Naluri seorang isteri

Ada sesuatu nak tanya, kat sini je mmpu sy meluahkn sbb nak cerita dkt kawan, sy x berapa percaya. Normal ke kalau isteri preggy, dy dpt rasa yang suami dy ad perempuan lain ? Sy mula rasa insecure sejak sy nampak aplikasi OMI dkt fond dy. Kami jenis tak cek fond masing ii dan hari demi hari naluri sy semakin kuat. Sy nmpak perubahan dy, tiap pagi klau bangun tidur, baring sbelh sy tngok fond sorok ii, then kalau cuti, setengah jam skali mesti dduk dkt luar rumah sorng ii, lama ii. Kadang sy intai and nmpak dy tngah chat org, tp sy x tau dkt aplikasi mne yg pasti bukan ws. Sy x mmpu nak bertanya or berbincang dngn dy sbb sy tkut ktorng gaduh. Sedih sngt rasanya sbb sy tengah mengandung kn anak dy, tp dy cari perempuan lain. Sy dah cuba fikir positif tp, bila tngok perubahan dy, sy x mmpu nak positif and tenang, hati lagi rasa resah and sakit sangat. Down betul dngn diri sndiri😔. Kadang dy tegur sy kenapa bnyak diam. And jawapan sy takde apa, penat je. Tp dalam hati tuhan je yg tau perit nya. Dh la sy xde sp dkt sini, family smue jauh ii. Kadang nak nangis dpn dy bila tngok dy pegang fond je x benti, klau dy tngok tv, notification masuk, laju je bukak fond. Tp sy x mmpu, terpaksa pendam sbb xnk nmpak yg sy tengah sedih dngn perangai dy. 😔Sy smpai fkir cpt lah bby keluar agar sy dpt diri sy yg dulu, yg mmpu pikat hati dy semula. And sy ada rasa tkut nak pregnant lg lepasni sbb tkut dy berubah sbb perubahan sy. 😔

35 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

salah cara sis ni. pendam bukan jalan penyelesaiannya. saya kalau tak puas hati, memang strict to the point saya tanya. nak berperang pun saya tak jenis tak kesah asalkan lepastu saya puas hati. hati pun tenang. saya jenis tak suka ambik port benda2 kecik. tapi kalau saya dah bengang. memang saya sembur je dia supaya dia tahu bini ni bukan untuk dipijak pijak. kalau suami sis tanya kenapa banyak berdiam. sis cakap je terus terang. soal selidik habis2 sampai telinga suami tu berdarah pun takpe hehe

Đọc thêm

itu normal sayang.saya dulu pun MCM tu jug.tapi jngn fkir yang bukan2 fikirkan ank dalam perut tu jer.berdoa dan kita selalu lah bercerita dngn ank dalam perut tu insyaallah lama2 semua akan ok.bila ank kita dah lahir nanti suami kita akan layan kita baik MCM biasa.kadang2 membawahan budak dalam perut buat kita MCM tu... yang paling penting kita luahkan lah apa yang kita rasa.kita ajak suami bercerita berbincang bgitau dia apa yang sis tak suka apa yang sis suka.

Đọc thêm
Thành viên VIP

Sy pregnent anak first& benda yg sy takut kalau suami nak bersama tp sy tak boleh bagi(maklumlah rasa takde mood manjang) lepastu risau dia buat apa2 belakang kita. Kalau sy mmg tak boleh pendam. Sy mmg luahkan, bawak bincang. Tp kadang masa pregnent ni emosi terlebih, pikir bukan2. Sy cadangkan sis bawak bincang dgn suami, apa yg kurang cuba baiki. Ni anak berdua jadi kena sakit pun berdua, kena berkorban sama2. Lagi 1 kita ada hak nak cek phone suami! Haha

Đọc thêm

sebelum discuss dengan suami nanti, puan pastikan suami dan puan sendiri dalam keadaan kenyang dan santai untuk tahu jawapan sebenar. bersangka² ni lebih kepada bisikan syaitan..jangan pendam lagi ya 🙂.. Tak salah bertanya suami sendiri..memang puan ada hak dan naluri sebagai pasangan yang sah. Positive first ! baca bismillah dan doa sebelum discuss.. insyaallah semoga hubungan puan suami isteri bertambah baik dan sentiasa dalam keberkatan 🥰

Đọc thêm

puan byk2 bsabar ya. kalau saya ditempat puan. saya akan tanya/cakap direct dkt suami sbb saya jenis tak boleh pendam. saya pulak jenis mulut suka bcakap. mmg saya akan bterus terang laa kalau ada peluang. lepas tu saya akn byk2 berdoa sbb doa org ngandung ni cpt makbul ya puan. apa2 pn puan kena kuat positive selalu ya utk kesihatan puan dan baby.

Đọc thêm
Thành viên VIP

mcm suami sy mmng asyik pgg HP je..tp dy x delah wsap atau msg pompuan lain cuma leka dgn HP..sbb urusan kje..sy mntak urut pon kejap je.. 15 minit dah..ni dah 8 bln prgnent,boleh kira bpe kli je Dy urut..ank2 panggil pon BT x tau..ank panggil Smpai berpuluh kali Dy boleh ckp kejap2..skng ni pon ank2 dh ikut perangai dia,bila panggil kejap2..kdg sy geram nk je campak HP Dy tu..

Đọc thêm

setuju..biar gaduh dan nangis sekarang daripada dia dh start cari orang lain. cuma dari segi layanan batin walaupon pregnant mmg kita as perempuan kena lagi manja dengan dia.. layan dia.kalau dia nak beri je.. org lelaki x boleh lama2. dia minta kita tunaikan je hajat dia insyaAllah dia akan hargai.. tp kalau dia buat dek je kat kita.. mmg wajib terus terang.

Đọc thêm

Puan sabar ya. Cuba Puan cari masa untuk sembang-sembang kosong dan jangan simpan apa yang puan rasa, kesian dekat baby. Lagi tengah pregnant , puan cuba curi-curi masa untuk berbual berdua luahkan apa yang puan rasa, kita perempuan kadang ternampak kuat dihadapan suami tapi sebaliknya hati kita rapuh.

Đọc thêm

Puan banyakkan besabar, satu lagi dalam hubungan ni komunikasi ni wajib puan. tiada komunikasi menyebabkan sesebuah hubungan tu retak. lagi2 puan pregnant, puan jangan banyak pendam tak baik untuk bayi. kalau puan tak mampu cakap depan2, puan whatsapp dia bagitahu apa yg terbuku dekat hati puan.

Bagi saya, komunikasi tu penting. dia tak tahu apa awak rasa. makin awak biar, makin dia rasa bebas. direct je cakap. tak payah jaga hati dia sangat. hati awak pula hancur. jaga kandungan baik baik. jangan sampai jatuh ke lembah "kemurungan" macam saya. lagi teruk nanti.