Sơ đồ trang Bé Yêu - Các bài viết của năm Tháng 12 2024
- วันหัวข้อ
- 2024-12-09Boleh ker makan sesuatu yg kita allergic tpi mngidam teringin sngt nak mkn smpaikan tak nak mkn benda lain selain benda tu
- 2024-12-09Ibu hamil sering mempunyai masalah kulit kering dan ni antara solusi kepada masalah sebegini
- 2024-12-09Membantu dalam masalah kulit berminyak juga mengandungi vitamin E yg bagus utk kulit
- 2024-12-09Instead of poket doremon,ni la dia poket mommy2.Banyak barang kelengkapan bayi yang boleh dimuatkan dalam beg ni supaya memudahkan para ibu mengurus anak diluar sana
- 2024-12-09Warna pon menawan, di tambah lagi dengan ruang yang lebih besar.Sangat sesuai utk para ibu yang menpunyai anak2 terutamanya waktu travel jejauh
- 2024-12-09Assalamualaikum & hai mommies..
Nak tanya, ada cadangan brand susu tambahan apa yang sesuai untuk anak?
Umur 1 tahun ke atas..
Contoh susu full cream ka dsb..
- 2024-12-09Tahan lasak,banyak kompartment dan siap ada ruang utk kawal suhuu..mmg thorrbaikk
- 2024-12-09Suami mmg sejak kawen susah nak sentuh saya. Byk kali bergaduh tapi xsampai bawa ke mahkamah, saya just ugut2 je. Tiap kali ugut baru dia nak sentuh saya. Skrg saya pregnant 5 bulan, and saya agak syukur sbb nafsu saya makin turun, so dosa kami bergaduh sbb atas katil tu kurang la dah. Saya sampai mimpi2 kami makelove. Saya dah cerita pada suami, kut2 lah dia yg akan dtg pada saya bila saya cerita mcm tu. Tapi tak jalan. Tiap malam kalau saya x penat mesti saya akan pegang2 ‘adik’ dia bagi hint, even dah terpacak naik pun dia still xde nak gerak balas balik layanan saya. Dia sampai ckp “baik dia xpayah kerja elok2 kalau nak makelove selalu” saya tak faham nak dpt tiap minggu pun susah apa lagi hampir setiap hari. apa yg dia penat sgt kerja padahal saya yg hampir tiap hari balik malam byk kerja kt office. Kiranya balance lah. Duit makan kt rumah pun bukan semua dia tanggung. Pstu masa hari dia x masuk office, bukan dia kemas rumah pun. Should be malam tu boleh ajak saya makelove. Jadi skrg ni saya dah mula menjauh dari dia, even lepas bersalin kami bercerai pun saya rasa tak kesah. Sebab mmg dah tawar hati. Dulu masa nak pregnant anak ni pun, tiap kali nak makelove kena saya merajuk dua tiga hari dulu baru dia nak sentuh saya. Saya cuba godek hp dia, mencari kalau2 dia “makan luar” tapi tak jumpa bukti. Saya ada tanya dia, dia ni gay ke. Saya sampai rasa diri saya ni tak menarik. Saya tak faham langsung kenapa dgn dia.
- 2024-12-09Hai mom. Tumpang tanya ya,saya tak berapa nak pandai untuk settlekan masalah ni. Anak saya umur 2 tahun 3 bulan. Dia dah stop minum susu and makan pun makin kurang sampaikan berat dia sebelum ni 12 kg jadi 9 kg jer sekarang. Tido pun selalu lewat sangat. Main aktif jer, word memang banyak, slowly potty train, senang kata luarannya semua okay jer. Cuma bab makan and minum ni macam slow down sikit. Dulu tak macam ni pun. Makan pun makin memilih sampaikan tak tahu apa sebenarnya dia boleh makan or tak sebab kadang tu dia makan, and kadang tu tak. Kerap tantrum, and kerap menangis. Kesian kadang tengok tu. Macam mana ya??#bantujawab #ingintahu #Sharing_dong_Bund
- 2024-12-09Hi, normal ke 2nd trimester kulit gatal2 area payudara lelagi bila pakai bra. Padahal bra dah besar and selesa. Takpa ke kalau garu2 nak kurangkan rasa gatal tu? #firstmom
- 2024-12-09#bantujawab #SeriusTanya #ingintahu #risauakankandungan
- 2024-12-09hi mommies, first time mom here.
nak tanya nanti sebelum serah diri tak boleh pakai barang kemas kan? and husband boleh teman tak dalam LR? contoh kalau kita nak bersalin malam pun husband tetap boleh teman ke? sebab pernah baca orang cakap, kalau bersalin waktu office hour je husband boleh masuk. betul ke?
and apa yang perlu bawa ke hospital? saya follow pelengkapan dekat tt je.
edit; bakal bersalin di hospital cyberjaya.
- 2024-12-09Hi, mummies..nak tanya, vitamin apa yang bagus untuk baby 9 bulan ye? nak tambah sikit vitamin dlm minuman..sbb anak just minum susu dupro je, takde minum susu ibu..
- 2024-12-09Hai mommy ,siapa adaa pengalaman sakit perut macam mahu period tuu sama sakit bahagian pinggang ? Sayaa hamil 18 minggu hari inii ..adaa kaa normal .kandungan ke 2 .sebab masa mengandung anak pertama tidak pernah rasa pun .
- 2024-12-09Haii mommies ..
Boleh tk suggest susu ape yg tk buat baby sembelit .. baby saye baru masok 1 tahun .. sebelum ni baby saye minum lactogen .. sebelom ni minum okey je , dh nak masok 1 tahun haritu baru nampak die macam susah nak membuang .. boleh bagi suggestion tk
- 2024-12-09Hii mommy.. now 29wee3day boleh tk scalling gigi nk buang karang gigi ni 🥹🥹 harap share sikit 🫶🏻
- 2024-12-09Mommy mommy sekalian! Please bagitau patut ka saya bekerja? Sya mengandung dan kandungan nak cecah 7 bulan, sebelum pregnant memang saya bekerja tiba tiba saya rasa nak kerja tempat lain dan berhenti dulu baru ingat nak cari kerja lain, lepastu 4 hari berhenti saya baru tahu rezeki saya yg saya mengandung, awal mengandung saya ada risiko, 2 kali turun darah, sekarang dah tak turun, saya rasa nak bekerja makan gaji bosan dah duduk rumah stress pula sebab terkurung ja kan kalau kerja kita bole jumpa ramai org dan dah terbiasa dengan kerja cari duit sendiri tetapi dalam masa yg sama saya ada rasa takut untuk bekerja risiko baby dan sekarang nurse dan doktor klinik kesihatan saya suruh check tekanan darah dekat rumah sentiasa, dan bulan ni kena pergi check up 2 kali sebelum ni tak pun, akan datang check up check air gula, patutkah saya bekerja? Atau selepas beranak sahaja? Please bagi cadangan, saya buntu dalam masa yg sama nk bantu suami jugak yala kan barang baby macam macam nak kena beli kan saya mommy to be 😭
- 2024-12-09assalamualaikum , umur saya baru 18 tahun and habis berpantang * dah 3 bulan .
nak tanya kena urut sengkak ke? mcm mana ya? sebab ada yang paksa suruh kena juga buat urut sengkak ini . urut biasa tak boleh ya?
#firsttimemom
- 2024-12-09Saya ada masalah cyst pertama kali dlm sejarah anak hamil kali k4 scan2 ada cyst ...apa patut saya buat guys
- 2024-12-09Haii mommy..nak tanya normal ke kalau lepas bersalin czer luka dlm still rasa menyucuk &sakit (kadang-kadang) ? sekarang dh 2month lepas czer..#SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-09Blh ke makan ubat veloxin? Berkesan ke?
- 2024-12-09Salam ada ke ibu kat sini yang due February tapi dah deliver? Sebab nampak ramai sangat baby prem lately rasa nervous pulak. Sebelum ni pernah miscarriage so selagi tak cukup bulan selagi tu duk overthinking fikir macam2. #firstmom #31weeks
- 2024-12-09#SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-09Hai mommy nak tanya anak saya kalau tidur siang mesti nak kena beriba atau dukung. Kalau letak je auto terjaga lepastu nangis. Bila kita dukung masa dia tidur elok je lena. Anak dah masuk 4 bulan lebih. Lepas je habis pantang macam tu la tiap kali tidur taknak letak. Nak berdukung aje. Tapi bila malam elok pula tidur atas katil 😅 siang je macam tu. Ni tanda2 baby nak tidur dalam buai ke? 🥺 kadang nak buat kerja rumah pun susah. Ada tips tak?
- 2024-12-09Sayang 5w nak masuk 6w normal ke asyik nak kencing je, rasa mcm takleh telan air sikit mesti nak ke tandas
- 2024-12-09Ibu hamil yang perlu pantau gula darah, wajib ada blood glucose meter kit ni. Mudah, cepat dan sangat praktikal untuk kegunaan harian!
Harga berbaloi: https://c.lazada.com.my/t/c.cGEvK2?sub_id1=TAPApp&sub_id3=Wellness&sub_id2=Mom
- 2024-12-09Hi, sy dh 28w dan perut asyik mengeras ja.. sy rasa tak selesa sebab sakit tambah2 baby suka duduk sebelah kanan saja.. mmg boleh nampak benjolan kaki dia rasa tegang sangat.. normal ka sebab sy nak tidur pun susah.. sy tak dapat tidur lena sebab perut sentiasa mengeras 🥲 #firstmom
- 2024-12-09Anak saya baru 10 bulan tapi saya dh lekat lagi dan baru 6 minggu.. saya mbik perancang depo tak pernah lambat atau lupa..family sebelah suami oky tpi family sebelah saya semua kecam dan sgt buat saya stress smpaikan saya rasa nak bunuh diri n gugurkan kandungan.. boleh bagi tips tak mcm mana saya nak atasi atau hadap perkara sebegini
- 2024-12-09Hi ibu2,
sblum ad anak sulung.. 2 kali gugur. Ini kandungan ke4. Doakan sy, kandungan kali ni kuat 🥲
Boleh ke kita minta ubat kuat rahim pd doc sbb ad sejarah gugur?
- 2024-12-09Teringin nk minum susu kambing tp xthu brand apa yg ok ..ibu2 tlg suggest kan boleh tak? Sy xpernah minum susu kambing.. pregnant kali ni mcm teringin plk nk rasa
- 2024-12-09taktahu nak luah dekatmana sedih sangat suami pentingkan diri beli ekzos kereta sampai beribu dekat bini takbagi apa pun mintak nak beli barang diri dgn anak suami marahkan saya maki saya. tapi bila keluar pergi checkup jaundice anak suami puji nurse dkt hospital tu suami cakap saya takpandai jaga dia. saya czer baru 27d harini pantang sendiri apa semua sendiri kadang nakmandi nak makan pun taksempat tidur pun takteratur takda sapa tolong jagakan anak . kadang sampai saya rasa mcm nak letak anak dekat hospital atau mana mana tempat yang saya boleh rehat sekejap😭 kadang anak menangis pun saya taktahu nak buat apa . sekali saya menangis merayu anak supaya diam😭 saya dah burn out letih sangat
- 2024-12-09Hi mommiess..pinjam mata mommies jap..baby girl ya? 😬
- 2024-12-09Ada tak yg sama dgn saya ?
- 2024-12-09Macam mana nak fokuskan anak untuk buat aktiviti? Anak saya eye contact kekadang jek ada. Lagi satu ada tak supplement yang bagus untuk bagi anak fokus dan mula bercakap? Share please saya buntu
- 2024-12-09GDM pregnant
- 2024-12-09Saya 16 mnggu 4 hri pregnant, perut sy xnmpk bsar tp pinggang dan punggung belah kiri sakit sgt2 lg2 nk bngun dan start jalan. Malah nk dduk pun sakit blkng. Ada tak rasa sama mcm sy
- 2024-12-09Nak tanya , sy orang Indonesia married lelaki Malaysia .. Januari nak lahir sudah bagus lagi hos kerajaan ke private hos ? Banyak yang cakap kerajaan hos atau privat sm harga 5k dalam , so bagus lagi hos mana ? :(
- 2024-12-09boleh jadi ke subur lepas delay period ? atau ni tanda hamil ?#ingintahu
- 2024-12-09Nak tanya yang ada pengalaman , lepas bersalin nanti terus direct feeding baby ya? Or mcm mana 🥹 confuse kalau susu tak keluar mcm mana 😩 berapa lama nak breastfeed baby tu lepas bersalin nanti? #breasfeedbaby
- 2024-12-09Tdi pigi klinik sebb telnga skit, sampai lah beli pregnantest ni, tapi sdah terminum ubat mati kuman dan tahan gatal2, jdi risau plak x apa2 ke juga kandungan saya, harap ad yg sudi jwb soalan saya🥲#bantujawab #SeriusTanya #risauakankandungan
- 2024-12-09Saya bf tapi kan payudara saya sebelah kanan dia macam ada biji guli kat puting.. tempat saya tanda tu dia macam biji guli tapi tak sakit normal ke.? #naktahu #bantujawab #SeriusTanya #firstmom #ingintahu
- 2024-12-09Hi semua, macamana ya jika saya ada makan multivitamin yang ada Vitamin A ( from retinyl palmitate) dari awal tahu hamil hingga sekarang masuk 8 minggu. Sebelum ni masa pernah gugur ada Tanya multivitamin ni boleh makan tak, doctor kata takde masalah. Lepas tu ni saya saje2 search, vitamin A tu tidak digalakkan dan ada risiko kecacatan.
Risau pulak saya.. Ada sesiapa makan vitamin A ketika hamil ke, ok ke kandungan. Sebelum saya jumpa doctor nak tanya nanti masa 10week, Saya stop dulu makan.
