picky eater
Hi..anak sy dah nak masuk 2yrs.. tiba2 xnak mkn n jd picky eater.. mcm mna ya..utk tingkatkan selera anak? Dah buntu nak bg mkn..smua tolak ?
MAKAN IKUT MOOD BUKAN PICKY EATER Jangan di doa anak picky eater Trait picky eater adalah lain dari anak yang ikut mood nak makan Jika benar picky eater, anak anda mungkin autisme. Picky eater adalah sesuatu yang sangat susah untuk diselesaikan sebab masalah bukan physiological tetapi psychological..jarang disebabkan oleh sesuatu yang fizikal . Picky eater selamanya dan konsisten tidak suka sesuatu. Ada 4 jenis picky eater yang iaitu 1. SENSORY Tidak mahu makan makanan yang tekstur tertentu seperti berair ke melekit ke walaupun makanan tersebut boleh diambil dalam tekstur lain Contoh anak suka makan nasi goreng tetapi bila buat nasi berkuah taknak makan langsung walaupun asasnya adalah nasi 2. PREFERENTIAL EATERS Nak makanan tertentu sahaja, taknak makan benda lain Contoh roti. Roti berkrim, roti chocolate, roti putih, roti cicah milo boleh makan tetapi bila tukar ke nasi atau makanan lain terus akan mnegamuk taknak makan. Hanya nak makan roti sahaja 3. GENERAL PERFECTIONIST Nak makanan dimasak, disusun mengikut cara mereka, jika tidak tak boleh makan Contoh telur. Jika telur dimasak dalam bentuk telur mata nak makan tetapi jika telur dimasak dalam bentuk scrambled terus akan tolak. Jika telur mata dimasak nak cara telur mata masih bulat tapi anda masak cara telur mata dah pecah pun akan ditolak ke tepi 4. BEHAVIORAL RESPONDERS Apabila diperkenalkan masakan lain terus buat aksi taknak agau aksi muntah walaupun tak mencuba lagi Nampal begitu serious keadaan picky eater? Tetapi semua tafsiran tidak termasuk 1. Tolak makanan selepas pernah try 2. Makan sikit harini tapi esok makan banyak (atau sebaliknya) 3. Geleng taknak makan 4. Boleh ambil makanan tersebut harini tetapi taknak pada hari lain 5. Makanan favourite bertukar tukar Ini bukan picky eater ye mommies.. . Ini adalah makan ikut mood Makan ikut mood boleh diubahsuai tetapi picky eater susah untuk diubah Jika saya jumpa dan merawat picky eater kami kena plan menu berdasarkan kesukaan pesakit tersebut dan kebanyakan suda berada dalam fasa malnutrisi (sebab sukar amik menu yang ada kepelbagaian) . Cara nak ubahsuai anak yang makan ikut mood? Alamak penerangan ini amat panjang dan teliti. Kena plan posting yang lain pulak. Pastikan mommies follow fb saya untuk updates berikutnya. . Mommies jangan guna term picky eater ye Nauzubillah anak betul2 picky eater Boleh guna term makan ikut mood Sekian Dietitian Fizah Sobri
Đọc thêmAnak sy pon mcm ni bila masuk 2 tahun. Sbb dia dh aktif, so dia jd kurang makan tp byk minum. Apa yg dia makan sebelum ni pon dia dh xnk. Jd memilih. Setiap hari akan masak benda baru bg dia mkn. Kalau dia ok dgn menu tu, sy akan kekalkan menu yg sama dua hari. Hari ketiga masak menu baru. So far dia ok n dh kurang memilih mknn.. 😅 kalau dia memilih jgk sy biar dia mkn apa yg dia mntak mcm roti or kokokrunch 😅 aslkan dia makan.
Đọc thêmboleh bg anak bila masuk umur berapa ya?
Saya pun ada masalah yg sama masa ank masuk umur 2 tahun. Biasanya sy akan bagi ank mknn mengikut jenis kesukaan dia tapi pelbagaikan masakan. Example, ank saya suka makanan jenis sup. Jadi saya selalu masak mknn yg berunsur sup. Dalam masa sama sy introduce juga jenis mknn lain. Kena byk try & error sikit. Bila dah tau apa yg anak suka senang untuk bagi makan dan kita pun seronok tgk dia berselera makan 😊
Đọc thêmhaii, anak sy dah nak masuk 2 tahun, normal ke kembung perut n cirit birit bercampur dengan darah ?sebelum masuk hospital anak cuma cirit birit dan muntah2, selepas keluar, anak masih cirit birit bercampur darah, brkemungkinan luka... hospital dah bagi ubat antibiotik untuk diminum selama 5 hari tetapi sy lihat anak sy masih sama, malah makin teruk... 😰😰😰😰😰
Đọc thêmdah cube stop kn susu y die minum skarang n gantikan susu y less laktosa
same jugak,anak sy susu je lbih dr makan,, ikut mood,,, kdg2 disuap kan pon xmau ,jd sy xpaksa,,, kdg2 jugak disuap kan die xmenolak,, betol2 ikut mood🤣 tp bg peha ayam ,amboii dok diam mkn sampi abis,,,,, 🤣🤣tgl bper hari je da nak 2tahun,,, alhamdulillah berat pon 12.5kg da🤣
anak sis pulak nak mkn ape yg sis ngan kakak n ABg2 dye mkn..penah satu Ari sis mkn nasi kandar..tetiba pulak dye nak..sis suapkan sikit ..yelah risau pulak kalo2 perut dye x tahan ngan kuah2 berempah tu.. takat ni alhamdulilah xder masalah..
Sama juga.. cuba bg makanan yang boleh dipegang. Try cuba bagi mereka makan sendiri dan bagi makanan yang belum mereka pernah makan. InsyaAllah dia nak. Atau mugkin juga geraham nak tumbuh ke kn
Anak sy laki pon memilih jugak makan. Dia suke ayam je.. Menu fav dia ayam goreng tepung, ayam kicap, ayam halia ulang2 sampai kite nk masak ni pon jemu😂😂
anak saya kalau boleh hari hari nak soto nasi .
haah..dulu selalu pikir anak ni picky eater..tapi ni nak nginjak 2tahun banyak pulak makan..lagi dah pndai mintak...bila tngok betul2 rupa nya dia ikut mood dia..
Agree with dietician..same my son pun makan now ikut mood dia je and I dah blh predict dah he gets bord but he is not a picky eater I no I gt the feelings..
Mama bear of 2 cutest little girls