salah ke apa saya cuba buat ni

baby sy baru lahir 2 hari. tp dia tak pandai latch sbb puting sy tenggelam & besar. dah cuba byk kali tp masih tak berjaya. kesian sgt dia lapar. salah ke if sy nk bg dia fm? sy tau sy takkan dpt bg dia bf sbb keadaan puting sy tu. dah cuba nipple shield, nipple puller semua tak boleh 😭😭😭#firstmom #firstbaby

31 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sis, saya #firstmom juga. Tolong jangan pedulikan apa yang orang fikir baik dari kawan2 mahupun dari ahli keluarga (biasa yang suka judge tu mereka2 yang ada smooth breastfeeding experience/journey). Saya nak kongsi kekesalan saya disini sebab terlalu peduli dengan judging orang sudahnya saya jadi obses dan terlalu fokus kepada nak menjayakan breastfeed dan meriahkan susu sebab ada masalah puting tenggelam dan walaupun akhirnya berjaya latch and direct breastfeed tapi susu tak banyak. Hari2 bila bangun tido je fikir pasal nak fulfill jadual pump untuk create more demand n supply sampai letih sedangkan diri pun tak cukup tidur dan rest sebab struggle dengan ragam #newborn yang masih baru kenal dunia dan tak tahu bezakan siang malam, mana dengan berpantang sendiri dan nak uruskan laundry lagi. Sudahnya saya burned out dan developed CMS (cold mother syndrom). Anak saya nak masuk 4 bulan sekarang, masa berlalu sangat pantas dan saya menyesal sebab kurang beri perhatian, belaian masa tempoh dia newborn dulu. Satu perkara yang saya belajar dan nak kongsikan disini, a secret to a happy baby is a happy mom! Baby can thrive either with formula or breastmilk, but what a baby needs the most is a mother who always able to be there for her baby, not a stressful mom with mental & emotionally drained. So mommies, just go ahead with what works best for you and baby.

Đọc thêm

You do you sis. Sis lebih faham keperluan anak sis. Takada masalah pun if kita nak bagi fm ke bm ke. Memang tak dinafikan bm, susu terbaik dalam dunia. Tapi kalau baby lapar, takkan nak biar saja? Kalau sis betul nak bagi susu badan, mungkin boleh cepat cepat cari and consult dengan Lactation Counselor (LC) untuk ajar cara lekapan yang betul. Macam saya, dah jumpa LC, tapi masih struggle untuk latch. Satu sebab anak saya ada Tongue Tie. Satu lagi bila direct anak saya ambil masa yang terlalu lamaaa sangat sejam lebih kadang dia mungkin more to nak comfort sucking tapi saya mentally and physically drained. Saya jadi restless, penat sangat. Jadi, saya ambil keputusan untuk jadi Exclusively Pumping (EP) Mom. Alhamdulillah, happier this way. Awal dulu anak saya mix fm and ebm. Tapi Alhamdulillah over time, ebm punya supply dapat tampung demand anak, and ada lebih lebih lagi. Cuma memang kena kental sikit la bila jadi EP mom. Kena jaga jadual, kena basuh pump parts. Saya siap beli pump baru jenis heavy duty sebab nak guna banyak kali dalam sehari kan. Kalau nak keluar tu, masya-Allah banyak betul barang. Tapi macam saya cakap, u do u. Kalau kita selesa and happy cara macam tu, teruskan. Peduli kan kata orang 😊 yang penting, anak kita membesar dengan sihat, cukup susunya and mummy sendiri pun happy tak stress.

Đọc thêm

Baby first sy pun fully formula. Punca nya nipple confuse + takde ilmu penyusuan. Sy akui mmng banyak makan hati dgn kata kata org. Inshallah utk second baby sy bersedia bf baby. Saya cuba share sedikit ilmu yg sy tahu jika puan nak cuba boleh je, nipple breast sy pun biasa biasa je , yg sy tahu selagi ibu ibu ada aerola puan masih lagi boleh menyusu kan bayi sebab bayi bukan menyusu melalui puting ibu. Cuma ibu ibu kena belajar cara lekapan yang betul supaya penyusuan kita tak sakit dan luka dan bayi pun boleh menyusu. Kalau baby jaundice setengah doc akan sarankan campur susu. Boleh cuba cup ubat / syringe / atau sudu utk beri susu formula pada bayi supaya bayi tak confuse jika kita beri botol , nipple sheild pun boleh menyebabkan bayi confuse. Kalau bayi dah confuse pun puan masih boleh cuba urutan pada mulut bayi utk bayi rajin sucking breast kita balik. Anak first saya mmng fully formula , sy dah redha dan enjoy je dgn journey besarkan baby first. Tapi sy masih ada niat utk bf kan second baby. Ilmu yg sy share tu pun sbnrnya utk peringatan sy juga. Yang penting puan jangan stress okay tak ada ibu yang gagal , semua ibu nak yg terbaik utk ank ank. Puan ibu yg baik ❤️