#bantujawab #risauakankandungan
- 2024-12-09Masa 13w sy pegi checkup kat hosp sbb sblm ni sy prnh ggur. Dr buat NT scan tp dia ckp tkde prob. Pstu dia sruh buat NIPT test bln depan nak tgk sindrome. Sy risau la😔 siapa pernah buat? #ingintahu #Sharing_dong_Bund #risauakankandungan
- 2024-12-09normal ke lepas bersalin memng tak period? baby dah 8 bulan
tapi xperiod period. normal kee😮💨 ke ad ubat untuk period balik?? hr hr beremosi jeeee rase
- 2024-12-09Normal ke tak pregnant tapi tiada alahan, jarang mual2, breast tak sakit cuma kalau sentuh je sakit, skrg dah 6 week 3 days, risau ye sampai paranoid aku ni pregnant ke tak🙂↔️ ni 1st pregnancy setelah 4 tahun ttc xpernah pregnant, start 27/10 sampai ke harini saya test memang naik double line terang…
- 2024-12-09Hi mommies . Saya second preggy . Ada masalah HB drop . 8 sahaja . Saya dah mula tawar hati atau erti kata fadeup . Dah follow up pakar apa semua tapi still tak okay . Semakin bertambah usia kandungan semakin kabur biji mata saya selalu pitam . Kerap magrain . Rasa menyampah dah . Ada ke mommies yang senasib macam saya ?
- 2024-12-09sekadar nak bercerita . anak saya genap 4bulan harini . fully bf , dan saya ambil perancang pil noriday . setakat ni belum period langsung . dah pernah bersama dengan suami pakai protection & pancut luar , dan PERNAH juga tidak pkai protection dan pancut dalam . ubat memang tak pernah miss tapi paling lambat ambil ubat 3jam selepas yg sepatutnya .
& masuk kalini dah kali kedua saya mimpi saya pregnant lagi sekali . saya mimpi yang baby tiba tiba dia dah kick kick dalam perut . Allahuakbar terkejut saya . risau lah yek , klau byk sgt fikir ni 🥹 memang dah 2 kali juga buat upt test sebelum ni , kedua dua nya negatif . tapi tak tahu kenapa hati ni slalu gelisah je terfikir klau kalau terpregnant lagi sekali .
saya bersalin normal dan ini anak pertama saya . suami ada gurau gurau yg dia nak anak lagi (sebab dia mengharapkan anak lelaki tapi yg keluarnya gegirl) tapi bila saya cerita yg saya mimpi saya pregnant lagi skali tu tahu pulak dia takut , dia ler yg gurau meminta minta sampai saya terfikir fikir . HAHAHA sekian luahan saya , moga moga dapatlah jarakkan anak kedua ni sekurang kurang nya 2 tahun ke atas , insha Allah 🥹
p/s: saya bukan tak bersyukur kalau pregnant lagi skali cumanya mental saya belum ready untuk start smua dari 0 balik . bila ingat balik perit ye . suami pun kdg dia tak membantu sangat klau tidak disuruh , jadi saya lebih memilih untuk menjaga MENTAL saya sendiri . terima kasih sudi bacaa , jaga diri mommies semuaa 🤍
- 2024-12-09#SeriusTanya #firstmom
- 2024-12-09Hi mommys. Nak tanya.
Saya dh 38w dan baby breech. Perut kerap mengeras hari ni mcm false contraction tapi cuma sakit bahagian perut je, pinggang semua ok dan dah start pattern setiap 10 min sekali.
Susah nak track pergerakan baby sebab asyik mengeras je. Tanda dah nak bersalin ke tu?#bantujawab #SeriusTanya
- 2024-12-09Saya dah 12weeks lebih and ada booking buat buku. Minggu lepas saya ada ws nurse minta reschedule jadual sbb nurse suruh datang kk mengejut sedangkan saya ada urusan kerja esoknya. Nurse tak reply pun ws saya. Saya call nurse tu, dia marah. Dia kata tunggu je dia ws jangan call. Saya tunggu sampai ke harini pun dia tak chat. Harini saya tanya lagi boleh ke esok saya datang walk in. Pun dia tak reply. Macam mana ya? Saya takut bila walk in dia marah pula sbb takde appt tiba2 dtg. Nanti lewat buka buku kita yang kena marah
- 2024-12-09Ibu ibu boleh tak kongsi susu apa yg sesuai utk baby sembelit? Saya dh cuba dutch baby, dupro, lactogen, biolac dan skrg frisolac step1. Biolac tu sblum ni hari hari berak okay lpastu sejak nk masuk 2 bulan baby sembelit. Lpastu saya tukar kepada frisolac step 1. Awal awal okay jugak baby berak tp skrg taik dia yg awal2 nk keluar tu nmpk mcm kenyal lpastu baru keluar najis yg lembut. Saya dh buntu ni. Baby pulak jarang membuang, kadang 3 hari skali. Kadang 2 hari sekali. Ada ka anak mommy mcm ni ?
- 2024-12-09Hai mommies nk tnya sakit contraction tu mcm mna ye, sakit bhagian mna ye? sebab saya dh 39weeks6days tpi belum ada tnda² lgi bby nak keluar, kalau bby mengeras tu panggil contraction ke? Saya 1st mom tkde pengalaman lgi
- 2024-12-09Anak2 mommies bila tumbuh gigi atas? Ada x yg 10bulan x tumbuh lg gigi atas? Perlu jumpa dentist suda atau tunggu je dlu smpai 1tahun? Risau pula tgk baby2 lain byk dah gigi tumbuh by 10bulan.
Dah tau dah dlm buku anak ada, mmg dah nmpk dah jdual anggaran tu cuma nak tau pengalaman mommies. TQ
- 2024-12-09Nk tnya ibu² kt dlm ni, boleh ke mkn durian sebb saya dh 39w6dys, ada kesan tk kalau mkn sebb dh hujung² ni risau pulak nk mkn tpi teringin
- 2024-12-09Baru2 ni saya jatuh bilik air , suami terus bawak pergi hosp . Alhamdulillah saya tkde bleeding & bby pun active . Cumanya dr inform bby kecil dari usia kandungan , dalam kereta macam2 berfikir tentang anak , dr bg masa 2 minggu lagi untuk repeat scan ..... please ibu2 sekalian bg tips mcm mna nak naikkan berat baby dalam kandungan #ingintahu #firstmom #risauakankandungan
- 2024-12-09Hi sy nk tnye, yg cucuk anak tu, kalau swasta boleh je kan pergi ? Sbb KK saya agak terhad waktu bekerja nk pegi.. Start anak 1bulan dh boleh pegi suntik Swasta kan?
- 2024-12-09Hai mommies .nak tanya ..normal ke ada buasir tapi xsakit....sya skrang 34 weeks...buasir ada tkluar tali xrasa sakit...
- 2024-12-09dah 7 hari xperiod .. harini ade macam keluar darah warna merah cair , pastu coklat ..belum cek upt test lagi .. tapi rasa2 nya mengandung ke tk ye ? takut sakit lain pulak 🥲
- 2024-12-09Mmg dah jelas nampak girl ke? Ke ada yg pernah kena scam? Scan jelas nampak girl tp keluar boy. Tak beli apa-apa brg baby lg 😅. #29W #gender #ingintahu
- 2024-12-09Start kiraan minggu 28hari ke? Sbb bulan lepas first time kitaran 34 hari. Sbb apps 28hari je.
- 2024-12-09hai saya nak tanya pada mommies, kalau anak nak makan kalau sambil tengok cartoon je macam mana ya ? kalau tak bagi tu dia akan meraung kuat sangat. tapi kalau saya bagi dia makan banyak dan berselera. mommies rasa okay ke kalau diteruskan ? anak saya umur 7 bulan. ada tak activities yang mommies boleh cadangkan untuk babies seronok playtime. macam sekarang saya bagi dia main kat walker dan main toys. tapi kadang dia nampak bosan main benda sama je.
- 2024-12-09saya perasan klau lepas bersama dgn suami besoknya dan beberapa hari akan keluar keputihan. adakah ini normal ? sebab sejak tahu pregnant saya mmg kering je bawah tu cuma ada beberapa kali je keluar keputihan . skrg dah 4bulan lps bersalin rasa janggal pulak keluar gitu sebab dah lama tak keluar keputihan nii #bantujawab #SeriusTanya #firstmom
- 2024-12-09Sape pernah kena keputihan,boleh share x korang,sy takut nk ckp dekat nurse kk takut kena masuk mulut itik tuhh,sape ade pengalaman share jap korang,sy skang xpakai seluar dalam pun,bila pakai seluar dalam byk pulak keputihan nye...
- 2024-12-09Sy nk tnye normal ke 16 mnggu 4hari tp sy sakit sgt punggung dan pinggang. Nk bngun dan mula jalan rse sakit nk dduk pun sakit. Ada tak mcm sy. Sbb perut sy xbsar lg tp rse sakit sgt
- 2024-12-09Bikin takut jugk kan
- 2024-12-09kalau kite minum kacip fatimah yang tin tu bole ke ? or minum selalu ke . ad effect ape ii tak ? sebab da lame tkminum
- 2024-12-09saya dah 20w5d selalu baby aktif je waktu malam tendang tk henti ii la . tapi semalam dy kurg aktif smpi hrinie . normal ke ? ad tendang pun mcm tkkerap la hrinie
- 2024-12-09Hai ibu-ibu mohon tolong jawab soalan saya 🙏saya ibu kepada bayi 3 bulan...baru-baru ni saya ambil noriday...nurse kata perancang jenis ni tak ganggu susu ibu tapi kenapa susu saya drop sangat...kalau pam cuma dapat 1oz aje...sebelum ni sekali pam boleh dapat 7oz...sedangkan saya makan macam biasa,ambil milk booster macam air longan,susu kurma,roti jagung tapi susu tetap drop...saya tak ada bengkak susu tiba-tiba je drop...nurse suruh stop dulu noriday tu takut hormon saya terganggu sebab saya first mom takut hormon berubah...macam mana nak tambah susu ye? Risau ganggu pertumbuhan anak...#susudrop #tolongjawab
- 2024-12-09hi boleh ke makan siput sedut masak lemak. pregnant 5w3d
- 2024-12-09#firstmom #SeriusTanya
- 2024-12-09Anak 1y5m cirit any sggstion? #ingintahu
- 2024-12-09Sesiapa yg ada pengalaman boleh share??
- 2024-12-09Hai anyone know minyak angin, boleh ganti dengan apa. Pinggang sakit, kaki tangan juga n selalu cramp. Bila nk sapu minyak angin aunties semua bising. N tgh malam kerap terjaga n tdur semula xdpt 😭
Anyone boleh tlg advise..
- 2024-12-09Hai nak tanya.
1.Baby 9bulan kurang makan,kuat menyusu,kuat bermain dan sangat aktif. Normal tak ?
2. Bila terjaga susah nak tidur balik. Kadang tu dia memang susah nak lena. Normal tak ? #naktahusangatjawapan #firstmom
- 2024-12-09Hai Mommy tumpang tanya.ada yang ambil Maltofer tak?mommy kunyah atau Telan?
Boleh tak ambil sekali dengan Oren?
Terima Kasih Mommy
#ingintahu #firstmom
- 2024-12-09Mommies. Anak saya 1 tahun 3 bulan tapi taknak makan, tidur menonggeng, adalah itu tanda ada cacing? Ubat cacing bila perlu makan ye? Risau lah #firstmom
- 2024-12-09Hi mommies. Anak saya 1 tahun 4 bulan tapi sangat susah gosok gigi. Saya guna yang berus masukkan jari tu tapi asyik lah kena gigit. Ada ke cara lain atau berus gigi yang memudahkan proses ajar gosok gigi pada anak? Help me #firstmom #ingin_tahu
- 2024-12-09Nak tanya sesiapa kerap sakit dekat bahagian ari3 masa trimester ke 3? Then korang buat apa je?
- 2024-12-09Hi Nak Tanya saya nak masak ayam buttermilk untuk baby umur 1 tahun 1 bulan. Boleh ke saya Guna Susu cair tin mcm dewasa punya?
- 2024-12-09Hi...anak sy 7bulan, sejak dia start makan, dia jadi kurang nak menyusu tapi kuat makan...anak sy full bf.. ada yg mcm sy ke...knp ya?
- 2024-12-09Salam semua, last month saya period 5/11-11/11. Bulan 12 ni belum period. Untuk orang yg period tak teratur macam saya ni bila boleh cek upt ya? Sesiapa ada pengalaman atau cerita yg nak share meh la ☺️☺️
#ttc3years #ingintahu
- 2024-12-09Haiii mommy.. Ada tak yang pernah guna upt nie.. Upt ni Saya beli kat 99speedmart jee
Mulanya malam sy buat line kurang nampak. Tapi bila pagi dia nampak jelas double line tu walapun samar..
Moga Ada rezeki Saya.. Saya ttc 8tahun...saya harap ini Ada lah rezeki yg Saya tunggu2.. #bantujawab #SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-09Saya pregnant 23w, nak pergi scan details tapi doktor kata tunggu baby tidur dulu, sebab baby saya ni jenis busy atau baby mmg mcm ni?? Saya ingat tak ada rasa gerak tu dia tidur, bila scan bergerak2 jugak rupanya. Nak dpt tgok jantina tu kemain la susah, nak tgok tapak kaki pun susah. malas nak repeat scan lagi. Macam mana nak tahu dia betul2 tidur?#SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-09Nak tanya sye belum kawen lagi skrg kandungan sye 35 minggu . Sye ade temujanji sosial walfare kat hospital nanti . Boleh tau ape tu sosial walfare ye ? #ingintahu #firstmom #bantujawab
- 2024-12-09anak jeluak banyak macam muntah yang memancut tu.. saya tengok jeluaknya banyak dan keluar susu, last last tu jeluak dia macam yellowish.. normal ke? ada sesiapa tau tak kenapa jadi macam tu..
