Anak speech delay
Anak sy 2 tahun 4 bulan masih tak mau bercakap. Tapi kalau nyanyi abc boleh pulak sebutir sebutir dia sebut. Help! Nak hantar ke therapist tak mampu.
anak sy slow juga cakap waktu umur 2 tahun. inform kk dulu pon dia kate just kena byk bersembang ngn anak. xde kena refer specialist ke apa. so, apa yg sy & husband buat: 1. kurangkan (klo nk bgi tgk, ibu atau bapa teman sekali, communicate dgn anak sambil2 tu) / no screen time. no tv, no youtube, no gadget. 2. banyakkan bersembang dengan dia. buat2 tanya papa pergi mana. pergi work. anak (sebut nama) nak makan apa harini. makan nasi. apa2 yg kita sebut kena ulang2 sekali cakap ngn dia. awal2 tu mmg byk kita tanya kita jwb sendiri. takpe, sbb nak bagi anak familiar je dengan word tu 3. mintak tolong dia buat benda yg basic. cth, letak baju dlm bakul. letak botol susu or pinggan dlm sinki. buang sampah. tekankan word bila cakap utk bagi dia tahu/kenal. 4. malam2 baca storybook pendek dekat anak. or nyanyi lagu kanak2 sama2. ni dulu husband yg rajin buat. so, nursery rhymes dia yg byk hafal. 5. banyakkan role play dengan anak mcm main doktor2 ke, main masak2 ke. tips dia kena buat selalu or berulang. & apa2 aktiviti yg kita buat ngn anak. ibubapa pon xleyh main gadget depan dia. focus kat anak kita je. bila selalu buat aktiviti bersama. inshaAllah ada perubahan dekat anak sis. anak sy waktu 3 tahun, even mil ckp nampak perubahan word anak sy. skrg 4 tahun lebih mmg penat nak menjawab soalan anak. hehe tapi klo mmg xada perubahan langsung. sis cakap dkt kk nak surat referral utk refer speech therapist ok.
Đọc thêmanak adik ipar sy mcmni juga. punca sbb kt rumah takda sesiapa selain dia. so parents dia hantar gi playschool/taska, now dah petah bercakap. sbb ada kawan2 kt taska & latih dia nak bercakap. social skill ni penting utk anak2. tp kalau baru anak sorang, pergi ke kk/hospital utk dptkan surat refer ke speech therapist. Insha’Allah boleh. cuma ada proses & prosedur dia sikitlah.
Đọc thêmRasanya boleh rujuk pakar hosp kerajaan juga kn? Hosp kerajaan pun kena bayar mahal ke? Utk dpt appt dgn pakar hosp kerajaan, kena pgi hosp dan jumpa doc general dulu. Klu dia assess perlu intervene pakar, dia akan rujuk pada dept yg berkenaan
Macam saya alami sebelum ni, misi kt KK yg suggest cuba carik page Aishah Kasim kat FB, & cuba follow teknik dari situ. Alhamdulillah anak saya wlaupon hampir detect speech delay, skrg bole ckp yg kita paham walau tak bnyk.
Bila mommy bawa anak untuk appointment kk tanya nurse solusi. Selalu nya nurse akan tanya perkembangan anak. Cuba bagi anak tiup wisel dan lakukan sensory aktivity. Boleh google/ tengok di tiktok
Kena selalu ajak membaca mummy. Kalau mcm sama je maybe boleh rujuk hopsital kerajaan.
bykkan bersembang