Jeluak keluar dari hidung walaupun dah burp.
Baby saya prem lahir 35w3d dgn berat 2.08kg. Alhamdulillah baby takkena tahan wad discharge bersama ibu. Sekarang umur dia dah 38hari dgn berat 2.9kg. Anak saya dari awal lahir dia jeluak susu melalui hidung & mulut walaupun dah disendawakan. Saya bagi susu fm & bf. Selalunya saya bagi susu fm 1oz setiap sejam sekali. Kadang2 sulam dgn susu bf 2jam sekali. Anak saya jugak susah nak sendawa kadang amik masa sejam itupun lepas dah jeluak baru sendawa. Bermacam cara dah saya cuba sendawakan dia dgn cepat tetap takberjaya. Dah boleh sendawa dijeluak kan pula. Kadang saya risau dia overfeeding saya jarakkan setiap penyusuan 2jam sekali dgn 1oz pon tetap jeluak. Tidur malam saya jadi taktenang risau anak tersedak kerana keluar dari hidung kan. Ada ka baby ibu2 yg senasib dgn baby saya ? 😔#ingintahu