Step selepas positive
Boleh ke share macam mana journey & step2 selepas UPT positive utk dibawa ke hospital ? Saya ada baca yg kita kena bawa sijil nikah kalau nak register. Tapi dikira saya baru nikah bulan 8 tahun lepas, kad pun tak buat lagi. Sijil memang takde terima masa akad nikah. Ada slip warna hijau sahaja yg suami saya simpan. Jadi macam mana ye ? Dan. Kalau kita choose nak pegi hospital swasta instead of kk, boleh ke ? Mmg kena buka buku pink dkt kk dulu ke atau boleh direct ke swasta ?
first sekali, amik sijil kahwin kat pej agama. next, awak kira dari tarikh first period awak baru ni, awak dah berapa week. kalau 4w, kantung masih tak nampak kalau scan, ada rezeki boleh nampak, ada yang tak. better scan masa 8w, boleh dengar heartbeat sekali. done scan, awak call kk untuk set appointment untuk bukak buku pink. tapi kalau awak choose bukak buku dengan hospital/klinik swasta, call diorang untuk set appointment. selalu orang bukak buku dan checkup kat kk sebab semuanya free. bukak buku kat kk, bersalin swasta pun boleh je. yang penting bukak buku pink sebelum 12w.
Đọc thêmkalau kk sy dia nk scan yg ada nmpk janin . so awak bole je pergi klinik luar , scan mcm biasa.. then call kk / set appointment online . nt dorang akn bg tarikh utk dtg buat buku . kena bawak salinan ic suami & isteri , salinan sijil nikah . sijil nikah ni biasa kne dtg pej agama utk minta sijil ori . then masa buat buku tu ,nt dia akn tye laa sejarah sakit fmily , anak keberapa, cek hb, cek tekanan drh , urine...apa smua la.. lama jgk laa . kalau nk g swasta . rasanya takyah p kk dah . boleh direct swasta.
Đọc thêmFaham sis. Terima kasih sudi share. Sijil tu sy takde info apa2 dari tok kadi. Suami pun tak tahu sbb tok kadi tak inform. Pg td saya call pejabat agama. Mmg kena ambik lepas sebulan nikah. Dah few months baru saya tahu 😅
Kalau plan branak swasta pg je trus swasta takyah kk pun takpe. Tp kalau nak branak kerajaan better buka buku kk tu. Saya nak branak swasta tp saya buka juga buku kk sbab incase apa2 so ade backup. And also masa saya buka buku pink nurse kk saya x minta apa2 pun. Cuma IC saya and gambar scan je. Lain x minta dah. Better call kk tanya. Call kk ckap nak appointment buku pink. Pastu tanya skali ape perlu dibawa..
Đọc thêmUtk backup tu mcm mana sis ? Apa maksud dgn back up tu ?
sama la.. dapat kertas hijau yg a4 tu je.. saya dah buat kad nikah.. tp belum pegi ambik lagi sebab xda masa nak balik kampung lagi. baru igt nak guna kertas hijau tu ja utk bukak buku. tp since sis dah cakap mcm ni risau pulak kk x terima.. 🤣
ehh.. bole je.. ikot kariah kita sis. saya kedah. asben selangor. nikah kat kedah. so terus buat kad tu kat kedah. skrg ada kat selangor. xda masa lagi balik kedah.
knp xdpt lagi Sijil nikah sis?nikah bulan 8 tahun Lepas Kan..agak lama jugak la..sy pon nikah bulan 8 tahun Lepas..xsmpai 1minggu pjbt agama call suruh ambk Sijil and kad nikah...sis try mtk pjbt agama Siji and kad...
Sebab sy tak tahu sis. Tok kadi takde inform suami atau siapa2 call pun pasal sijil tu kena ambik sendiri. Kami ingat dia akan bg masa hari nikah tu terus. Saya baru confirmkan dgn pihak pejabat agama yg sebulan lepas nikah boleh ambik. Mungkin nak pegi ambik next week.
Gorgeous Mommy