Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.
salam doctor, apakah langkah pencegahan utk mengelak virus influenza bg bayi ketika berada d tempat awam? kita yg dewasa blh mnggunakan mask,baby??sbb baby sy dlm keadaan siht skrg risau bila berada d klinik akn bjngkit dgn org lain yg ad influenza. Apakah yg perlu sy lakukan,menunda tarikh bjmpa doctor?atau pergi shj ? sy harap doc dpt mmbntu. terima kasih #iburisau
Đọc thêmHello slmt pagi, sa ada demam pd 20hb. 1.20..dlm dua hari jg demam sama selesema dan batuk. Pd hari ke 3 tu sa batuk, hidung tesumbat dng hingus..sampai skrg sa masih selesema dan batuk. Sa x jg jalan2 d tempat yg ramai org mcm shopping mall cuma sa ada pergi klinik kesihatan penampang dan memang banyak ibu2 yang selesema dan batuk masa tu. Mungkin sa tejangkit masa tu.
Đọc thêmNampaknya anda mempunyai tanda-tanda penyakit influenza atau batuk selsema biasa. Sekiranya demam berpanjangan dan tidak sembuh walaupun telah makan ubat demam, tidak boleh makan/minum selama lebih dari sehari, anda perlu ke hospital untuk dimasukkan air melalui drip dan mendapatkan ubat tamiflu
Hii assalamualaikum...anak 3 org batuk dan selesma, bila bersentuhan kulit sy dgn badan diaorg ,sy rasa panas tapi bila oegang guna telepak tangan x pula panas..sy check guna thermameter pun x panas...soalan saya adakah h1n1 boleh terjadi tanpa demam?? Sy takut la ..hari tu masa anak yg first batuk tpi doktor ckp x payah check darah sebab x demam jadi bukan h1n1...
Đọc thêmTerima kasih dr
Salam. Doc, dlu ank sulong saya lahir normal, 3.7 kg tapi lepas lahir terus dpt jgkitan paru2, sbb waktu lahir tu dia tak nangis, apgar die rendah (4 rasanya). Kemudian doc pesan ada kmngkinan puncanya adalah anak tu besar. Dan anak kdua pun ada kmgkinan besar juga dan kena hati2, adakah benar bgitu?
Đọc thêmBerkenaan kes influenza ni yg saya tau tempoh penularannya bermusim. Pada pandangan doktor, waktu bila adalah masa paling sesuai untuk ambil suntikan vaksin ? Dan berapa lama jangkahayat vaksin tersebut boleh bertahan di dalam badan individu bagi kanak-kanak yg berumur 2 tahun - 6 tahun?
Hi doktor, saya nak bertanya. Berapa kali kita harus ambil vaksin? Saya pernah ambil vaksin kerana ke luar negara pada March 2019. Sekarang saya hamil 28minggu. Adakah saya perlu ambil lagi vaksin untuk cegah kes influenza ini doktor? Ataupun sudah tidak perlu? Mohon jawapan doktor. Terima kasih.
Salam doktor. Berapakah usia bayi yg sesuai utk mngambil vaksin influenza? Melalui bacaan saya, bayi seharusnya 6 bulan keatas utk mngambil vaksin influenza. Jika begitu bagaimana pula bwh 6 bulan? Ada kaitan tak antara vaksin pneumococcal dgn vaksin selesema? T.kasih (bayi 3 bulan)
Bayi berumur kurang dari 6 bulan tidak boleh mengambil vaksin kerana tidak ada maklumat atau kajian yang mengatakan ianya selamat untuk bayi berusia kurang dari 6 bulan. Utk bayi berusia kurang dari 6 bulan, hanya perlukan langkah pencegahan dan berjaga-jaga kebersihan, elak tempat awam. Tidak perlu ambil vaksin Vaksin penumococcal diambil untuk mencegah jangkitan kuman di paru-paru yang berpunca dari bakteria penumococcal. Vaksin influenza diambil untuk mencegah jangkitan virus influenza
Assalamualaikum dr, saya bertanya pendapat dr berkenaan membawa bayi yg ke kawasan ramai orang cthnya pasaraya membeli belah, kenduri kahwin atau pun sekolah ketika musim influenza... Rata2 saya lihat ada ibubapa yg membawa anak2 ke kawasan begini.. Semoga anak2 kita dilindungi dari penyakit
Ya. Di musim influenza ini, tidak digalakkan untuk keluar atau membawa anak-anak ke tempat awam yang ramai orang, jika tiada keperluan mendesak, kerana influenza boleh merebak melalui sentuhan, udara dan titisan air liur
Dr sy nak Tye...anak sy 9 bulan..selalu alami dmam bila masuk bulan...sekarang on of dmam dia .sy jmpa dktr gov dia cme bg ubat sahaja....tanda2 dia dmam n batuk bkahak...suhu dia 38 cek..PLU x sy ke swasta u cek pyakit lain...apakah saranan dktr..sbb gov bgtau tiada apa2.
Assalamualaikum doktor..sy nk tnye,vksin pneumococcal yg mne ye sesuai utk ank berumur 2thn 4bln,dn prlu brape dos ye...bolehkh diambil sekali gus dgn vksin influenza atau prlu jarak beberapa mgu/bln..adakh akn ad kesan smpingn utk kedua2 vksin trsebut..trima ksih😊
1. Vaksin pneumococcal yg mne ye sesuai utk ank berumur 2thn 4bln = Elok ambil vaksin prevenar 13, hanya perlukan 1 dos sahaja, ia boleh bertahan sehingga usia 65 tahun, selepas 65 tahun, perlu suntikan tambahan untuk booster 2. Bolehkah diambil sekali gus dgn vaksin influenza = Ya. Vaksin pneumococcal boleh diambil sekaligus dengan vaksin influenza, tapi dicucuk di 2 tempat berbeza 3. kesan smpingn utk kedua2 vaksin trsebut = Tiada kesan sampingan. Mungkin boleh mendapat demam dan sedikit sakit di bahagian injection. Tetapi kebiasaannya demam dan sakit itu akan hilang selepas 1-2 hari