Susu baby 1 bulan
Hai mommies. Nak minta pendapat, baby saya dah sebulan lebih. Setakat ni saya bagi dia susu badan dan fm (dupro) sbb kadang2 susu saya xberapa byk utk baby. Tambah2 bila dia dh makin besar, lagi kuat mnyusu. Setakat ni berat badan dia ok, berak pulak 5-7 hari sekali. Najis dia kuning2 mustard xcair sgt x keras sgt. Dia selalu kentut. Kentut pun mcm org dewasa dh bunyi nya 😅perut xkeras. Selalu lepas minum susu fm, dia akn bunyi mcm berdehem sikit, dan akn bebunyi mcm dengkur time dia tido. Tp dia x batuk atau selsema. Saya dah pernah tnya doc hal ni (hal berak baby, bunyi mcm kahak) tp doc jwb as long baby xmeragam xde masalah. Dan dia sarankan saya fully bf je 😂 . Masalahnya susu xberapa nak ada. Jadi mommies yg ada pengalaman,apa pendapat anda? Perlu ke saya tukar susu dupro? Sebelum ni pernah tukar ke lactogen, najis baby warna hijau gelap. Terus guna dupro semula. #firstmom.