Muntah lepas makan zincofer
Assalamualaikum semua. Saya nak tanya. Saya baru je first check up kat kk dan dr bagi saya ubat zincofer. Sebelum ni, mmg sebelum tidur saya makan asid folic appeton. Lepas dr bagi ubat zincofer ni, saya makan la 2 ubat sebelum tidur, zincofer dgn asid folic. Yg saya perasan, 3 malam dah makan zincofer, 2 malam muntah, 1 malam je tak muntah. Muntah lepas berapa minit makan ubat. Jd suami saya risau la ubat dah terkeluar balik takpe ke sbb dah muntah td. Saya kata dgn suami, saya rasa saya tak sesuai makan zincofer ni. Suami pulak kata maybe saya makan ubat terus baring la, maybe saya muntah sbb mual minum air kosong la, maybe saya makan malam tu makanan ringan sgt la (sbb saya masih alahan, tak lalu nak makan) Jadi macam mana ye? Ada sape boleh bantu tak? Apa saya perlu buat skrg. Saya risau juga bila ubat keluar balik takut baby tak cukup sihat. Harap sgt ada yg boleh bantu. #firstbaby