- 2024-12-09Apa persiapan kalau saya nak travel jauh2 dari KL ke Mersing selain bantal kat pinggang? Perlu ke bawa bag kecemasan utk ke hospital sekali? #SeriusTanya
- 2024-12-09Ada tips tak untuk cepat bukaan cm rahim😭suda 4 hari masih stuck#bantujawab #bantujawab
- 2024-12-09#AskingAsAMom #pregnancy
- 2024-12-09Saya baru lepas scan 8week ekut lmp. ..tapi kantong kosong tiada janin...size kantung pun kecil 6w2d... Boleh tak sesiapa share pengalaman penah jadi mcm saya.. Dan ape yg berlaku seterusnya, kandungan menjadi atau tidak? Please share saya nak tau... #bantujawab
- 2024-12-09Sekarang saya 36week
- 2024-12-09Normal ke menyusu baby period belum dtg lagi...sy x bagi direct feed sbb baby keliru puting ...sy EPmom anak nk masuk 3 bulan...slalu sampai bila ye...n bila period akan memunculkan diri semula?#seriustanya#firstmom masih berpantang bersama dengan suami juga sbb Czer...
- 2024-12-09asyik2 ckp pasal susu badan. udah nye anak aku x nak susu badan.. ada aku libas pakai tetek karang.. aaaaa geram aku.
- 2024-12-09Salam. Maaf nak bertanya. Normal ke kalau rasa senak kat perut sampai sejam? Lepastu saya rasa kemaluan saya rasa berat, pinggang dengan tulang punggung rasa ngilu. Saya kena pergi ke klinik atau emergency ke? Atau saya patut banyakkan berehat? #bantujawab #25week #bantujawab
- 2024-12-09nak nangis rasa. time pregnant elok takde apa2 alahan. sembelit pun tak ada. hari2 lancar membuang. bila dah beranak time dlm pantang ni tetiba badan jd gatal2 mcm nk terbakar dah kulit. dgn loya n muntah kdg2 dtg. sembelit teruk smpai berejam dlm tandas.. padahal makan dah jaga..tak larat rasa..mana nk jaga baby lagi.. nasib baik luka czer ni dah baik..harap sy kuat untuk hadap semua ni 😢
#firstmom
- 2024-12-09Masha Allah.. azabnya fasa susu bengkak awal kehamilan ini. Dah terbayang susu sakit dan bengkak selepas melahirkan nnti.. semoga semua ibu2 tabah melalui segala kesakitan dari pregnant hingga melahirkan.
- 2024-12-09Saya first mom , kenapa orang tua / makcik 40+ yang datang melawat saya automatic akan tanya : nanti lepas bersalin makan jamu apa ? Nanti jangan lupa makan jamu ( siap suggest )
Selepas habis pantang soalan jamu tu ada lagi
Start makan jamu tak lagi ?
Kena makan jamu tidak perut buncit
Kena makan jamu tidak badan masuk angin
Sebenarnya jamu ni memang penting ke ? Saya ni suka makan ulam ulam , better kalau saya jaga dari pemakanan saja boleh kan ? #SeriouslyNeedMoreInformation
- 2024-12-09Baru2 nii baby saya ada tumbuh Gigi ... Sejak dri Mula tumbuh Gigi nii dia asyik nngis , cirit , demam lps tu tak nak mkn nasi ... Kalau bagi susu minum pulak ... Tapi nasi x nk .. bgi pon tak buka mulut ... Lps tu kalau mcm paksa jgk mkn sikit kan dia nngis teruk sgt ... Tak Tau lah nak buat apa ada ibu2 jdi sama mcm baby sya ?
Risau lah dia tak mkn elok2 ... Susu je x leh minum sgt dia bkn baby yg blum start mkn pon dia dah strt mkn sya sbgai ibu sya kalau baby dh strt mkn mmg sya nak dia mkn bgi knyang cukup bila dia tak mkn tu rasa sedih knpalah dia x nk mkn lps tu x kn dlm perut ada susu je .. tak lah ckp nak mkn mcm kita kan at least sikit mcm slalu dia mkn ... Sedih tgk dia x nk mkn dah try bgi mcm2 jgk mkn 2 suap mcm tu lps tu x nk ...
- 2024-12-09hi mommies! saya bersalin czer October 2022. sekarang ank dh nak masuk 2 thun 2 bulan. and saya tgh pregnant second baby. saya ni mmg dari dulu sngt takut bila org cerita pengalaman bersalin normal. sampai saya niat saya nak czer je semua anak saya. tmbah pulk dalam pada saya rancang ni terlekat juga second baby. ada org suruh saya beranak normal tpi saya tkut sangat. luka czer saya ni jenis keloid, ngilu sngt bila kita sentuh dkt garisan parut tu. tmbah plk selalu sakit kt luka tu, tiba tiba pedih mcm kena toreh. tiba tiba gatal. sekrg ni pun saya tkut kalau luka tu sakit bila perut dh besar nnti. so perlukah saya bersalin normal? 🥲🥲#SeriusTanya
- 2024-12-09Contoh lah hrga bersalin normal doc ambik mahal dri hospital depa ke camna ye bila kita buka buku pink tempat lain ? Sbb slalu saya buku pink di swasta bersalin di swasta
Sbb nk ambil buku berdekatan rumah je snng tak pi jauh
- 2024-12-09Yang ni betul ke ? . sye tktau sngt la nk kira minggu ke bulan tuh . susah nk fhm .
- 2024-12-09minum ais blend, makan nasi lemak, makan kebab ada kobis ungu. Malam ttbe sakit mcm senggugut. Saya tk sure tu sbb apa 🥹 tgh pantang biasa dtg period hari ke brp ya? Sbb saya susu badan mix formula. Sbb appa yaaa saya sakit senggugut sgt la hm
- 2024-12-09Nk tanya . Mula dari kandungan berapa minggu ya baru dapat rasa tendangan dia ?#firstmom #risauakankandungan #bantujawab
- 2024-12-09Nak tny mommies2 dlm ni, normal ke najis ank sy mcmni ye? Baby minum susu formula . Sy first mom . Hrp boleh tnjuk ajar yaa .. t.kasihh #firstmom #ingintahu
- 2024-12-09alhamdulillah, baby due 23/12/2024 dah selamat lahir 09/12/2024 @ 1917H 😍 syukur mudah je proses melahirkan. cuma kena admit high risk dari low risk sebab ada leaking air ketuban. doakan kitorang baik-baik & sihat je ye so boleh balik siang nanti 🫶🏼
- 2024-12-09Hello moms , pinjam mata kejap ... Ni gender boy or girl ? Dr. kata boy . Sya scan 15w5d kat klinik swasta. Percentage utk silap tu ada tp dah cuba check 3x Dr. nampak gender yg sama. Ada tak moms kat sini pgalaman ada baby boy scan gender mcm dkt gambar ni ? Sya tak ada pglaman lg sbb sblm ni klr 2 girls harap kali ini boy betul la.
#inginkepastian
- 2024-12-09Nak tanya, mommy2 kat sini ada tak rasa sakit bawah perut sebelah kiri ketika duduk, berdiri atau ketika baring ? Bila cek dekat klinik , doc kata takde apa masalah serius , urat tu . Tapi makin besar perut , makin kerap rasa sakit 🥹 kadang waktu tengah baring tu , takut nak pusingkan badan #bantujawab #ingintahu #risauakankandungan
- 2024-12-09Rasanya ini la part ibu ibu berjaga. Boleh berkongsi tips? Tradisional maupun moden? Baby jap 4mth kemarin. #bantujawab #AskingAsAMom #postpartum
- 2024-12-09Saya pernah keguguran ketika kandungan 8 minggu pada Bulan 5 Hari Tu, umur sy 41 tahun.
Ada x sesiapa Ada pengalaman cam saya iaitu mengandung Di usia 40an?#ingintahu
- 2024-12-09normal kah kalau rasa sering mau buang air besar , sakit² macam cirit birit , usia kandungan baru 2bulan . 4hari suda macam ni .#bantujawab
- 2024-12-09Hai mommies nak tanya boleh ke air ketuban keluar time kita tengah kencing ..dan ada ke air ketuban keluar kemudian tak keluar dh? Ke air ketuban ni kalau dh bocor dia akan terus2 bocor lepas tu hari sama?ke mcm mana?#ingintahu #firstmom #Sharing_dong_Bund #risauakankandungan
- 2024-12-09Hai ibu semua nak tanya air ketuban kalau bocor akan terus bocor ke mcm mana? #firstmom
- 2024-12-10hi mommy semua, nak tanya siapa pakai iucd skrg ? okay ke ? kita first mommy…memang nak plan sec baby jarak . okay ke pakai iucd ?
- 2024-12-10Memang nak besarkan saiz bby dalam kandungan 🥺 , saya try susu anmum sedap tp perut meragam lepas minum susu jee 2 3 kali masuk toilet , tolong suggestkn susu untuk naikkan berat bby pls#firstmom #risauakankandungan
- 2024-12-10Hi nak tanya , sebelum pregnant ada sejarah kencing berdarah dan hanya amalkan minum utix sahaja tak ada antibiotik tetapi jarang kena , bila pregnant 14w haritu saya start sakit kencing lagi tetapi tak berdarah dan doktor bagi antibiotik habiskan satu minggu , bila antibiotik habis , kemaluan saya terasa gatal dan perih 🥲 apa perlu saya buat , harini sudah hari ke 3 #firstmom #ingintahu
- 2024-12-10Saya first mom . Baru bersalin czer thun lps . Berpantang smua sndiri dgn suami sbb tkde yg nk tlg jaga . Nak upah CL time tu pun tk berapa nk mampu . Saya dgn suami pula masih dlm early 20 . Waktu saya berpantang boleh dikira family sndiri dgn family in law brp kali je dtg melawat . Kebanyakkan kwn jee yg dtg .
Saya ckup terasa sgt time tu sbb tanya khabar dri hp pun tk ada . Saya dgn suami usaha berdikari cari apa yg boleh makan dgn tidak . Cari mcm mana cara berpantang dgn betul . Semua byk saya tgk dkt apps theasianparents jee . Baca pengalaman org apa smua .
Tiba tiba skrng kedua belah family bgithu lps ni saya klau bersalin time pantang nk jaga . Saya dgn suami skrng kewangan tgh stabil dh . Bru lah ada yg nk jaga . Tapi mmg saya tolak mentah mentah jee lah lps ni klau dorng nk jaga saya pantang . Sbb waktu saya btul memerlukan tkde pengalaman tkde sapa nk jaga . Saya still igt lagi time tu saya tk larat sgt nk masak suami saya pergi kedai tanya dkt makcik kt kdai tu makanan org berpantang boleh mkn . Saya ni time pantang hmpir stiap hri ayam rebus tkpun ikan temenung jee yg saya mkn . Klau ada kwn kwn dtg dorng adalah tlg masak untuk saya merasa lah jgk lauk yg sedap dkt tekak .
Klau lps ni ada rezeki anak kedua mmg saya akan pantang sndiri dan akan upah CL jee . Saya tk prlukan bantuan family utk berpantang ckuplah suami saya dh biggest supporter saya sblum ni . Anak bgn tgh mlm pun alhamdulillah dia tlg saya . Bersyukur saya dpt suami mcm dia . Cuma saya nk tnya salah ke klau saya tolak bantuan family lps ni ? Saya msih igt lagi saya menangis sbb terasa sgt call dorng sne sni mintk tlg jaga saya sorang pun tknk tlg .
#firstmom #ingintahu
- 2024-12-10Yg atas saya mula2 test, yg bawah pulak selang 2 hari selepas first test. Tapi normal ke test line tu tak makin terang pun, tak beza sangat first test dgn second test tu
- 2024-12-10Nak tanya mommy2 semua , mommy2 makan folic acid okay tak? ada muntah2 tak ? , tubuh jadi lesu tak?
- 2024-12-10Anak saya dah setahun 5 bulan. Bila saya sruh dia buat something alhamdulillah dia dh mula fhm . Cuma tulah saya nk mngajar dia benda salah dan btul . Saya mngaku saya mmg ada lepuk ank saya jgk .
Cth nya dia panjat sofa dkt rest arm lpstu nk lompat dari rest arm tu . Ank saya ni pun ada satu habit yg suka gigit sepupu dia smpai berdarah hritu dia gigit . One more dia suka sgt gomol kucing hritu kena cakar dkt tgn and muka nsiblah time tu tk kena mata .
But mil saya ni bila saya mrh ke lepuk ank saya ke , dia slalu ckp yg saya ni dera ank saya . Habis satu kg dia bgithu mcm tu . Saya ckup malu dkt kg suami saya . Saya ni dhlh tinggl dgn mil saya .
Mil saya slalu guna ayat dia besarkan ank dia 3 org dari kecik smpai ke besar tk prnh naik tgn atau mrh . Blum lagi dari bab susu bdn dgn formula . Dia demand saya susukan ank saya dgn susu bdn smpai umur 3 thun . Katanya nnti dituntut kt akhirat hurm . Saya ni nk bekerja jnis susah nk ddk rmh jee . Dia slalu sgt bezakan diri dia yg dlu dgn saya skrng . Jgn tnya knp tk pindah . Husb saya ssh nk tingglkan mak dia .
Salah ke kalau saya marah atau lepuk ank saya dgn niat mngajar ?#bantujawab #firstmom #SeriusTanya
- 2024-12-10Share sikit pengalaman selepas bersalin. Ada tak rasa meroyan yg teruk2 ? Dan rawatan apa yg you alls ambik untuk handle 😂 saya belum bersalin, tapi tengah overthinking macam mana lah nk berpantang nnti kalau orang sekeliling sebelum bersalin pun dah buat kita meroyan 😂
- 2024-12-10doakan saya kuat. tumpah darah 3 hari yang lepas. kalau tak anak syurga saya dah 3 bulan harini. 😭
- 2024-12-10Iktiar menggunakan pregnancy belt utk mengurangkan sakit belakang kerana menanggung berat baby yang dikandung
- 2024-12-10Fasa selepas bersalin merupakan fasa yg kritikal dimana badan dan emosi kita rapuh.Masalah seperti nipple crack/ulcer/bleeding dan breast engorgement memang menyakitkan dan menambah pada stress yg sedia ada.Mujur ada produk seperti ini untuk membantu para ibu yang bermasalah
- 2024-12-10Hi saya nak tnya ..saya dah lewat period 5 hari buat upt test result negatif.. period saya x pernah lewat sebelum ni ..
