Baby saya Refused Breastfeeding
Bagaimana cara utk latih baby premature utk menyusu? Baby saya lahir awal 3minggu sepatutnya EDD pada 28 Mei ini,tapi tiba2 ada pendarahan berlaku pada Selasa 4hb selepas berbuka Puasa dan start contractions pada pukul 1.30pagi.Tapi saya tahan sakit niat dalam hati biarlah husband saya sempat sahur dan solat Subuh dulu. Alhamdulillah pukul9.20pagi selamat melahirkan seorang puteri yg kecil molek tubuh badannya tapi suara macam loud speaker,serak basah ala ala Ella. Dia start malam ke2 mula mengamuk xmahu menyusu direct sehingga terpaksa pam dan bagi dgn botol susu. Tipulah kalau xpasang niat nk menyusu anak tapi apakan daya,terpaksa mengalah jua demi anak. Mengalah bukan ertinya kita kalah,yg penting still positif niat dlm hati dan kuatkan semangat utk anak. Akui jugalah kadang2 susu drop teruk cukup2 utk sekali minum.Bila dia tidur je,pam lagi susu.Memang xsempat nk buat stok dlm freezer setakat ni.Setiap kali yg pam memang cukup2 dia hisap,kadang2 ada lebih sikit. Harapan saya semoga dia pandai menyusu jua 1 hari nanti. #ingintahu