PAC . first mom ..skrg 33w...wktu 28w sy kerap ke pac sb bby kurang gerak ,mngeras dan keputihan

Bila pergi pac bby gerak aktif pulak...tp ada seorg dua misi dkat sana suka perli mmbuatkan sy kurang selesa...hmmm...perli seolah² sy ni mngada sdgkan sy yg rasa smua tu as a first mom.. 30w sy pergi lg..sb gerakan tak.cukup 10x...sy pergi pukul 2pgi...kena perli jugak ..ckap sy kira tak betul la apa laa...kdg² malas nak p pac sb sesetengh misi tu...tp nak buat mcm mna kan risau bby dlam perut ni.hmmm

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

awak kena monitor timing baby aktif waktu bila. kalau kata baby kurang gerak dalam 1-2 jam, awak cuba minum air sejuk, makan coklat, baring tenangkan diri, pujuk baby dalam perut, cucuk2 perut. kadang bila kita rehat, baby aktif, bila kita aktif baby pulak tidur. fasa awak sekarang ni baby masih kecil, ada banyak ruang untuk dia gerak, mungkin gerak dia halus. nanti masa hujung nak due, 37w ke atas inshallah makin jelas rasa dia gerak. kalau kata kerap mengeras, awak kena monitor gak mengeras berapa lama, berapa kali. kadang awak rasa tu braxton hicks. pujuk2 baby, usap2 perut, sembang dengan baby. keputihan pulak, awak kena monitor keputihan color apa, gatal atau tak, berbau atau tak, tekstur macam mana. masa checkup kk tu tanya semua benda kat misi. kalau boleh jumpa doktor, jumpa je terus. mintak buat hvs test. kalau risau ke apa ke, pergi klinik dulu untuk check, if perlu refer hospital, nanti diorang refer. macam tu la cara sy first time mom dulu. sebabnya sy pun tak rajin la sis nak pergi pac banyak kali, pastu kena tadah telinga, kita tau kita pregnant ni cepat terasa hati, so kita kena cari cara la untuk elak pergi pac tanpa sebab yang jelas. banyak info boleh google, boleh jumpa dalam TAP ni, boleh refer doktor klinik dulu.

Đọc thêm
10mo trước

mcm sy bru msuk 34 weeks ni baby kurang kick sekarang ni kira baby byk mengeras ja mcm mengeliat tu .. sy rasa mcm baby byk tidur bila kacau dia baru dia gerak ..normal x tu? mlm2 pun ada hari jugak dia nk aktif main dlm perut ada hari x pun kena kacau baru dia bagi tindakbalas ..risau jugak kadang tu