Sedih , stress
Baby saya kuning/ jaundice berat pun tk naik . Baby dh 5hari tk berak baby df je . Kuning turun sikit2 je harini check 205 . Sye rasa bersalah sgt dkt baby risau sgt klau dia ada maslah lain sbbnya sblum kluar ward dia ok je berak ape semua . Hari2 saya pun suami yg siapkan sbbnya jahitan terenggang sikit sbb bnyk gerak dan batuk2 . Peluk husband pun asik nangis je sbb saya tau dia penat . Pagi petang settlekan sye dan baby Malam pergi kerja . Plan asal nk balik rumah sya di jb tapi tertangguh sbb baby kuning dan saya tumpah darah masa bersalin 🥹
baby saya prolong jaundice. baru 2 minggu lepas ambil darah untuk check kalau ada masalah dalaman dia. hopefully okla. baby pun dah 2 kali masuk wad sebab kuning. bacaan tertinggi 318. masa tu memang rasa nak stress dengan nak jaga diri baru lepas czer, ulang alik ke klinik & hospital, tidur tak cukup, dah tu baru sehari keluar hospital lepas bersalin masuk wad neonatal pula jaga baby. susah hati sangat tapi cuba positif. 1st time masuk 4 hari baby kena tahan wad. 2nd time sehari. saya pula berpantang sendiri takda orang jaga kat rumah. segala urusan berdua ja dengan suami uruskan. time macam ni suami isteri kena kuatkan diri, kena positif & follow ja apa nasihat doktor. kuning ni boleh sembuh cuma turun perlahan lahan. sepanjang baby kuning ibu elakkan makan halia, bawang putih, lada hitam atau apa jenis herba berpantang. saya mula tu makan juga tapi lepas tau tak boleh makan buat masa baby kuning terus saya stop. makan nasi, sayur dengan ikan pun rebus kosong ja. berkorban sekejap untuk kebaikan baby. petua bagi baby minum itu ini saya tak berani buat cuma ada cuba mandikan dengan air daun kucai. tu ja saya cuba petua orang. bab bagi minum memang cuma susu badan atau susu formula ja. selain dari tu saya tak bagi. untuk baby kerapkan bagi susu. masa dekat hospital doktor & nurse suggest selang seli breastfeeding & susu formula. biar baby kerap kecing & berak sebab tu cara turunkan kuning yang parent perlu buat. 2 atau 3 jam sekali bagi susu. kejutkan baby kalau dia tidur sekalipun masa tu. sekarang dah ok dah cuma struggle sikit la masa sebulan awal ni kena pantau selalu kuning baby. mommy kena kuat ok. semoga baby & mommy cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan ya
Đọc thêmSaya share berdasarkan pengalaman sebab pernah 3 hari 2 malam duduk wad kuning . Sis boleh try campur susu badan & fm . Saya more to susu fm sebab doktor minta saya stop susu badan , punca naik kuning ke 3ratus . Dan dirumah saya bagi baby mandi mandian serum nuraz selang air sirap dan air badak , air badak dan air suam . Bila nak bagi mandi , air dalam besen tu sis niat turunkan kuning anak , dijauhkan penyakit , diberi kesihatan sambil tangan mengacau air tu . Mulakan dgn bismillah , mengucap dan selawat 3 kali . Amalkan setiap kali nak bg anak mandi , bancuh susu fm atau bf . Saya amalkan selalu walaupun dah habis kuning . Sis boleh minum air anggur hitam atau sengkuang cina andai tetap sis nak bf baby . InsyaaAllah turun .
Đọc thêmSama la sis.. saya ni baby dah nak masuk 30 hari..jaundice turun naik.hari ni terus 200. Sehabis baik dah direct bf hourly lagi. Warded 2x,elok je dia.last sekali ikhtiar,Saya makan black grapes,makan oranges. Tak ambik langsung,halia,bawang putih,serai dan segala yang panas untuk pantang. Saya campur susu formula. Hasil tak tau lagi Sebab baru try hari ni. Memang tak tido.nangis jugak Sebab rasa failed as a mom.Tapi marilah kita berusaha sama sama sis. Jihad ni. Pahala insha Allah.
Đọc thêmSis selalunya Jaundice kena kerapkan baby minum susu ya. Kalau ada susu badan, bagi susu badan. Kalau susu badan kurang, terpaksa guna susu Formula (FM) sebab doktor dekat KK saya pun cakap guna susu FM if susu badan tak banyak, nak bagi baby berak banyak dan kencing. Baru jaundice berkurangan. Pastikan najis warna kuning ya. dan, setiap baby berbeza ada yang cepat baik dan ada yang lambat baik. Apa pun jangan berputus asa ya
Đọc thêmAwak follow je semua tu dan cuba utk tak stress. Mcm cliche tp anak sy pun prolong jaundice..memula mmg stress tp bila dh lps semua tu ok je..nurse kata kita stress2 pun x bgs, x membantu nk turun kuning tu..dlm masa sama sy try lah petua2 yg mudah dan boleh buat, tp sy avoid petua yg suruh baby mkn..takpe, bia suami bkorban skali, kejap je ni..be positive..awk pun kena slalu bg smgt kat suami, sama2 kuat
Đọc thêmMenyusu badan tu, kena cecah 20 minit satu aesi..sbb nk dptkan susu selepas 15 minit tu, tu yg kaya peotein
Sama lah kita .. cuma pengalaman saya sis kena kejutkan baby , bg dia susu 2jam sekali sbb kuning dia tinggi sama macam baby saya 265 .. sis boleh berendam air garam , tak sakit pun jgn risau .. atau kalau mmg dh renggang beli gel kt farmasi .. inshaallah diprmudhkan .. ni pnglaman saya sbb dh bpe kali masuk kluar hspital .. skrg alhamdulillah baby pun dh naik berat kuning dh takde ..
Đọc thêmBoleh check di kk terdekat. Insyallah dorang akan membantu.
jaundice da turun ke?
Blum harini naik
Sofea my little princess