- 2024-12-10Saya memang sedang mencari milk booster,tengok kandungan dia pom macam sedap je..Happy dapat minum minuman fav pon bikin hormone bahagia ada dan tambahkan lagi susu..will tryy
- 2024-12-10Makin bertambah anak makin teruk permukaan kulit perut dengan strech mark yang xsudah.Produk ini dapat membantu atasi masalah seperti itu
- 2024-12-10Hi mommies ank sy nak msuk 7bulan da...lg 3hri jew nrmal kh berak jaa smpi bruam da sian nak cbok pn ank ngis ltak calamine lotion bru lega2 slama nie xpena camni sian tgk dya ad ckp sbab nak mula mrangkak rgnkn bdn rsau pla klu asyk berak jaa... Tlg bntu komen mommies
#frst mom
- 2024-12-10Boleh dipakai setiap hari selepas bersalin.Kain yang lembut,xkasar bagus mengecilkan ruang perut supaya dapat control makan..hee
- 2024-12-10Pilihan para ibu utk meramping pinggang dan bagus untuk mengempiskan perut
- 2024-12-10Hi mommies , saya period non stop 2 weeks after cucuk perancang depo . any solutions ?? rimas kena pakai pad tiap hari 😩#firstmom
- 2024-12-10Adakah normal? Masa anak sulung beranak awal 36w4d, ni anak kedua 😅
- 2024-12-10Ank sya ni msa umr 2 thun doc ckp ada speech delay..
umr dia stahun mmng sya bgi tngok fon..tngok educate cartoon channel..brckap smbil tngok sma2..tpi ank sya ni dlm dunia dia je..tk ikut pun apa kita ajr n ckp..bila dh di shkn speech delay..sya trs stopkn hp n tv..mmng nmpak sngat perubahan dh tak picky eater, mkin bnyk fokus klau kita brckap..mulut pn skrng dh bnyk brckp
Brapa hri ni husb nk try bgi hp tpi berlimit..bila dia bgi hp tpi msa brlimit..ank sya akn mmberontak sbb dia nk tngok youtube tu smpai dia puas..bila ckp “oky dh stop tngok bsok tngok lgi” dia akn bling2 brang pkul sya..tantrum..(umr skrng dh 3 thun++)
Jdi kt sini nk tnya tak apa ke klau sya stopkn ank tngok hp..kdng prgi rmh fmily pn diorng suka mnjkn ngn hp..kdng geram..rata2 orng pn ckp kt sya “bgi je ank tngok, tpi kita control..ksihan klau tk tngok lngsung”
Jdinya sya confuse dh.ibu2 bgi la pndapat mcm mna
- 2024-12-10Saya mmg suka minum air kosong tapi yang sejuk . Nak tanya agak2 ada effect apa2 tak ?
- 2024-12-10ada tak masalah macam saya. dah 30w tapi hb still tak cantik. anamia..doktor cakap darah susah nak naik sebb ada anemia. saya sangat risau bnyak resiko waktu bersalin. ada tak yang bermasalah macam saya tapi sudah melahirkan🥹
- 2024-12-10tak beranok lagi weii. macam2 tips dah cuba. due date esokkk 😂
- 2024-12-10Hi semua, saya nak tanya klinik mana yang ada details scan di area terengganu ni ? Sebab banyak gi klinik kata tak buat details scan. Tqq
- 2024-12-10Korang ada tak jenis suami yang setiap bulan mesti ambil MC. Kadang saya tak faham. Pening sikit MC. Batuk sikit selesema sikit MC. Senang kata tak boleh sakit sikit mesti nak MC.
Lepas tu bising2 dekat saya, majikan complaint pasal dia punya performance tak cantik sebab banyak kali MC sampai jejaskan dia punya bonus tahunan. Saya pun tak tahu nak cakap apa.
Saya ni 2 kali gugur sepatutnya suami yg jaga saya. Ni waktu saya dalam pantang, saya yg gagahkan diri masak untuk dia untuk bagi perut dia kenyang. Rasa sedih sangat sebab dia macam tak faham sakit gugur tu macam mana. Rasa macam hampir putus nyawa. Kita yg hadap semuanya.
- 2024-12-10Hi mummies , sesapa boleh ke cadangkan nama anak girl🤭 nak nuha depannya , blakang nya start dengan A 😁 #namaanak
- 2024-12-10Nak tnye ade sesiapa kt sini , para suami pernah kne angin pasang? & 1 drpd 2 yg dia ade kne operation, so tinggal 1 ja laa.. cepat ke lambat korang dpt baby? Berape lame korang cuba utk ttc.. & klo jumpe doc , doc ckp ape ja?
P/s : xnk jwpn yg " dah check suami ke kt klinik & sebagainya.. xnk.. nak tahu if korang ade tak suami yg alami bende yg same tu je
Terima kasih
- 2024-12-10Hi mom boleh share tak unsalted butter yang tak kuat bau lembu. ke memang semua unsalted butter bau lembu erk 😭 satu rumah weh bau lembu. sy guna butter anchor #SeriusTanya
- 2024-12-10mommies.. anak korg pakai diaper apa? my son asik bocor je. sblm ni guna mamypoko. bila masuk 2 tahun kerap sgt bocor especially waktu malam. sblm tidur tukar diaper. 3jam lepastu saya akan bgn tukar kan diaper even tak penuh. mmg kerap tukar diaper bila dh kencing. selalu bocor ketepi atau ke atas. yg pelik nya diaper dia tak penuh pun. then saya tukar huggies bocor jgk n to me huggies a bit kasar sikit diapernya. lepastu tukar wonder pants. yg ni mcm okay, tp bila bgn pagi bocor jgk. then saya tukar applecrumby pun bocor jgk. anak 11.4kg pakai diaper L size. stress bila bocor kena tilam hancing betul bilik. setiap hari kena vacuum tilam yg sedut air tu. kdg bocor kemain basah tilam tp diaper dia kosong bersih je. any suggestion mommies?
- 2024-12-10Hai mommies,saya berpantang harynie dh 30 hary...sebelom nie drah dh kering...harynie saya berurut dgn mak mertua,lepas berurut drah keluar byk...normal ke?? Or kena g check kat klinik?
- 2024-12-10Assalam. Nak masuk 8wks dah. Loya tu ada. Kalau muntah tu, yg keluar cuma angin. Mmg macam tu ke? Muntah angin? Kadang2 paksa juga muntah. Setakat ni ada 2 kali muntah yang betul2 muntah. Tu pun keluar sikit je. Baru rasa lega. Kalau muntah angin tu alahaii. Sepanjang hari loya. Kalau muntah, yang keluar cuma angin. Ada ke orang lain yang sama macam saya? Memang tak muntah macam orang lain ke? Sorry bertanya. Sebab kandungan masih awal jadi setakat ni husband je yang tau. Yang lain tak tau lagi saya pregnant jdi saya tak tau nak tanya siapa 😥#AskingAsAMom #firstmom
- 2024-12-10Can mummies share ideas on what to eat/cook those got diabetes during pregnancy? I'm sad. #firstmom #pregnancy
- 2024-12-10Saya dah hamil 35 minggu 5 hari tapi belum ada tanda keluar susu badan boleh share tak susu ibu akn keluar selepas melahirkan ke?
- 2024-12-10Hii nk tnya. Saya dh 1 bulan lebih period, lps ambil perancang depo. Normal x
- 2024-12-10Ada cara lain tak hilangkan sakit kepala dan demam selain dari makan ubat
Dah a few days demam sakit kepala
- 2024-12-10Salam parents, ada tak yang alami anak menangis sampai kebiruan. Masa first jadi, anak Sy pernah membiru sampai pengsan sekejap dkt tangan saya tp cepat2 Sy sapu air dkt muka, baru anak tersedar balik dan dia jadi blank sekejap. Anak Sy sejak 11 bulan sampai bulan ni 1 tahun 2 bulan, dah 3 kali macam tu. Tapi semuanya berlaku bersebab
1)kejadian pertama kepenatan yg melampau(jalan jauh),
2)kali kedua tak tidur siang, overwhelmed, dan
3)kali ketiga jadi sebab sakit tersembam, time tu kebetulan mmg tengah mengantuk..
mula2 risau kenapa mcm tu. Tp Sy fikir jadi mcm ni sebab dia masih tak dpt kawal emosi dgn baik lagi, baru setahun kan. Atau iya nya x normal? Kalau normal, ada x anak parents yg masa kecil sama mcm ni tapi dah besar anak macam mana? menangis membiru ni dia ada lagi atau tak bila dah besar? Dan apa yg patut dirisaukan? #raungansenyap #nangismembiru #menangiskuat #menangismembiru
- 2024-12-10#bantujawab
- 2024-12-10Hi nak tanya, siang hari saya bukak lampu sbb bilik gelap, dia susah tidur . kalau tutup lampu ganggu tak perkembangan dia untuk tahu beza siang dan malam? sbb malam elok je dia tido cuma siang je susah sikit . bby bru 3 bulan #ingintahu #firs1stimemom
- 2024-12-10Nak tanya ibu ibu yang mengepam susu. Perasan tak kalau selesai pam susu,susu tu tak berbau.kalau masuk peti ais nak bagi anak susu tu jadi berbau.lepastu susu tu jadi tak sebati.kena goncang baru dia jadi okey balik .normal ke tak ye..elok ke tak ye risau lah.
- 2024-12-10Hai mommy semua. Usia kandungan saya 14 minggu, tapi masih tidak rasa pergerakan baby. Normal ke tu?
- 2024-12-10hi mommy, ada yang experience anak macam my boy x ? umur 3 years 8 months , makan sentiasa nk guna sudu xnk guna tangan , nk ajar basuh berak guna tangan dia sendiri meraung xnk sbb dia kata dia geli , semua sensory play sy cuba main dengan dia , dia x suka dan end up menangis . pernah saya buat mud play guna tepung ,cocoa powder dan dinasour dia punya la marah marah dia sebab habis kotor mainan dia 😅 normal ke macam ni ? banyak sangat benda dia geli , baju kotor sikit pun x nak pakai nak tukar . #bantujawab #ingintahu #bantujawab
- 2024-12-10hi semua, sy nk tnya kl ada moms kt sini yg pernah request nk epidural ketika bersalin normal kt hospital gov..blh atau x ?
- 2024-12-10Anak saya susah tidur skrg.. asyik terjaga.. 10 minit tidur, 1jam berjaga.. normal ke ? Saya dah habis cara nak tidurkan dia.. bila letak kat baby cot, dia menangis.. bila letak tak dilayan pon menangis.. 2 hari dah mcm ni.. please mommies helppp..
- 2024-12-10##firstmom #SeriusTanya #pleasehelpanswer
- 2024-12-10Boleh tak makan nasi arab mase pantang hari ke 22?#ingintahu #firstmom #SeriusTanya
- 2024-12-10Hi moms. Saya hamil 29minggu, nak tanya boleh ke selalu minum coffee sekarang? Sebelum ni memang jaga, minum 2 kali je sebulan. Masuk 3rd trimester rasa macam makin kerap pulak minum. Setakat 1minggu 2-3kali memang minum caffein..teh, coffee frape, kopi susu kurma.. Risau jadi apa apa pada baby. Sebenarnye usia kandungan sekarang dah boleh minum sebanyak tu ke? Atau perlu kurangkan?
#pregnancy #bantujawab #First_Baby
- 2024-12-10hai mommy mntk pendapat,ada x yg penah lalui luka czer jadi teruk..??sy smlm bru keluar ward,sblm keluar ward jahitan sy kena buka,doc buka dlm 4cm sbb ada kluar air bisa dgn nanah,tp nanah tu xde laa mcm nanah yg teruk sngt smpai kuning,then doc pakar ckp dressing jea dkt rumah,5/6 hari lgi appoiment dgn doc pakar balik,doc ada laa suruh sy beli,DERMACYN dgn AQUACEL untk dressing dkt rumah,masalah nye,td sy pergi kk untk dressing,nurse n doc KK tgk luka czer sy,doc kk kata luka sy teruk,still kluar air bisa dgn nanah sikit,so dorang reffer PAC balik, sy dh fobia mommy kena toreh perut nk buka jahitan balik,sakit ya amat mommy,sblm kluar ward doc pakar sendiri yg tgk,dia cek luka,dan dia suruh beli dermacyn untk cuci luka dgn aquacell tu,doc ckp aquacell tu untk sedut lebihan cairan dkt luka yg terbuka tu,doc bgi tarikh 16hb nnti untk reffer pakar balik nk tgk luka,tp td pergi kk doc suruh pergi PAC plak,klau mommy,mommy akn pergi PAC atau tnggu smpai tarikh yg doc bagi 16hb nnti...??air bisa ni ada laa kluar lagi,tp x bnyk dh mcm sblm yg doc buka jahitan,lepas doc buka jahitan,still ada kluar,tp sikit...skng ni sy cuci dlu dgn ubt yg doc suruh guna...oh yea luka jahitan sy yg doc buka smlm lgi nmpk besa terbuka lepas nurse kk dressing...
- 2024-12-10Salam, baby sy usia 23 hri, tiap kli tidur ja mesti berdengkur dan nafas laju, bila dh deep sleep dengkur tu hlng dn nafas pun dh ok, sy check dada dia xada lengkuk, bnda ni nrml ke, ada tk ibu2 lain bby dia mcm bby sy?
