Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik

'Badan anak tiba-tiba naik ruam merah pada waktu yang tidak menentu? Atau tiba-tiba susah bernafas tanpa sebarang tanda awal? Atau mungkin gatal-gatal badan selepas makan sesuatu jenis makanan?' Tanya secara terus kepada pakar kami tentang segala persoalan anda berkaitan dengan Alergi & Asma Anak pada Khamis, 6 Mei 2021, jam 2 petang bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinikal - Kanak-kanak & Dewasa, Pantai Hospital Kuala Lumpur. *NOTA : Soalan di luar daripada waktu yang dibenarkan atau diluar daripada topik tidak akan dijawab dan mungkin akan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Alergi & Imunologi Klinik
48 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Jika anak saya mempunyai alahan terhadap sesetengah makanan, apakah ubatan yang sesuai dengan dia?

3y trước

Jika anak Puan ada alahan terhadap sesetengah makanan, kita kena beri antihistamin dan kalau ada anaphylaxis, perlu ada EpiPen. Apa-apa pun, Puan perlu identify jenis makanan mana yang mengakibatkan alahan.

Hello! What is food allergy? What is the difference between food allergy and food intolerance?

3y trước

Hi! Food allergy involves the immune system. While the food intolerance does not. Hypersensitivity reaction involving the immune system via IgE (this is defined as allergy). Whereas food intolerance, your gut system cannot break down the food consumed due to the lack of certain enzymes in the intestines. The most common example is lactose intolerance.

Salam doctor nak tanya. Macam mana saya nak tahu anak saya alergik dengan certain makanan?

3y trước

Yang penting sekali kena tahu daripada ceritanya. Kalau anak tu ambil makanan dan dalam masa beberapa minit naik simptom alahan seperti gegata, muka bengkak, susah bernafas atau pengsan, itu kemungkinan besar tanda-tanda alergi dan kita akan tahu jenis makanan yang mengakibatkannya. Cumanya kalau ada 2-3 jenis makanan masa tu, kita kena check dengan allergy test menggunakan darah atau skin prick test. Skin prick test ni adalah kita akan letak solution yang mengandungi makanan tersebut dan kita cucuk 1mm dalam kulit dan tunggu dalam 20 minit untuk reaksi yang nampak seakan-akan kena gigit nyamuk.

Doctor, macam mana nak introduce makanan yang high chance untuk bagi allergies? Like nuts

3y trước

To be honest, sebarang makanan pun ada chance untuk bagi allergies. Cumanya kumpulan makanan tertentu seperti kacang, shellfish, susu lembu, putih telur, soya, gandum, dan ikan lebih kerap dikaitkan untuk menyebabkan alergi. Sebenarnya tak ada magic formula untuk introduce makanan kepada anak-anak. Cumanya introduce seawal yang boleh badan akan lebih tolerant terhadap makanan jenis ni.

Hi Doktor. macam mana nak merawat kalau anak saya ada naik ruam meray dekat pipi dia?

3y trước

Hi puan, kalau naik ruam di pipi boleh bagi pelembab dan skin barrier repair cream. Skin barrier repair cream ni sebenarnya untuk memperbaiki lapisan atas kulit yang dah rosak. Skin barrier repair cream macam simen lah kat atas kulit kita. Bila kulit kita rosak, kalau letak pelembab pun kurang efektif.

Bolehkah alahan terhadap makan ini dapat disembuh? Ataupun akan kekal sampai dewasa?

3y trước

Sebenarnya alahan ni tak boleh sembuh waktu dewasa sekalipun. Tapi kebanyakannya alahan tu akan berkurangan sendiri. Kemungkinan untuk kekal sampai dewasa ada, cuma berkurangan dalam 5%. Simptom yang dihadapi sama saja tak kira waktu kecil atau dewasa. Cuma mungkin simptom berkurangan dan jarang-jarang terkena reaksi alahan.

Doktor, apakah persiapan saya sebagai ibu jika memiliki anak dengan masalah asma?

3y trước

Kemas rumah! Kalau orang lain kemas seminggu, Puan kena kemas hari-hari. Sebaiknya jangan beri anak binatang peliharaan. Pastikan suhu rumah tak terlalu sejuk atau panas. Jangan bagi anak minum benda berais. Pastikan anak puan ada aktiviti riadah berterusan supaya dapat menguatkan paru-paru anak. Tidur yang cukup pun penting. Pastikan sentiasa ada inhaler di mana saja anak tu berada.

Adakah masalah alergik pada anak kecil akan hilang setelah mereka dewasa kelak

3y trước

Ada kebarangkalian kesan alergik tu akan berkurangan selepas anak tu besar. Tetapi macam contoh alergi terhadap shellfish atau kekacang akan kekal sehingga dewasa.

Bolehkah beri anak kecil makan ubat antibiotik jika dia mengalami kegatalan?

3y trước

Antibiotik sebenarnya untuk jangkitan kuman, Puan, bukan untuk kegatalan. Berapa umur anak Puan tu? Kalau bawah 1 tahun, kita sapulah pelembab lebih sikit. Kalau dah besar sikit, barulah boleh bagi antihistamin.

Are there tests that can be done to find out what my child is allergic to?

3y trước

You may opt for an allergy blood test or a skin prick test to check if your child is allergic to something. The earlier you bring your child to get tested, the better to identify any potential threats as your child grows up.