Đọc thêm

sama la macam saya awal2 dulu. jenis besar n tenggelam. bukan baby yang tak reti tapi kita yang tak reti sebenarnya, ilmu penyusuan tu tak ada. baby hisap kat kawasan hitam tu je , areola kita. puting tu cuma saluran untuk susu keluar. tu yang doktor bgtau saya masa dia minta misi ajar cara susukan baby sebab saya kata baby taknak susu direct sebab puting tenggelam. sebelum tu dekat 3 minggu jugak saya Pam setiap kali nak bagi susu . mula memang sakit masa baby hisap sebab kita tak biasa n masih baru belajar. bila dah terer menyusu , dah tak sakit . lagi kecik baby buka mulut untuk menyusu, lagi sakit la yang kita rasa. sebelum menyusu tu, letak dua jari atas dan bawah kawasan areola . make sure garisan lurus , baru picit atauu penyetkan sikit areola dan terus ke mulut baby. now alhamdulillah , fully breastfeeding tanpa sakit macam awal2 dulu lepas diajar. kalau tak jadi, nanti masa appointment jumpa doktor atau misi, minta ajar cara betul untuk susukan baby. macam saya haritu misi suruh buka dan dia tengok, dia yang tunjuk kan macam mana nak buat

Đọc thêm

Sama la mcam saya, puting tenggelam dan susah sangat nk timbul. Saya kesian sgt bby tk boleh latch dgn baik, kemudian bby demam kuning teruk tinggi sangat. Saya buat keputusan untuk bagi formula milk. Masatu sedih sangat tp saya nak baby kenyang. Dlm masa yg sama saya perah marmet sikit3 letak dalam botol bagi dia minum rasa2. Bila asyik perah marmet susu semakin kurang. Last2 bayi umor 15 hari full formula milk. Ramai yang mengata saya macam2, ibu yg gagal la sbb bagi formula milk, ibu tk kuat la, ibu lemah la, ibu tak sayangkan anak la. Saya telan ja semua cacian tu, bagi saya selagi bby saya kenyang dan sihat, saya syukur sangat.

Đọc thêm
2y trước

sy pun sama mcm sis, cuma anak sy xda kuning...sy menangis tiap hari smpy kna jmpa dr pakar sb hampir meroyan...lama2 sy kuatkan diri ckp, susu apa pun jnji anak aku sihat...aku kna kuat utk anak...itu je sy ulang2 ckp...

Tak salah pun bagi anak susu formula. Kita buat cara kita, asalkan cara kita tu betul. Pedulikan manusia yang anti dengan formula milk. Benda tu sah sah tak salah. Saya pun jenis nipple tenggelam. Baby ni pandai tau. Semua jenis nipple dia boleh isap. Saya pun awal2 baby x pandai latch. Kemungkinan cara saya pegang baby pun dah salah. Kalau betul nak breastfeeding, cuba check balik kedudukan baby dengan puting kita, betul ke tak. Dalam youtube banyak boleh belajar. Tinggal search je. Tapi kalau dah tahap stress dah cuba pun tak boleh, mommy tak payah paksa2. boleh guna formula milk untuk kenyangkan baby. Ok mommy. All the best! Saya pun bagi anak saya formula milk, besar dengan sihat alhamdulillah.

Đọc thêm
Influencer của TAP

Situasi kita lebih kurang. Saya masalah position puting yang buat baby susah nak latch. Setiap kali nak susukan baby, mesti dia menangis sbb tak dapat doat nak latch. Saya stress org cakap saya ni tak reti nak susukan baby lah apa lah. Bila stress susu drop. Saya cuma dapat bagi susu badan sebulan setengah je. Lepastu full formula milk. Mmg kena kata selalu. Lepastu org compare anak saya eczema lepastu berbadan kecik sbb minum fm. Tak dapt khasiat susu ibu. Terasa sangat org cakap mcm tu. Tp takpelah ni senua utk anak saya. Asalkan dia kenyang. Semoga Allah gantikan rezeki anak saya yg tk dpt susu badan dgn sesuatu yg lain yg lebih baik.

Đọc thêm

Up 2 u nak bagi fm ke bf. Kalau nk bf ada caranya, awak boleh pam & bagi pakai botol dulu, yg penting breast dpt rangsangan & demand daripada pam & maintainkan penghasilan susu dulu.. Lpas tu slow2 try direct feed anak.. If rasa anak susah nak direct sbb puting tu its okay bagi ebm pakai botol je. Sy ade cdgn awak boleh try pam dulu bagi timbul nipple pastu direct feed anak,kalau berjaya teknik ni, awak punya susu byk taw sbb awak pam + direct sekali gus pastu baby akan bambam sebab dpt hindmilk.

Đọc thêm

hi mommies, saya pun ada masalah puting buta/tenggelam. masa dekat hospital, nurse tolong picit picitkan, dapat la anak merasa setitik dua. balik rumah, susu mula banyak, saya pump selalu. memang ajar botol dari awal. sampai sekarang, Alhamdulillah. sedih tak dapat bagi anak direct, tapi bersyukur sebab baby dapat susu badan. orang kata kalau susu selalu pump nanti akan cepat kering. tapi saya buat macamtu now anak nak masuk 4bulan. susu still banyak

Đọc thêm

mommy hospital mana bersalin? saya dulu hospital kerajaAn je, ada lactation counselor dtg kat katil bg nombor fon, utk kita hubungi dia kalau ada masalah nk nyusu.. nipple tenggelam pun boleh boleh nyusu anak tau dgn teknik yg betul. cari ilmu penyusuan ya mommy, jgn stress jgn sedih nnti susu tak keluar. (senang ckp susah kn, tp betul ni jgn sedih sgt, enjoy ur journey sy pun 1st mom,pernah susah dulu

Đọc thêm
2y trước

sy pun anak first tak pndai bg direct,sbb nya nipple tenggelam..then sy pakai nipple shield bg bby direct,alhamdulillah bby dapat susu bdn masa guna nipple shield tu..then bila dah lama2 nipple sy timbul sendiri,terus boleh direct mcm normal tanpa nipple shield dah