal minggu 1,2. Jgn paksa diri. Pakai bila rasa mcm badan boleh accept. tu pun xperlu pakai ketat2 sbb bengkung pd sy x menjamin kempiskan perut. Sy dlu x pakai sbb xmampu. Perut kempis blk ramping mcm sblm pregnant 26 inch Alhamdulillah hanya dgn jaga makan. yg penting air sejuk pantang setahun klu nk pinggang cantik.
Đọc thêm