Jaundice baby
Anak saya dah 2 minggu bacaan jaundice masih lebih 200 tapi belum tahap lampu. Baby fully breastfeeding setiap 1jam - 2jam, pampers basah lebih 8kali sehari yang mana saya faham cukup susu. Tapi bila jumpa doktor, diaorang minta saya mix feed. Bila saya taknak, diaorang macam perli dan tone bercakap bertukar jadi annoyed dengan saya sebab refuse mix feed. Tapi bila jumpa pakar, diaorang kata tak perlu mix pun, asal cukup susu badan. Soalan saya, memang baby yang minum formula ni cepat sangat ke turun kuning? Apa beza bagi susu badan dengan formula kalau sama je kekerapan bagi susu?