- 2024-12-10Hi mommy yang pernah kena Gdm, mmg mkn tk blh mkn mknn manis langsung ke ? sbb dia mcm buat saya emosi juga la, mcm kita nk mkn sikit tpi fikir gdm terus tk jdi mkn. Jadi mcm fobia gitu. huhu
- 2024-12-10Normal ke anak 10m berak 2-3 kali sehari
- 2024-12-10Anak saya 1 tahun, kadang suka tepuk kepala, bila search google katanya benda biasa, betul ke? tapi risau la...anak korang macam mana🥹😔#firstmom #bantujawab
- 2024-12-10#16week#risauakankandungan
- 2024-12-10Setiap minggu hadap ligament pain. Camne rasa sakit tu serupa macam nak period, senggugut, krem. Kadang sampai jadi ovt. Tapi paham je keadaan jadi camtu sebab rahim & janin tengah membesar. Kuat la diri ye. Kena enjoy. Sebab nak dapat susah. Kita tak macam orang lain. Semoga terus kuat semangat sampai bersalin nanti.
- 2024-12-10Siapa sini cucuk depo tapi pregnant? Ada ke? Mungkin ke terjadi?
- 2024-12-10Apa langkah seterusnya? Perlu pengesahan dr ke?
- 2024-12-10hi saya first time mom. saya plan nk balik kampung akhir bulan ni and stay sampai beranak nanti so macam mana ye procedure nak tukar kk tu? saya tanya misi saya tapi explanation dia tak jelas dia cuma cakap ikut je tarikh appointment 😅😅 maksudnya takde procedure lain dah ke
- 2024-12-10Normal ke? Dh pergi klinik dan perlu ke makan ubat atau ade cara lain yang lebih alami
- 2024-12-10Hi mummy2 semua saya nak tanya, anak saya umur 10 bulan dan dah berapa hari dia susah nak berak sebab berak nye keras. Tiap kali nak berak mesti menangis sebab susah nak keluar sampai ada sikit luka dekat bahagian dubur. Saya dah bawa ke klinik check tapi doktor hanya bagi ubat masuk buntut untuk bagi terus berak. Tapi ubat tu tak elok kalau guna selalu. Saya dah cuba bagi makan buah, haluskan tekstur bubur, bagi supplement untuk lembutkan tahi setakat ni masih tak berkesan😢 mummy2 semua tahu tak cara nak atasi masalah anak berak keras ni? Mohon bantu ya🙏🏻 #SeriusTanya
- 2024-12-10Risiko dan kelebihan air kelapa: https://my.theasianparent.com/air-kelapa-wanita-hamil
- 2024-12-10Ada sesiapa pernah bersalin di Hospital Pantai Ampang? Boleh share pengalaman bersalin sana? Saya first time nak bersalin sana.
- 2024-12-10Saya baru test, positive. Last period pada 10/11. Sebulan yg lalu. Kalau kira tarikh, kandungan baru berusia 4 minggu dari tarikh last period. Tp sy test guna ClearBlue UPT, dia keluar 1-2 minggu. Sy perlu pergi jumpa doktor bila ya? Ke tunggu dlu 2-3 minggu lagi? Boleh bantu sy?
- 2024-12-10Td pegi scan di hospital, kepala baby dh kt bawah tp belum masok laluan sbb ganggu dgn tangan dia..sape sini ada pengalaman yg sama..
- 2024-12-10Assalamualaikum, sy nak tanye, normal ke first trimester kite jadi susah nak tidur, takkira malam ataupun siang. Pastu badan pun sakitsakit. Sakit belakang, sakit bahu (maybe pressure sebab tidur ngering kiri kanan aje, sebab ade baca pregnant takboleh tidur tiarap atau telentang). Kalau tidur pun, kejap kejap terjaga, sebab nak ke toilet.
Sy selalu tengok irg lain first trimester elok je boleh tidur. Awal awal haritu sy macamtu jugak. Lama lama ni, sy baru nak masuk week 6.
#firstmom #SeriusTanya
- 2024-12-10Preggy mom boleh pakai CoolFever ke?
- 2024-12-10Hai mommy...normal ke kalau bila kita kedib mata nmpk bintang2 kecil bila tngh penat atau berdiri lama..sbb bnda ni bukan sekali dua je kena #SeriusTanya #risauakankandungan
- 2024-12-10Berapa minggu sesuai untuk scan jantina baby ye☺️
- 2024-12-10Hai, siapa area kemaman. Ada mesin jenama Yuwell dan ada strip dia lebih. Boleh tak saya nak beli sikit strip tu. Semua farmasi tiada jual. 😭
- 2024-12-10Hllo mummy2 norml kh bby jarang berak ni yg full bf dr umur 1 bln smpai 5 bln jrg berak
- 2024-12-10Assalamualaikum dan selamat mlm..ibu hai smua nak tnya pendapat ni klw sakit berlubang ada ke ubt yg selamat untuk ibu mengandung.. blh suggest kn ubt gg berlubang..aduh sakit sdh ni .dah x tahan ..ada ke yg sesuai x sakit klw letak kat tmpt sakit tu
- 2024-12-10Hy sye first mom nk tnye terstimeter ke 3 baby lahir berape week yang normal eh?
- 2024-12-10Luka ceaser keluar biasa
- 2024-12-10Salam ibu2. Ada yg sama experience mcm sy tak. Anak sy no2 skg dah setahun 4bulan. Lately ni dlm 3minggu lebih dah kerap sgt bangun malam susu. Tp dia masih breastfeed. Sblm ni bangun jgk tp xde la kerap dlm 2 3 kali je whole night tu. Tp lately ni kerap bangun mcm 20min 30min skali dlm masa 3jam mcm tu. Yg sy perasan lepas kul 12. Dia slalu kul 9pm dah tidoq dah. Pakej riau ni bangun. Pastu bila bfeed xmoh lepas. Lenguh pinggang dah.. Sy nk tidur pn jd stress 😅 tp actually br dapat tahu jgk tgh pregnant anak no3 🥲 sbb ni ke ye si kecik ni dok jaga malam? Ke ada sbb lain mcm xckup sensory play ke? Ada yg nk bkongsi tak ibu2? Terima kasih 💜 #AskingAsAMom #bantujawab
- 2024-12-10boleh saya tau , tahi baby mcm ni normal ke ?? sya newbie ##bantujawab #tahibaby ##ingintahu
- 2024-12-10Hay semua saya scan gini.hamil 4 minggu memang tak ada janiin kan.. Hanya kantung he kecik
- 2024-12-10#bantujawab #SeriusTanya #pleasehelpanswer
- 2024-12-10Next month my son dah boleh makan. Boleh share pengalaman tak cara makan baby?
Kalau kita bagi finger food yg lembut pun boleh choking ke?
- 2024-12-10Saya mula alahan 6weeks, masuk 13weeks dah okay dan boleh makan macam biasa. Tapi bila masuk 17weeks ni saya rasa lagi teruk dari awal alahan. Muntah tak berhenti tapi paksa juga makan sebab kalau tak makan makin teruk. Mommies ada tips tak nak kurang kan? Tambah dengan tak selesa waktu tidur lagi hmm
- 2024-12-10Lepas minum air gula 10.8 kena check gula 2 minggu sekali. Semalam pagi 4.4 lepas sarapan 2jam 5.1 lepas makan lunch pukul 3. 7.1 and 8pm 3.9. Ada ke bacaan ini tinggi? doctor dah bagi ubat kencing manis pula risau. #bantujawab #firstmom #SeriusTanya
- 2024-12-10NORMAL tak? Kuat kentut la baby saya. Kentut mcm orng dewasa pulak tu. Beranak2 kentutnya. Anak first tak mcmni. Anak kedua ni kuat tido kuat kentut. :D
- 2024-12-10Hi moms .. normal ka najis bayi 1 bulan 2minggu berwarna hijau kekuningan .. baby susu badan sepenuhnya ..
- 2024-12-10#Sharing_dong_Bund
- 2024-12-10Nak tanya, baik tak ibu mengandung minum lemon panas setiap hari?
- 2024-12-10hai moms ,, saya hari ni dah 38minggu 4hari .. sampai harini baby still boleh pusing .. 2 hari lepas appointment jumpa doc scan kepala baby kat bawah .. tup2 hari ni scan lagi kepala dekat atas pulak .. ada moms2 yang sama dengan saya tak ?? misi cakap perut saya longgar .. 😅😅😅
- 2024-12-10Assalamualaikum..Hye mommy..sy due 17/12..tp td Dr scan bby 3.6kg 39weeks,esok induce... bukaan baru 1cm...ada x kt sni yg bersalin bby besar tp xda gdm...
- 2024-12-10hr ini dua kali bby nak terjatuh. entah knp. padahal dah pegang elak pala dia. tiba2 mcm licin/lembik semacam. walpon dlm keadaan duduk bersila atas tilam. tp tengah angkat baby.. aku jadi serbasalah kt anak aku. mak x sengaja nak. otak mak masih tergiang2 ayat bapak ko td
"ptt nya jgn bagi susu dulu. tukar pampes baru bagi susu"
padahal bukan mak bagi susu. bapak kau yg bagi susu. mak baru tngok pampes ko syg, check punya check penuh pop. bapak kau yg dulu nak suap kau susu. pastu buat mak rasa berslah sbb tukar pampes. akibat nya anak x nak tido ptg td dr jam 2 sampai 4pm. dah tu xkan sbb nak anak zzz kita biar pampes anak penuh taik berjam2. nak tambah sakit anak ke?
pastu td mak terkejut tngok anak mak terberak tersebur.masa bapak kau urut kau buang angin. bila terkejut biasa lah kita punya bunyi gelabah kan. bukan sengaja nak takut kan anak.. si bapak lak relax. mmg lah relax. yg membasuh menjemur cadar tilam nya siapa? dr jam 7am sampai 5 pm. apa bapak ko tau. tau ke dia mak ni sempat ke makan/mandi/berak? x lama nak boleh dpt sembelit sbb berak x tenang sbb biar kan baby sorg2.
- 2024-12-10Hai mommies, nak tanya.. macam mana nak tau demand baby ye? Kalau df selalu anak saya dah kenyang dia lepas sendiri. Saya bagi ebm biasanya 3oz. Tapi harini saje try bagi 5oz nak tengok takat mana dia kenyang. Sekali habis sebotol 5oz anak say habiskan. Ok ke tak ea? Umur 2m 12d
#bantujawab #firstmom #SeriusTanya #ingintahu #Sharing_dong_Bund #baby #baby2M #demandingbaby #breastfeeding #ebm
- 2024-12-10Sy masih breastfeed anak. Anak saya dah 1 tahun 2 bulan tapi masih belom boleh tidur malam straight sampai pagi. Dah try to sleep train tapi tak boleh. Anak tak sesuai akan mengamuk atau tak boleh tidur. Suka mengempeng lagi2 waktu malam bila terjaga. Apa nak buat ye? Ada tips?
- 2024-12-10Hiii nak tanya ada sesiapa consume Raspberry Leaf Tea tak? Okay ke untuk preggy mom 30weeks ke atas?
- 2024-12-10boleh ke pakai heat pad dan apa minyak angin yang best
- 2024-12-10Hai semua..nk tye klau ikotkan last period da 8w ++ tp bile scan doc check br 6w..normal ke? Pastu tetibe mlm tu ms kencing ade keluar lendir coklat+darah tp time tu jela..die cm kuar ckit ² cmtu..pregnant sblom ni xde plak cmni
- 2024-12-10Kat mana lagi ibu² semua refer maksud nama anak ye ? Teringin nk letak nama anak Syara/ Syareena tp cari dalam google tak jumpa maksud 🙁
- 2024-12-10https://www.facebook.com/share/v/15h8m2doGQ/?mibextid=KsPBc6
- 2024-12-10Hi , boleh tak share apa topik nak sembang dengan anak dalam kandungan. Saya dah 35weeks. Tersangatlah jarang sembang sebab taktahu nak cakap apa
- 2024-12-10#bantujawab #ingintahu
- 2024-12-10Salam ibu2 semua,sebelum tu nak mintak maaf,gambar tak berapa sopan,ni celah kangkang yg sakit,bukan gambar miss v ya jangan salah faham,sy sebenarnya tertekan teruk sebab sakit melecet gatal2 ni tak sembuh2 hampir sebulan dah,tertekan gila 😭😭😭,puas fikir apa punca,overthinking teruk,boleh bantu sy kot2 dlm ni ada yg tahu atau ada pengalaman.Sebelum jadi macam ni sy kena demam campak,jadi sy fikir mungkin sebab sy kerap sabun area situ jadi kering teruk,lagi satu sy duk fikir,suami sy ke penyebab pembawa kuman atau sebab bersama then tak cuci bersih ke,puas fikir😭 segala ubat sy sapu hampir setiap malam tak sembuh jugak, tolong 😭
- 2024-12-10#firstmom
Hi nak tanya , waktu sesuai untuk check tekanan darah bila ya? and berapa tekanan darah yang normal?#SeriusTanya
- 2024-12-10Normal ke kalau kita seawal 2nd trimester, baruuuuu je masuk, tapi dah start rasa lenguh sangat dekat peha kaki kiri? #firstmom
- 2024-12-10Aslmkm.. Nak tanya.. Dalam ni Dah ade yang bersalin ke 37week??
- 2024-12-10Moms Sy baru je 1 week operation buang tiub filapio sebelah kanan disebabkan mengandung di luar rahim, agak² berapa peratus ye keupayaan Sy untuk mengandung semula?? ##bantujawab #ingintahu #SeriusTanya #Sharing_dong_Bund
- 2024-12-10Ada pendarahan sedikit pada sabtu lepas, tapi tak terus check. Semalam saya dah check, baby masih tak nampak kat kantung. Usia kntung pun masih 4w, tak sama dengan anggaran yg sepatutnya. Doc suruh repeat scan lagi 2 minggu, atau kandubgan memang tak jadi sebab tak membesar, saya rasa sebak, terus nangis masa doc kata mcm tu.malam pun sambung nangis lagi.
