Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Adakah anak anda menghadapi masalah sakit gigi? Masalah gigi berlubang? Gigi patah sebelum umur yang sepatutnya? Ataupun gigi yang patah tapi tak tumbuh-tumbuh? Tahukah anda apa punca ia berlaku? Kesihatan gigi anak adalah sangat penting buat mereka kerana kita tanpa ia dapat menjadi isu buat dewas kelak. Isu seperti gigi tidak sekata, gigi berlubang dan pelbagai lagi. Anda di sini pasti nak anak anda mempunyai senyuman yang menawan kan? Seperti yang kita tahu, tidak mudah untuk anak menjaga giginya sendiri tanpa bantuan daripada anda sebagai ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa harus memain peranan penting dalam hal ini. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang masalah pergigian yang sering dihadapi oleh kanak-kanak dan cara untuk menangani masalah tersebut bersama dengan Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 3 Mac, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sri, Doktor Gigi, Kementerian Kesihatan Malaysia
26 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Hi Dr, Ank sy 1 taun 2 bln. Sy gosokkn gigi guna ubat gigi tanpa florida. Sy perasan ade stain kuning pd gigi anak. Ank sy fully breastfeed. Adakah sy perlu tukar pd ubat gigi berflorida?

Đọc thêm
3y trước

Hi Pn, Pn boleh menggunakan ubat gigi yg berflorida rendah supaya tidak berlaku karies awal.Pn juga disarankan untuk pergi ke klinik supaya boleh dapatkan sapuan florida. Terima kasih

macam mana nak ajar anak gosok gigi? kalau dipaksa mengamuk kalau biar buat sendiri dia gosok lidah sahaja gigi tak bergosok pun. anak dah 2tahun1bulan

3y trước

Hi Pn, Puan kena rajin pujuk anak puan untuk gosok gigi kerana penjagaan awal adalah amat penting. Pn boleh menjadikan berus gigi sebagai aktiviti yang menarik dengan mainkan lagu dan memberus sambil menari. Puan juga boleh memberi pujian,tepukan atau hadiah kecil untuk mendorong anak Pn gosok gigi. Terima kasih

hi dr sri, gigi anak saya ada tompok putih sikit di bahagian depan gigi, adakah itu tanda karies gigi? dan apa langkah awal untuk mencegahnya? TQ Dr.

Đọc thêm
3y trước

thankyou dr

hai dr sri. umur bape baby patut tumbuh gigi? ank sye dh 7 bln belun tumbuh gigi. kalau lambat gigi tumbuh ade kesan pada perkembangan die?

3y trước

ok dr. thank you so much for ur concern ❤

salam dktr sri ... mcm mana ya nk ajar anak supaya dia teruja nk gosok gigi? anak sy 2y, kadang² nk gosok gigi, kadang² xnak...

Thành viên VIP

Hi Dr Sri, Saya nak tanya, anak saya suka menelan ubat gigi,maka saya gunakan ubat gigi tanpa florida untuknya. Adakah cara saya betul?

3y trước

Hi Pn, Puan boleh gunakan ubat gigi yang berflorida rendah untuk anak Pn dan gunakan ubat gigi yang tidak berperisa supaya anak tahu ubat gigi adalah bukan bahan makanan. Secalit ubat gigi sudah mencukupi. Terima kasih

Anak sy berumur 1 tahun 1 bulan 15 hari, tp masih belum tumbuh gigi. Adakah ini normal? Utk makluman doktor anak sy sindrom down.

3y trước

Terima kasih doktor

hHi doctor, saya nak tanya, ada tips tak utk gosok gigi sepanjang mengandung ni? sebab masa gosok gigi jee mual2 teruk.

3y trước

Hi Pn Amy, Puan boleh cuba gunakan berus gigi yg lembut dan kecil. Selain itu boleh rajin berkumur agar sisa makanan yang terlekat keluar. Ubat gigi guna yang 'mild'. Thank you

hi saya nk tanya, baby seawal umur 7 bulan ada ke ubat gigi khas sebab mulut baby berbau walaupun cuci pakai toothbrush dia

3y trước

Hi Pn, Untuk baby tak perlu lagi pakai ubat gigi.guna kain lembap dan bersihkan gigi,gusi dan lidah. Terima kasih

Hi dr. Maaf sy nak tanya, anak saya ada umur 5 tahun. Dan gigi ada kerosakan Seperti dibawah… apa punca ya?? Tq ☺️

Đọc thêm
Post reply image
3y trước

Hi Pn Puteri, Ini adalah karies gigi awal kanak kanak.Puncanya adalah pengambilan gula yang tinggi, kurang gosok gigi, teknik gosok gigi yang kurang berkesan. Pn boleh gunakan ubat gigi yang berflorida. Kena pantau cara anak Pn gosok gigi. Bawak ke klinik setiap 6 bulan sekali Terima kasih