Hi mummy semua boleh tak Share tentang cara cepat hamil sebab ttc 4 years 🙏🥺 tq mummy2 semua

Doakan saya cepat hamil tq 🙏

20 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sis boleh cuba kaedah OPK (Ujian kesuburan), boleh beli dlm shopee ambik size 6mm, bentuk sama mcm upt strip tu, kaedah ni sangat membantu cari waktu subur, bila opk dah positif (+ve) (naik 2 line pekat atau test line lebih pekat dari control line), Sis dah boleh bd (bersama suami) waktu positif nii sangat tinggi % utk pregnant, sis dah boleh bd sehingga test opk menjadi negatif (-ve), test line dah pudar, bila dah negatif ni dah masuk fasa selepas ovulasi/dpo(day past ovulation) dari fasa ini sis boleh bersama suami sehingga hari pertama opk negatif sehingga hari ke 6 iaitu dpo 6, fasa penempalan bermula dpo 7-10, Hari dpo12 (hari ke 12 selepas opk negatif), dah boleh buat UPT test, waktu pagi / waktu subuh. Saya share dkt sini atas pengalaman diri sendiri, berjaya pregnant gunakan kaedah OPK test ☺️

Đọc thêm
Post reply image

Sy tak pandai dlm bab mcm ni. Tapi apa yg sy blh ckp, dgn pengalaman sy sendiri. Check waktu kesuburan, dan kerap bersama. Lps bersama baring lama sikit tinggikan sikit punggung sbb tknk bg air mani kluar 🤭 Kita usaha, dan serahkan urusan pd Allah. Klu betul rezeki, Allah akan kasi. Lambat laun akan terima juga. Cuma bersabar ye. Lain org cepat rezeki anak, lain org lewat sikit rezeki anak. Yang pasti Allah tetap akan berikan bila sampai waktu yg terbaik dan sesuai. Semoga sis dan suami dikurniakan rezeki zuriat tidak lama lagi. Aamin ya rabb.

Đọc thêm

Salam sis, Saya tak janji tapi pn boleh cuba. Macam saya kalau datang bulan saya minum jus delima lepas abis period terus makan makjun dsri @makjun.albarokah (ig) alhamdulillah 4 bulan tk de discharge ovulation bulan lepas terus ovulate dan saya dah 7 weeks pregnant. apa2 pun kalau rasa nak refer kat hosp okay je tapi istaqamah dgn amalkan makan makjun macam saya. Lain org lain kan badan tapi insyaAllah Allah akan bantu. Dan saya ada google Maca powder bagus untuk fertility, saya ada beli tapi tk dan minum sebulan 2 dah preggy.

Đọc thêm
Post reply image

jaga makan exercise laki bini... jgn bini je berusaha.. cek kesuburan kalau ada duit cek kesuburan kat swasta tgok tlur ok ke tak jmpa pakar puan lelaki check sperma. bole gak kat govt tpi lama skit kadang betahun .. jgn percaya herba2 mgarut suppliment2 trutama folic acid tu bukan untuk kesuburan yea.. punca utama susa lekat stress elakkan.. kalau bole benda yg bole bg stress lari dri stress tu. love n hugs for u good luck

Đọc thêm

Saya tahu ni cuma kepercayaan kolot. Tapi kan ada satu petua yang turun tenurun kitaorang ni percaya. Kalau nak cepat pregnant , pergi minum atau rendam kaki dekat pulau bunting , Langkawi. Itu mitos je 😂 Saya bagitahu sebab teringat balik apa yang makcik2 saya buat untuk pregnant. Jangan percaya sangat sebab takut jatuh khurafat pula. Tapi kalau sekadar nak cuba mungkin boleh.

Đọc thêm

Boleh try amek jamu kunyit or pape jamu pun okay. Pastu sis kena always keep track yr ovulation day every month. And masa nak bersama, sis amalkan foreplay dulu. Sebab foreplay untuk warm up before start mendayung. And jangan lupa amek folic acid. And most important, don't give up easily. God will give it to you at the right time ✨

Đọc thêm

Sy pcos dri zmn bljr. Dh mkn pil hormon tiga tahun. Sthun sblum khwin sy stop sbb plan nk conceive. Jumpa dr utk mulakan rawatan kesuburan. Seeloknya jmpe dr utk buat full checkup, sekali pakej scan rahim n ovaries. Pemakanan kena jaga, yg sihat2 je. Fast food kurangkan sekali dgn gula jgk. Semoga dipermudahkan segala urusan sis.

Đọc thêm

try minuman herbal sis. Masak air+halia+serai+kunyit hingga mendidih, Masukkan madu+air limau nipis. minum semasa masih suam. amalkan setiap hari (suami n isteri) however, semua dengan kehendak Allah. Luruskan niat, maksimalkan ikhtiar, dan berdoa dengan khusyuk. semoga Allah memberikan zuriat kepada sis♥️

Đọc thêm

sis try beli opk test dkat shopee untuk detect hari subur kita bila. kalau period sis jenis teratur lagi senang . boleh tgok dkt tiktok banyak tutorial mcm mana nak buat . saya buat cara ni Alhamdulillah tunggu hari nk bersalin je ni . semoga dipermudahkan segala urusan sis Amin

Consume supplement coq10 ubiquinoul brand jarrow formulas 200mg sehari slma 4-5 bulan mcm tu utk tingkatkan kualiti ovum/sperm. Setiap pagi isteri buat fertility yoga dlm 15min boleh tgk video kat youtube. Kencangkan doa minta kpd Allah. InShaa Allah.