Tapi harini saya dah tawakal, jika Allah nak beri rezeki, kita tolak mcm mana pun Dia akan bagi. Tpi klau bkan rezeki, kita usaha mcm mna pun kalau Allah kata " belum ", kita takkan dapat.. doakan saya semoga saya di beri peluang menjadi ibu untuk pertama kalinya.. #
Sokongan emosi #firstmom #risauakankandungan
- 2024-12-10i plan nak beli ergobaby sbb tengok ramai review ckp best and baby pun suka. tapi bila i search kt tiktok, ergobaby tu yg harga rm99. yg tu original ke or yg bukan? sbb kalau boleh nak yg original. tapi tak tahu nk beli kat mana and berapa harga dia. please suggest! saya buntu nk beli stroller ke carrier. tapi bila buat perbandingan, baby lagi suka duduk dalam carrier kan. #firstmom #SeriusTanya
- 2024-12-10Hai mmy2, nk tnya anak sya dh 2bulan lbih nk msuk 3bulan lg 5hari . Lepas susu dia akan muntahkn susu kdg byk kdg skit . Tp ada masa dia x muntah pun . Anak sya mnum susu s26 since newborn lagi . Nak tnya adakah susu tu xsesuai dgn dia atau mcm mna . Sya newmom , tp berat anak sya ok ja naik bnyk .#bantujawab #firstmom
- 2024-12-10Hi nak tanya, normal ke najis anak saya kdg2 keluar red spot..taktau tu darah atau apa, baby mcm kurang juga minum susu fm, tolong saya sbb takut allergy susu ataupun ada infection…#SeriusTanya
- 2024-12-10Vitamin apa ??
- 2024-12-10Normal ke ibu?kalau awal minggu ada mual dan muntah bila dah nak masuk 8 minggu semua tu takda,saya pun tak scan lagi nurse minta tunggu 8 minggu baru scan ?#firstmom
- 2024-12-10Nak tanya ada tak mommies yang pergi umrah semasa 2nd trimester? Boleh share pengalaman? Dr bagi pergi ke
- 2024-12-11Hai semua, anak i baby boy dah 8 bulan. Dia makan sikit sangat nasi dalam 2,3 suap je lepas tu dia taknak dh. Dah macam2 menu i buat, blw dah, spoon feed pn dah. I tatau lagi mcm mana nak tarik minat dia untuk makan. Mcm mana ye mommy semua handle this kind of situation? Tapi kalau bagi buah dia suka. Cuma nasi tu haish laju je tolak. I stress bila part nak bagi dia makan. Help me please 🙏🏼 #SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-11seblum ni period oky je
- 2024-12-11Hi normal ke warna najis hijau/kuning macam ni? Baby umur 3bulan baru tukar susu similac TC #najisbayi
- 2024-12-11Hi mommies, if 1st trimester ni boleh ke makan instant noodle even yg kita goreng?
- 2024-12-11Hai ibu semua, nak tanya susu apa yang sesuai untuk ibu mengandung yee? Sbb sy tak gemar minum susu helppp 😭😭😭#ingintahu #SeriusTanya
- 2024-12-11Hi mommies, good morning! Saya mom to be, first pregnancy dah 6 weeks plus. Nak tanya. Kalau selalu buang air besar di trimester 1 tu normal ke? Lagi lagi kalau cirit. Tapi tak all the time.
- 2024-12-11hospital swasta
- 2024-12-11Hai ada tak ibu2 pglman lepas melahirkan breastfeed dan kadang2 gilir2 guna botol susu? Sb sya ingat dlm pantang nk breastfeed sambil tu pam susu ..so susu dari pam tu akan bagi bagi pada baby..ada tak baby akan confius mana nipple dan puting botol..
- 2024-12-11Nak tanya, sy first time mom .. 37w1d.. ni bloody show ke?
- 2024-12-11Hi mommies, saya dah scan 5w2d utk tengok kedudukan kantung. Nampak kantung, comel je dlm rahim. Normal ke saya takde rasa kramp sangat, takde alahan, cuma loya sikit je tapi tak muntah. Muntah angin je, Risau la, sbb kwn sy pun pregnant tapi dia kerap ckp sakit perut, sakit pinggang, muntah. Sy pula rasa mcm tkde apa apa. Normal ke? #firsttimemom
- 2024-12-11Setakat lari2 anak 😅 sorry. Cuma nak tahu and this is my first born.
- 2024-12-11Hi mommies. Sye nk tnye,susu apa yg elok untk first trimester ni ya?
- 2024-12-11assalamualaikum momies
nk tnya ..ada x kt sini sebelum mengandung bert kategori obesiti.
ok x??xde effect kemudian hari ke??
- 2024-12-11Nak tnyak ada tak sesiapa yg mcm saya 34minggu sakit bgian bawa perut jalan pun mcm pinguin dah.. kalau baring na miring ke kanan ke kiri ke rasa sakit dan berat. Ada sesiapa tak mcm saya
- 2024-12-11menjadi seorang ibu ni sangat tak mudah ya? kalau ada apa² yang jadi masa pregnant, kita yang salah. gugur, kita yang salah. anak sakit, kita yang salah. semua kita yang salah, kadang² rasa sedih sangat. nak luah pun serba tak kena, mampu diam jela. sampai sedih tu dah tak keluar air mata dah. emm
- 2024-12-11𝐥𝐚𝐠𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠.. 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐜𝐥𝐞𝐚𝐫𝐛𝐥𝐮𝐞.. 𝐝𝐢𝐚 𝐬𝐮𝐝𝐝𝐞𝐧𝐥𝐲 𝐦𝐜𝐦 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐩𝟐 𝐢𝐧𝐯𝐚𝐥𝐢𝐝 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐬𝐲 𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐭𝐠𝐤.. 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚 𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐡𝐚𝐡𝐚#firstmom #AskingAsAMom #TTC
- 2024-12-11Hai ibu² sekalian . Nk tnya ada tak ibu² disini yg over protective mcm saya😭saya terlalu tkut nk bawa baby kluar rmh . Hnya kluar ke klinik shja lpstu trus balik rmh . Even org dtg rmh pun saya tk suka tmsuk fam sndiri and in law sbb saya tkut sgt baby saya terdedah dgn org yg tk sihat .Saya over sgt ke ? #sekadarmeluah😔
- 2024-12-11kecewa betui rasa..Da seminggu x mnm ayaq manis..Mkn ns pun mmg sikit..Mkn sayur buah bnyk..Td buat bsp pagi 6.9..dekat mana silapnye..Doc ckp mgkn kena on ubat..#firstmom
- 2024-12-11Anak sy bru nk msok 4 bulan ..tiba2 dia jdik nursing strike .full bf .apa yg sy kena buat .selalu menangis nk susu tp bila bg tk nk .tp bila mkn okey je menyusu..siang je jdi mcm tu. Sy nie ank dua tp first time fully bf..
- 2024-12-11Anak tetiba sembelit bile tukar step susu..skrg pakai 123..ade tips x untuk kurgkan sembelit..susu jenama sama pakai dari baby
- 2024-12-11Anak sy 2tahun4bulan . klu menangis atau marah mesti dia pukul kepala sndiri. Normal ka tu?? Sdh bkali2 pesan jgn buat. Kdg dia ingat. Kdg tidak #SeriusTanya
- 2024-12-11Hai smua.. sy nk tny klu keputihan mcm ni normal ke.. xde bau n x. Gatal... Bawah Sy sertakan gmbr..dlm gmbr nmpk wrna lain plk.. real warna mcm kuning.. kadang rasa keluar mcm air.. #firstmom
- 2024-12-11Salam Semua, normal ke #sakitlutut & #kebas2 lepas bersalin #czer? #Gatal & #Batuk pun x hilang2 since lepas operate hari tu. Tp bersalin czer tu dah lama pun. Baby pun dah nak masuk #4bulan.
- 2024-12-11Boleh suggestkan aktiviti untuk bonding dengan baby 5 bulan, my baby macam bosan bila tiap hari buat aktivit yang sama,,baca buku , main ball, nyanyi atau ada tip untuk buat baby rasa more fun bila beraktiviti bersama.#bantujawab #firstmom
- 2024-12-11Saya nak cerita, saya ada kawan sama kerja anak dia 22weeks Mati dalam kandungan sbb air ketuban leaking sikit2 check semua okay placenta okay baby pun takde masalah tp mati lepas check punya check ibu dia ada Keputihan teruk taktahu bila air leaking and janin disahkan kene jakitan kuman. Okay berdasarkan kes ni sya takde keputihan. Biasa jer mmg kering gatal takde apa semua cuma kalau penat ada lah tapi skit jer lpstu cuci setiap kali membuang air kecil. Konon taknak bawa tu bau dan gatal sbb sblum pregnant sy mmg macam tu sy taksuka bawah basah, and problem mmg normal utk ibu kdg2 ada yg kurang rasa bby bergerak below 24 weeks and now sy 20 weeks tp bby kalau dia gerak petag takpun malan kdg2 sy takde rasa pun sehari tu. Saya nak cakap risau mmg kurang sbb sy rasa naluri saya okay. Biasa kalau sy takut mmg sy check tp bila pikir balik tkut pulak saya.. 20 weeks tp bby kurang bgerak masa scan bby sy perempuan. And saya baca ada juga baby ibu2 sini gerai 24 week above baru rasa or 20 weeks above.. Kdg2 kita je over nak cepat2 rasa. Ntahlah sy pun kadang2 rasa tak adil dngn semesta alam. Kita yang jaga kandungan ni macam2 belaku tp yg luar nikah tu elok jer bby dibuang padahl kita yg memerlukan. Kalau ckp ini ujian dr Tuhan. Tuhan tak salah mungkin tapi kita manusia yg salah masa nak pembuahan tu kmngkinan kita tak jaga makan apa smua atau bdn tak menghasilkan ovum yang baik. Tp so far ibu ibu macam mana nak detect janin 20 weeks above sihat. Nk scan 1 bln 4 kali nnti doktor swasta eran pulak hahahah. Sy ni dlu bawa 4bulan mmg 2x sbln. Skrg dah malas sbb sy tahu bby sy sihat tp ylh kdg2 risau bby jrang gerak lps kita okay gerak pula dia tp ada satu hari tu pnh tak gerak
- 2024-12-11Hai sya lewat period 13 hari, cek 8hb ada nmpk samar2, cek 10hb 1 line ja means -ve. Ada yg tau kenapa? Masalah hormon ka. Bbrapa bln ni sya lewat period seminggu pling lmbt lpstu period jg.
- 2024-12-11Salam semua , ni masa scan 16 weeks memang boy ke macamni .Doc cakap dah bole nampak da hehe. First time mom here 🙋🏼♀️#bantujawab
- 2024-12-11Emak saya offer berpantang dekat kampung. Tapi saya sedia maklum rumah kampung saya tu mmg panas. Bilik tidur saya lagi panas. Kita ni dari kecik mmg dah biasa panas melenting rumah mcm tu tak apa lah tapi takut baby xboleh nak terima rumah panas mcm tu. Emak saya prefer saya duduk ruang tamu bagi baby tak panas sgt. Saya rasa tak privacy pulak kalau nak menyusu ke nak lepak2 dgn baby kat ruang tamu sbb rumah kampung tu mmg jiran2 sedara mara selalu datang. Macam sentiasa jadi tayangan. Tapi kalau berpantang dekat KL, rumah PPR kecik. Lepas tu siapa nak guide suami utk jaga saya berpantang. Confuse dah. Sesiapa ada idea?? #SeriusTanya #bantujawab
- 2024-12-11anak saya umur 4bulan , fully bf . selalu saya makan pil noriday . tp masa checkup anak tadii , kk ckp ubat habis stock , dia suruh tukar cucuk depo tu .
lepastu saya dgn husb cadang nak try cari kat klinik lain dulu pil tu . TAPI incase kalau takde jugak laa ubat tu kat klinik lain sbb misi tadi ckp satu malaysia habis stock katanya 😅 agak agak ada effect tak kalau tetiba je terus tukar perancang ? kita ni first time mom , risauu betul ye . nak rancang sendiri memang tak yakin 🥹
saya makan noriday tak period langsung , berat turun sikit tapi lain lain takde masalah . klau cucuk depo mommy lain ada masalah apa ? boleh share takk ? #SeriusTanya #bantujawab #firstmom #Sharing_dong_Bund #ingintahu
- 2024-12-11Sebelum ni tidak pernah Ade GBS
- 2024-12-11Ade tak budget friendly pakej confinement utk ibu & anak kat KL? Klau area Setapak lgi best. Budget sy bawah RM1500. Sbb husband sorang je kerja. Tlg bantu jawab mommies
#confinement #bantujawab #firsttimemom
- 2024-12-11Siapa kat sini pernah experience period sikit tapi lama ? First time jadi .
Macam sy tengah alami sekarang ni .
Selalunya period sy hari ke 4 mesti dah coklat coklat dah. Hari ke 5 tu dah boleh mandi wajib. Tapi
Kali nii period sy lain , flow pun takbanyak macam sebelum ni . Hari ke 4 still darah tapi sikit sangat. Hari ke 5 pakai pad tapi kosong bilaa cek dalam ada lendir darah setompok sampai lah hari ni . Hari ke 7 .
Period sy regular , 5hari .
Ada yang pernah mengalami tak.? Boleh share ?
