fibroid semasa pregnant
hai mommies nak tanya ada sesiapa tak yang ada fibroid masa pregnant? boleh share pengalaman? ada sakit kat mana2 ke? perut selalu mengeras ke? baby macam mana? growth baby macam mana? first mom with 10*8 cm fibroid here.. #mohonbantujawabbunda #pregnancywithfibroid
28w pregnant. Last scan fibroid masa awal-awal mengandung saiznya 5-6 cm. Sebab lokasi fibroid saya kat luar dinding uterus, tak perlu selalu jumpa pakar. Nanti 33w baru jumpa pakar lagi. Sebab fibroid kat luar uterus, boleh rasa ketulan keras kat perut ni. Kadang-kadang rasa juga bahagian fibroid tu macam sakit. Tapi selalunya tak lama sakitnya. Pakar pun pernah cakap kalau ada fibroid, ada kemungkinan masa mengandung fibroid tu akan sakit. Kalau sakit boleh jadi sampai tahap berguling-guling dan kena masuk wad. So far, alhamdulillah tak ada kena macam tu. Sebab saya pertama kali mengandung, saya tak faham bila orang kata perut mengeras tu macam mana. Sebab saya rasa macam selaluuu je perut mengeras. Rasa macam senak, macam kalau tak mengandung, kita makan banyak sangat sampai perut rasa penuh dan bloated. Jadi saya tak rasa risau. Baby pun hari-hari ada je gerak. Saya belum start kira baby kicks. So asalkan dia gerak saya ok je.
Đọc thêmSy wktu ank 1st ad fibroid sbsr 7cm sblh kiri bwah tulang rusuk.. 7buln detect sbb bby mngeras..then msuk ward premature smlmn then dmsukkn ubat.. pstu pg tu transfer ke ward biasa..lpas 3,4 hri discharged .. appointment 2minggu skli..bila fibroid mngecil off appointment dkt2 nk bersalin.. skrg prggy lg.. alhamdulillah dh xde sakit dh
Đọc thêm