Anak taknak makan
Anak saya 9 bulan taknak makan. Dah buat macam2 taknak makan jugak. Ada tips tak mummies?#pleasehelp
Hi, saya tak pasti cara saya ni berkesan untuk Puan dan anak atau tidak. Saya sedang mengalaminya. Anak saya berumur setahun. Firstly, kenal pasti punca kenapa anak taknak makan. Dah tahu punca senang untuk cari solusi. Saya bagi contoh, anak saya kurang sihat di tambah lagi dengan tak selesa gusi nak tumbuh gigi. Saya cuba tukar menu dan tekstur makanan anak sampai jumpa yang serasi. Tekstur ni saya try and error (puree, mashed, half-mashed, solid, finger food) Secondly, saya tackle hati dan mood anak dengan makan bersama-sama. Bila anak lihat saya dan suami makan, anak pun jadi semangat nak makan juga. Alhamdulillah, setakat hari ini walaupun tak makan seperti selalu tapi nampak perubahannya itu. Anak saya since hari Ahad lepas jadi begitu. Semoga membantu
Đọc thêm