#TTC #caripengalaman #babydusttoeveryone #pregnant
#tapiperiod
- 2024-12-11Assalamualaikum mommy semua..Saya nak tanya ada sapa2 pernah alami macam saya tak? Sebelum nie saya lewat period 6 hari lepas tu datang 2 hari period macam biasa dan hari ke 3 tiada period terus..hari ke 6 macam tu ada datang sikit2 macam nk last2 period, 2 hari lepas tu kering sepenuhnya..Saya pun anggap period saja, saya ada buat upt tapi semua negatif..selang 2 3 hari saya rasa badan tak selesa, perut cramp, breast sakit, pinggang rasa cramp ada mual2 suhu badan rasa nak demam tapi tak demam..Lepas tu saya ge buat scan perut dan tvs, doktor kata dinding rahim saya tebal dan kalau ikutkan kandungan saya usia 4 minggu sebab tak nampak lagi dan doktor suruh datang 2 minggu untuk double scan # comfirm..sapa pernah alami macam saya tak?
- 2024-12-11Kalau demam buat apa..blh mkn ubat ke 😞
- 2024-12-11Hai mom saya preg 27week and haritu kene pergi refer o&g sbb dekat jantung baby ada dot. Tpi lepas pergi o&g .. dr ckp dot tu tkde pape tpi nampak air dalam jatung . Macam mana ye nak cegah or kurangkan air dalam jatung tu🥲
- 2024-12-11Susu fullcream apa yang terbaik untuk anak 1tahun?
Selain dari fernleaf.. Please suggest
- 2024-12-11Assalamualaikum..saya nk tanya mom2..baby saya 6 bulan lebih ada biji atas mata ..adakah benda tu berbahaya..saya first mom Tk tahu nk buat apa2.. tolong bagi pengalaman korang
- 2024-12-11Assalamualaikum sy nk tnya sy dah 11weeks tp Masih lg kluar darah sikit² , dah buka buku smua g scan check baby mmg aktif ,Dr dah sruh mkn ubt kuatkan rahim tp ada lg spoting tu . Ok ke tak ya ,ni anak kedua sy . Tkot la juga awl2 lg kan #bantujawab #ingintahu #risauakankandungan
- 2024-12-11Hello. mcm mna nak cegah morning sickness yg teruk ? makan sikit2 pun kluar balik. baring rasa nak muntah. klau tak makan perut nnt masuk angin.
- 2024-12-11Hospital lancau ni tutup je terus, kejam tak berperi kemanusian,
- 2024-12-11hai sy nk tnya normal x keputihan wrna kecoklatan dan sakit pinggang belah kiri
- 2024-12-11Boleh tahu tak macam mana nak handle emosi&mental dlm meghadapi perilaku anak sulong yang suka memberontak dan boleh dikatakan nak hype aktif tiap hari ..sis tgh pregnant anak no 2 tapi kdg stress&sedih tgok keadaan anak sulong yang tiba tiba macam tu ?!
Boleh share tak pengalaman ibu ibu diluar sana macam mana nk hadapi situasi macam nii ...?#bantujawab
- 2024-12-11Kandungan skg 26 minggu mmg akan sentiasa sesak nafas ke? Nak buat keje sikit pon dah tcungap2.. Tapi dikbaby aktif je dlm perut ni..
- 2024-12-11kalau pregnant ni boleh ke tak ea sebenarnya makan jeruk/asam? ada org kata tak elok. tapi kalau tgok drama ke apa tu pregnant mesti suka makan jeruk #utkelakmual #firsttrimester
- 2024-12-11Saya ada banyak baju terpakai..tapi tak tau nak sedekah kat mana..saya duduk area kg laksamana
- 2024-12-11ade ke ibu yg susu kn ank breast nye x jatuh or kendur?? ap tips ye kalau ad? smlm suami tegur breast dah k*nd*r mcm malcik makcik katenye😢 sedihnyee rase.... anak br 8bulan memng dia susu badan asyik mengepeng ajee macm macm gaya dia mengempeng.. ade kee kt sini susu badan anak yg tegang aje brest mcm anak dara dulu? macm sblm ad anak?? ad keeeeeee
- 2024-12-11Aku buka tiktok search Peggy 4 bulan..tetibe keluar usus bergerak..perut bergerak cam ada baby..risau plak kite..dah la kite xdtg period 4 bulan..terasa bergerak2 da lam perut ni..cek upt double..tp tak p klinik lg..
- 2024-12-11Salam , saya rasa agak susah nk kira gerak baby sbb baby byk mengeras timbul je kt perut daripada rasa kick. Patut tak sye pergi check? Dari 9pg-3pm baru 4 gerakkan. Risau tp masih rasa dia gerak tp slow
- 2024-12-11Hi,
Mau tanya, selepas berapa hari after period waktu subur? And mcm mana mau detect time tu kita subur?
- 2024-12-11Hi, saya ada bengkung bertali masa beli saiz m tapi L macam muat. Kalau sapa2 yg mmg mencari dan betul2 nak saya nak bagi saja niat sedekah cuma bayar postage sahaja. Cuma ada bekas jahitan sikit sbb masa pakai tu jd longgar so saya jahit sikit bahagian atas.
- 2024-12-11Hi mommies, sy dah 35 minggu 6 hari doc bagitau baby sy kecil dan doc akan scan balik selepas 2 minggu utk tgk perkembangan baby kalau masih kecil doc akan paksa untuk bersalin awal 🥹 ada tak yang pengalaman macam ni ?
#firstmom #bantujawab
- 2024-12-11hi, nak tanya normal ke baby berak lebih 8 kali sehari? anak sy menyusu badan..#firstmom #ingintahu
- 2024-12-11Hi mommy2. Saya check upt 2 line samar. Sejak dari tu. Perut saya sakit mcm sengugut + badan selalu masuk angin mcm cucuk2 gastrik pun ada. Adakah saya pregnant? #ingintahu
- 2024-12-11Hi mommy yang tengah pregnant nak tanya berapa berat normal baby 30w ye? Haritu buat scan dekat sono dalam 1.39kg tapi harini buat scan dekat kk 1.29kg pulak macam makin kurang 😅 #firstmom #AskingAsAMom
- 2024-12-11Ada tak cara kurangkan rasa pening & nak muntah2. Penat rasanya sdgkan baru 10week. Biasanya akan lagi lama ke rasa begini?#firstmom
- 2024-12-11Hari ke 50
- 2024-12-11Teringin nak nakan kerabu maggi. Boleh ke tak makan?
- 2024-12-1125w pergerakan baby
- 2024-12-11kalau mcmni mmg comfirm ke baby girl ? 🥹 alhamdulillah #ingintahu #SeriusTanya #Sharing_dong_Bund
- 2024-12-11Normal ke klau 6weeks rasa mcm tk selesa sbelah kanan bawah perut ... Kdg rasa kaki lenguh skali sbelah kanan. Breast pon kkdg denyut sbelah kanan. Bila ddok lama rasa tak selesa kt bahagian bawah perut tu .🙇🏻♀️ #bantujawab
- 2024-12-11Mom. Kenapa baby susah makan ye.. Asal makan ke nangis asal bagi bubur je nangis.. Dh try mcm2 dia tknk.. Any tips?
- 2024-12-11normal ke cramp kat bahagian rahim tu ya? im 8weeks pregnant. pls, saya risau
- 2024-12-11Hi momies nk tnya,klau bby 6m 3 hari tak popo normal ke?dah mkn bubur,tapi susu saya DF.,kentut ada.,kdang tuh busuk yg amat,igt kn popo tapi tak.,mcm mna ye?
- 2024-12-1136w4d celah kelangkang sakit mase jalan
- 2024-12-11Salam ibu2. Nak tanya ada tak pengalaman atau yang sedang alami sekarang baby duduk melintang. Selesa ke baby kalau saya tidur mengiring? Dah banyak minggu scan dia memang duduk macam tu.
- 2024-12-11Hi nak tanya, kalau bacaan gula okay yang ptama then kedua xokay.. then kena suspect gdm ke? Gdm ni kena bsalin awal dari tarikh yg sptutnya ke?
- 2024-12-11Salam... Sya nak tanya kaki anak sya naik bintik merah mcm dlm gambar tu... Naik bintik merah lepastu lama² surut dah bintik² merah tu lepastu tinggal kesan hitam dekat situ... Nak buat mcm mana yaa... Boleh letak ubat tak?
- 2024-12-11Ada x sesiapa yang pernah mengalami penglihatan kabur ketika hamil tapi kadang kala. Camna je korang atasi masalah tersebut?
- 2024-12-11Pernah keguguran kandungan pertama. Sekarang kandungan kedua.. Risau
- 2024-12-11Assalamualaikum dan hai semua. Saya ingin tanya ibu2 yang pernah ada pengalaman usia kandungan 8 minggu tapi masih belum nampak janin. Ada tak antara ibu2 yang memang lambat nampak janin atau jadi kelahiran di luar rahim? Saya ingat nak tggu cukup 10 minggu utk scan sekali lagi.
#bantujawab
- 2024-12-11KEJAM KEJAM KEJAMM KEJAM KEJAM KEJAM
KEJAM KEJAM KEJAM
- 2024-12-11#pregnancy #AskingAsAMom 40weeks 3 days
- 2024-12-11hye Mommy..sy nk tnye kalau berat baby 3012g tu brape kilo..Saya dah 38 weeks 2 day#bantujawab
- 2024-12-11Hi mummy . Macam mana nk tambah selera makan ye .. sejak tau pregnant makan sehari sekali je sbb tk selera dgn mual muntah lagi .. tak bole tgok nasi, masak apentah lagi.. nak berbaring dan tidur je sbb nk elak mual muntah tu .. jadi ada suggest tak makanan apa bole masuk time time macam ni .. baru 7week
- 2024-12-11Assalamualaikum semua mommies . Saya nak tanya ada tak yang bagi baju baby nb yang tidak dipakai lagi atau nak proloved baju2 baby boy nb tapi dengan harga yg mampu milik . Saya agak dalam kesempitan utk membeli baju baby dalam masa sekarang lepas banjir baru2 ni . #SeriusTanya #bantujawab
- 2024-12-11tu dikira pregnant ka ? sebab 3hari dah rasa cramp perut sakit pinggang belakang pening kepala lepastu badan ya allahh mengah tatau nak cakap macam mana dia punya penat tu lain macam jalan sikit pon penat , tu pon dah dikira pregnant ke? ibu ii mommy? boleh tolong terangkan
- 2024-12-11Mommies ada tk yg muntah² msuk hujung pregnancy, saya tunggu hri je nk brsalin 16/12 ni kena serah diri sebb dh overdue, masa ni la pn tk sihat muntah² batuk² sebelum ni ok je
- 2024-12-11Assalamualikum momies2 nak tanya ad x siapa2 pernah naik ketulan dekat ketiak mcm dekat gambar bawah, ni sy ambik dri Google sbb ketulan tu lebih kurang mcmtu.. (sy fully bf). Ketulan tu bila kita picit keluar susu dan tak sakit pun .. Ni da 4bulan,ketulan ni naik time sy berpantang hari ketiga.. Sy ada tny doktor and doktor suruh Tuam saja.. Tp da 4bulan xhilang2.Sy da urut2, tuam hari2. Xpernah lagi kena bengkak susu. Sbb sy bf (2y&4m).ad x cara lain nak hilangkan ketulan tu? Risau pula jadi benda lain kalau lama2
- 2024-12-11helo moms2 peranah tak sakit susu badan, 1st tu ada putih kat puting, anak 1bln lebih hisap sakit sgt, susu tersumbat, dh 1minggu sakit, ketulan xhilang mkin keras.. dh tuam air suam, air sejuk dan mengurut, pastu skg ne tgh mkn ubat antibiotik ada xperna mcm sy.. mcmna ya nk buat..
- 2024-12-11Bolehke guna cap yuyee masa mengandung sbb perut kembung dan tak selesa? Atau ada minyak yang ok untuk digunakan semasa mengandung? #ingintahu
- 2024-12-11Hi, saya last period 11nov, first cek upt positif, bila g klinik cek upt, negatif. Then balik rumah cek sekali lagi 3 kali guna stick, 1 kali guna clearblue positif. Nak ke klinik lain, klinik kata better tunggu 8 minggu ke atas. Rasa mcm nak cek upt hari² sampai 8 minggu #firstmom 😩
- 2024-12-11anak saudara saya tidak ambik vaksin dari baby lagi. ada possibility ke baby saya akan mudah berjangkit dgn anak saudara dgn virus yg taktahu punca?
- 2024-12-11Kandung berapa boleh minum air Kelapa .kalau 17weeks boleh tak ?
- 2024-12-11Mcm mana nk beli breast pump yer ? Saya first mom xtau nk beli size apa kiraan size mcm mana semua .. mcm mana kite nak tahu kite punye nipple size apa ?#SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-11Assalamualaikum semua, nk tanya susu apa yg sesuai utk anak 2 tahun yg sembelit ye#firstmom #SeriusTanya #bantujawab #ingintahu
- 2024-12-11Hi Mommy's, nak tanya kalau baby kuning memang kena sulam dgn susu fm ke. Ada tak sesapa yg 100% mmg guna susu ibu je?
- 2024-12-11Ada tak yang bengkak gusi sampai berdenyut² sejak pregnant? Korang buat apa untuk legakan? Atau nak kena jumpa dr mintak ubat?#bantujawab #firstmom
- 2024-12-11Salam , hai semua.. Mohon kongsikan pengalaman jika penah alami seperti Sy..
Sy penah miscarriage, after that period jd kucar kacir semula.. skrg ni dah 3bln xdtg period. Hrtu prnh buat test, results tunjuk samar².. tp bila buat lg guna blue test Tu, -ve.. buat lg Kali ke3, pun -ve. Ada yg prnh alami mcm sy? Apa nk buat ya? Sy juga prnh di diagnos ada pcos..
