Tips pantang selepas gugur
Boleh share skit2 klu sudi apa pantang lps keguguran. Sama mcm lps mengandung ya? dan brapa lama. Ni first time pregnant dan gugur 😕 Apa yg penting dn tak boleh tinggal?
Sama saya sis, sis week brapa, kalau saya week 12, tapi pantang sebulan macam bersalin, mak saya jaga betul2. Kira dari saya admit wad sbb bleeding teruk, doc dah bagi lauk pantang, mmg macam bersalin, kalau sis nk berurut lepas 2 minggu ya, sbb kalau saya tak berani lagi sebelum dua minggu. Berurut pun macam bersalin, satu badan 3 kali cukup dah. Minyak panas tu sis sapu dari pinggang ke kaki, sbb kaki kita cepat lenguhh and pinggang pun sama. Kalau nk bertungku pun boleh, sis tungku di pelipat2, jgn di perut terus ya. Mandi air herba, kalau tak nak buat sebulann buat 2 minggu, tok bidan saya mengurut, dia cakap 20 hari cukup dah,jaga betul2 sis, insyallah. Semoga dipermudahkan.
Đọc thêmsaya hari tu pantang 2minggu. sama je mcm lepas bersalin. cuma xde guna param pilis. kaki letak minyak panas n pakai stokin. berurut 3hari + mandi herba masa tu. kalau berurut saje pon xde masalah. jaga emosi. byk kn rehat. makan sama mcm org bersalin. bykkn halia dlm makanan. kalau beli makanan set pantang tu pon boleh. lepas tu sye pakai bengkung n sapu minyak panas. yg penting jgn bgi perut kosong. nanti jadi gastrik. elakkan makanan sejuk. minum air masak byk². jgn buat kje rumah sementara 2minggu ni. lagi satu mak sye pesan dlu, jgn mndi mlm. mndi pakai air suam. bagi badan relax.
Đọc thêmbaik2 trima kasih ye. semoga sy rajin buat smua ni. slama ni x thu la gugur rupanya pantang lebih kurang mcm bersalin.
kalau keguguran trimester pertama, pantang 2 minggu atau lebih ya 🤗 makan nasi hangat , jangan makan yang sejuk nanti masuk angin. mandi air hangat . bertungku . pakai stokin dan jangan lupa berurut lepas habis pantang 🤗
okay2 baik trima kasih ye. sy gugur trimester pertama 12weeks.