pendarahan

Assalamualaikum. Saya nak minta pendapat dan pengalaman.maaf gambar agak kotor.. Saya hamil lebih kurang 6 minggu. Semalam saya ada pendarahan dan sudah pergi hospital. Doktor scan dan beritahu kantung kehamilan masih ada. Hari ini darah keluar semula dan ada ketulan darah besar keluar, serta saya mula rasa sakit perut seperti senggugut. Ada tak sesiapa yang pernah mengalami keadaan seperti ini tetapi kandungan masih selamat? Atau adakah ini tanda keguguran? Saya memang akan ke hospital untuk pemeriksaan semula, cuma saya nak dengar pengalaman ibu-ibu yang pernah melalui situasi yang sama. Terima kasih.

pendarahan
2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Wa'alaikumussalam wbt. Saya mohon maaf andai apa yang akan saya terangkan berdasarkan pengalaman saya ni akan buat Puan gelisah atau bersedih. Saya ada pengalaman macam Puan pada kandungan pertama saya. Awalnya keluar darah sikit-sikit ada ketulan kecil macam gel selama beberapa hari. Ulang-alik pergi PAC scan Dr sahkan ancaman keguguran sebabnya bila scan kantung tak ada janin dan saiz kantung tak berkembang ikut yang sepatutnya. Hari ke enam warded untuk pemantauan dan akhirnya hari ke 7 saya gugur seperti dalam gambar malah lebih banyak disertai dengan sakit macam senggugut. Kemudian terus bawak pergi PAC Dr scan dan disahkan saya gugur sepenuhnya tanpa melalui proses D&C. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah selepas habis pantang, saya mengandung semula. Saya doakan Puan dipermudahkan segala urusan. Aamiin . Sama sama.

Đọc thêm

saya melalui macam sis masa 10weeks pregnant. scan baby dan kantung okay. doktor kata ini pendarahan beku dalam rahim tapi dia x effect janin atau kantung. doktor swasta bagi ubat kuat rahim dan advice jangan lasak. nanti nak repeat scan lagi 2 minggu. kalau masih ada pendarahan dalam rahim. doktor akan buat pap smear untuk tgk takut ada polyp atau apa2. kalau pendarahan dh berhenti. doktor nk startkan ubat cair darah aspirin untuk elak darah beku berlaku.

Đọc thêm