Risiko kehamilan 6w
Hai mommies, nak tanya, ada risiko ke awal kehamilan (6w4d) kt kandungan kalau naik moto pegi keje? Hentakan² akan mengakibatkan keguguran ke? #1stmom
Hi, risiko tetap ada sis. Tapi semuanya bergantung pd kekuatan rahim ibu masing2. Yg mudah gugur ni selalunya xkuat. Kalau sis mmg dh xde pilihan kne jugak naik motor, sy nasihat berhati2, bawa slow2 dan elakkan lubang atau bumper ya
Tak pasti nak kata mengakibatkan keguguran atau tidak. Tapi bawa la motor tu elok2. Elakkan jalan yang berlubang dan berhati hati. Saya dari awal sampai hari nak bersalin naik motor pergi kerja. Suami bawa secara berhati-hati.
Sama-sama. InshaAllah semoga dipermudahkan urusan awak.
elakkan langgar lubang atau lopak , bawa slow bila sampai area bonggol , always alert dengan persekitaran jalan ok sis 😊 . saya dah 33w masih pergi kerja naik motor . inshaAllah takada apa apa , doa baik baik ja 💕
aamiin.. InshaaAllah.. tula.risau. skrg bawak jalan jauh sikit yg kurang bonggol, lubang2.. semoga dipermudahkan urusan awak ye, dh xlama tu ❤️
Pengalaman saya masa isteri bersalin boleh... Tp Jga2 bila hentakan Dan jarak perjalanan... Tidak terlalu jauh.... Itu je... Tp klu was2 naik la kereta...
pegi & balik dlm 30 minit naik moto.. bawak slow2, dan sy elakkan hentakan. tp minggu depan InshaaAllah akan tukar naik kereta..sbb risau jgk. terimakasih tuan sharing..
In sha Allah boleh, sy dr buka buku sampaila 35 week skrg pergi kerja checkup hosp klinik naik moto, jgn bwk laju2 sangat, elak lopak2 air doa yg baik2
InshaaAllah.. terimakasih share. semoga dipermudahkan urusan sis, dah xlama nak jumpa baby tu ♥️
sy ada terbaca kisah org tu gugur sbb naik motor, tp perjalanan yg jauh laa, awk klu dekat2 je xpe kot plus bwk slow2 je jgn trhentak2
baik.. itulah. berusaha elak lubang2 dalam & hentakan. smoga kandungan saya kuat.
First trimester adalah fasa rahim tak kuat lagi. Kalau boleh cuba elakkan atau bawa motor perlahan lahan. Kena hati2
InshaaAllah..hrp2 xde pape. nanti sy rujuk doctor ❤️
Mummy of 2 heroes ❤️