**Mohon doa jg dr semua, Kami dpt rzeki bby taun dpn.. ttc 3y 🤲🥺
- 2024-12-11Korang. Tolong sy boleh. Ank sy umur 2 tahun 9 hari dia demam, cirit, muntah. Suhu 37.9 dh pegi klinik. Dia tk nk mkn langsung. Susu je. Dr bg ubt dh. Sy rasa dia kecacingan. Najis dia amat la busuk. Warna coklat gelap. Bau hanyir. Muntah2 bau basi. Dia asyik mngadu bontot tk selesa. Sy dh check tkde melecet. Ok je semua. Siap sapu sudo cream lagi nk elak melecet. Ada tanya dr psal cacing. Dr kata tak perlu ubt cacing. Dn dia tak bg pun ank sy mkn ubt cacing. Tapi patut ke sy melawan je. Bg je ubt cacing? Tolong sy ye. Buntu sgt ni
- 2024-12-11Hi mommies, sorry soalan agak sensitif.. Tapi sy nk luahkan saja. Sy tiba2 rasa anxious fikir mcm mana klu baby lahir ada autism.. Bukan nk fikir negatif tapi rasa risau tiba2. Macam mana nk stop fikir benda ni.. #pregnancy #AskingAsAMom #firstmom #Membebelsayang #preganancy #preganancy
- 2024-12-11Hi mom's sya nak tanya skit nie.. sya kn bru brhti mnum pil prancang bulan 12 nie lpastu sya uzur 8hb and hbis uzur 14hb? Masa subur sya brpa hb tu ya? Dan ada kh sya bleh mngandung selepas brhnti minum pil perancang?
- 2024-12-11Salam semua, nak tanya laa tanda tanda bersalin selain pecah ketuban, keluar lendir bercampur darah ape lagi tanda2 besalin ya.. sekarang saya 35 weeks kerap berak2 , bahagian ari2 sakit sgt nak pakai seluar, nk bangun nak duduk pon sakit .. gerakan baby kdg2 mengeras tak kerap.. ni pregnancy kedua ank first czer mmg lgsung tkde pengalaman sakit2 sebelum bersalin
#bantujawab
- 2024-12-11Salam, hi mommies. Alhamdulillah saya excited hari ni. Period dah lambat beberapa hari, breast sensitif, perut cramp sampai sakit pinggang. Sebab tak sabar sgt, petang tadi saya buat UPT, naik double line laju and pekat macam ni. Ya Allah, rasa bersyukur sangat. Saya pernah join club AsianParent jugak, tapi keguguran. Skrg ni tak sure pregnant atau tidak. Esok pagi saya nak test lagi sekali, guna UPT lain, hopefully tidak mengecewakan. Saya ingat dah tak boleh pregnant since saya dgn husband kahwin masing2 umur 31 & 32 tahun. Skrg kami dah 33 & 34 tahun. Ingat dah tak subur dah. Tapi naik double line mashaAllah happy nya kami. Hampir 3 tahun menunggu 😭😭
Tapi sakit pinggang, lesu badan yg saya rasa skrg ni sama macam first pregnancy dulu. 🥲🩷
Doakan kami ye! ❤❤❤
#firstmom
- 2024-12-11Normal ke baby 7 bulan dah makan kn.Pastu berak banyak kali means dlm 2 3 kali dalam sehari
- 2024-12-11Nak tanya dulu masa trimester 1 saya alahan teruk sampai kena tahan wad.. start 14 weeks dah takde alahan tapi skrg nak masuk 17 weeks saya jadi mcm trimester 1 balik muntah2 dan takde selera makan.. Normal ke mcm ni?
- 2024-12-11Normal tak baby baru lahir tapi taknak menyusu. Minum sikit sangat then tidur. Help please. Kita new mom 🥺
- 2024-12-11Harini mcm keluar blood spotting, cemas sgt sbb pernah ada history gugur n prem. Pergi hosp doktor scan alhamdulillah semua ok, n on duphaston. Tp mula la hati ni risau. Ada ke mummies yg pernah alami bleeding 12w-13w? Doakan sihat selamat ya mommy2
- 2024-12-11ada suggestion tak susu formula yg boleh try utk bg pd newborn ?
- 2024-12-11#ingintahu #SeriusTanya
- 2024-12-11Ada tak mommies kat sini yang ada experience bersalin dekat hospital Putrajaya? Okay tak? Betul ke Putrajaya tu half swasta half gomen?
- 2024-12-11Assalamualaikum hai semua.boleh saya tau pemakanan untuk bayi 11 bulan dan kekerapan makan solid food.
- 2024-12-11Baunya harum, segar, suka bau. Tak melikit, tekstur macam air. Rambut pun OK, mula melebat. Guna bila anak umur 12 bulan masa tu rambut anak kena botak tanpa pengetahuan saya.
- 2024-12-11boleh suggest minuman untuk baby 2tahun slain susu formula, dia reject 🫠
- 2024-12-11Anak dah nk masuk 2 tahun 2 minggu lg...tapi Smpai skrg dia suka bgn pkol 2/3 pagi..mula bgn nangis...pastu ajak main...nak tula nak nie lah...bila ayah dia keja malam,dia tak kerap bgn malam ...bila ayah dia ada wktu malam...msty bgn malam...klaw ayah tak layan lg nangis n menjerit...bila sya nk pujuk dia tknak...dia nak ayah jugak...Sya kesian suami nak keja pagi pkol 7...sebab klaw anak ajk main dari pkol 2 smpai 4 pagi...ada tak cara mcm mana nak bt...
- 2024-12-11Salam ibu2 semua,boleh bagi semangat/kata2 yg baik tak untuk sy kekalkan iman senipis bawang dlm dada sy ni haha,kisahnya suami sy anak sulung,orang Perak,sy Penang..sejak kawin 4 tahun lalu hingga sekarang,sy struggle berlawan dgn diri sendiri untuk hidup sebagai isteri dan menantu.Bila mertua cakap apa semua suami ikut,dulu duk Perak rajin balik rumah mak dia,hari2 balik.Bila pindah sini,sy ikut je cakap suami bila pun nak balik rumah mak sy,dah duk Penang pun suami kadang balik 2 3 hari urus hal mak dia padahal mak dia boleh drive,beharta semua elok.Dia ada dua adik laki dan dua adik perempuan semua dah besar.Mak dia tak reti sedar2 ke anak dia dah jadi suami,sy faham anak lelaki sampai bebila tetap mak no 1,cemburu pun ada,geram marah benci kecewa semua ada dlm masa yg sama cuba berlapang dada dgn kerja Allah hmm😔❤️🔥
- 2024-12-11Tak berperi kemanusiaan,gila mata duitan,tak berhati perut
- 2024-12-11Assalamualaikum wb, nak tanya ibu2 pernah tak test upt 2 line.. Tp line nya lebih samar dari 3 hari sebelum ni... Sbb apa ye... Sy cuma risau dgn kandungan sy.. Sapa2 boleh share tak? #5weekPregnancy
- 2024-12-11Mommies kat sini ada tak yg pernh baby dy nangis xmau susu bila aliran susu tiba2 jd kuat . Sy sda pam sblum beri susu tp susah nk kawal klu LDR tu dtg#bantujawab #SeriusTanya
- 2024-12-11Mommies, ada tak mommy yg anak dh 3 tahun masih pakai diapers? boleh tak share brand apa yg tak cepat bocor? saya dh pernah ajar free diapers tapi dia jenis tak pandai cakap nak buang air. Mommy ada tips tak nk free diapers? tq mommy #3tahun_ #FREE_DIAPERS
- 2024-12-11Boikot hospital bersalin razif ni.
Hospital tak berperikemanusiaan. KEJAM!
- 2024-12-11Hi mommies , maaf saya ingin bertanya , normal ke anak 10bulan taknak susu botol ? Padahal puting susu sama je & susu pun sama , dia tolak langsung taknak susu botol 😥, anak saya ni saya hantar pengasuh jadi takut pengasuh stress pulak kalau anak saya taknak susu botol , dia nak makan je 😭😭#ingintahu #firstmom #naktahusangatjawapan
- 2024-12-12https://www.facebook.com/679746658/posts/pfbid02V4vXvAZBPPKojbSiRbHoRnF4LdmTk8Hy5JLNttrFxPYC5k59PumDx1atFBBxPhSXl/?app=fbl
BAYI SATU MATA dan TIADA HIDUNG.
Sebagai pakar maternal & fetal medicine, saya sudah lihat kes-kes sebegini banyak kali. Inilah bidang kepakaran saya.
Mai nak habaq kenapa ini boleh berlaku.
Sebenarnya, sejurus selepas persenyawaan sperma bapa dan telur ibu, semua embryo awal yang baru terbentuk ada satu otak, satu mata dan tiada hidung.
Permulaan kita semua adalah sebegini.
Inilah permulaan kita semua.
Sejurus selepas itu, otak dan mata kita membahagi dua.
Hanya jika ada masalah, pembahagian kepada dua ini tidak berlaku.
Sebenarnya, masalah ini lebih kerap dari anda sangka, iaitu sebanyak satu di dalam setiap 250 kehamilan. Tetapi kebanyakannya akan gugur dari awal kehamilan, sebab itulah anda jarang-jarang dapat melihat bayi yang dilahirkan matang dengan kecacatan ini.
Apakah masalah yang menyebabkan pembahagian kepada dua tidak berlaku?
Ada beberapa sebab:
1) Jika ada diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil,
2) Usia ibu yang lebih tua, penuaan telur ovum boleh menyebabkan ada terlebih satu kromosom 13, iaitu trisomy 13. Ini juga dikenali sebagai Patau Syndrome.
3) Beberapa jenis mutasi kepada gene, saya tak payahlah huraikan disini nama-namanya.
4) Kekurangan zat folic acid. Inilah sebabnya folic acid suplimen dinasinatkan kepada semua wanita sebelum mengandung dan semasa mengandung dengan tujuan mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.
Jika ada hanya satu mata, sudah tentu hanya ada satu otak.
Saya boleh lihat masalah ini melalui detailed ultrasound scan 2D, seawal 11 minggu kehamilan.
Lihat gambar pertama. Otak yang normal ada 2 bahagian kiri dan kanan, seperti rama-rama. Otak yang tidak membentuk dengan normal masih lagi tercantum. Inilah dinamakan holoprosencephaly.
Lihat gambar kedua. Holoprosencephaly ini berlaku satu di dalam setiap 8000 kelahiran, tetapi yang paling extreme sekali ialah cyclopia atau satu mata. Cyclopia berlaku satu di dalam 100,000 kelahiran.
Inilah yang saya check untuk semua ibu hamil bila mereka datang kepada saya untuk detailed ultrasound pada 11 atau 12 minggu kehamilan.
Sebab itulah saya selalu beritahu patient saya, ada hikmah disebalik setiap keguguran yang awal. Ada kemungkinan tinggi bahawa keguguran awal itu ialah sebab ada embryo yang bermasalah yang tidak boleh membentuk dengan normal, dan Allah tidak mahu anda dibebankan melahirkan anak yang cacat, maka kandungan itu semua gugur sebelum 12 minggu kehamilan. Ini bukan sebab anda makan buah seperti nenas. Nenas tak bersalah dan bukan penyebab keguguran.
Jangan percaya kepada kenan. Itu khurafat.
Untuk lebih ilmu pengetahuan kesuburan dan kehamilan, anda boleh cari dan baca buku saya, ‘Mai Chek Nak Habaq: 100 Mitos Kesuburan dan Kehamilan.’
Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua..
Salam sayang dari Prof Dr Imelda Balchin.
BAYI SATU MATA dan TIADA HIDUNG.
Sebagai pakar maternal & fetal medicine, saya sudah lihat kes-kes sebegini banyak kali. Inilah bidang kepakaran saya.
Mai nak habaq kenapa ini boleh berlaku.
Sebenarnya, sejurus selepas persenyawaan sperma bapa dan telur ibu, semua embryo awal yang baru terbentuk ada satu otak, satu mata dan tiada hidung.
Permulaan kita semua adalah sebegini.
Inilah permulaan kita semua.
Sejurus selepas itu, otak dan mata kita membahagi dua.
Hanya jika ada masalah, pembahagian kepada dua ini tidak berlaku.
Sebenarnya, masalah ini lebih kerap dari anda sangka, iaitu sebanyak satu di dalam setiap 250 kehamilan. Tetapi kebanyakannya akan gugur dari awal kehamilan, sebab itulah anda jarang-jarang dapat melihat bayi yang dilahirkan matang dengan kecacatan ini.
Apakah masalah yang menyebabkan pembahagian kepada dua tidak berlaku?
Ada beberapa sebab:
1) Jika ada diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil,
2) Usia ibu yang lebih tua, penuaan telur ovum boleh menyebabkan ada terlebih satu kromosom 13, iaitu trisomy 13. Ini juga dikenali sebagai Patau Syndrome.
3) Beberapa jenis mutasi kepada gene, saya tak payahlah huraikan disini nama-namanya.
4) Kekurangan zat folic acid. Inilah sebabnya folic acid suplimen dinasinatkan kepada semua wanita sebelum mengandung dan semasa mengandung dengan tujuan mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.
Jika ada hanya satu mata, sudah tentu hanya ada satu otak.
Saya boleh lihat masalah ini melalui detailed ultrasound scan 2D, seawal 11 minggu kehamilan.
Lihat gambar pertama. Otak yang normal ada 2 bahagian kiri dan kanan, seperti rama-rama. Otak yang tidak membentuk dengan normal masih lagi tercantum. Inilah dinamakan holoprosencephaly.
Lihat gambar kedua. Holoprosencephaly ini berlaku satu di dalam setiap 8000 kelahiran, tetapi yang paling extreme sekali ialah cyclopia atau satu mata. Cyclopia berlaku satu di dalam 100,000 kelahiran.
Inilah yang saya check untuk semua ibu hamil bila mereka datang kepada saya untuk detailed ultrasound pada 11 atau 12 minggu kehamilan.
Sebab itulah saya selalu beritahu patient saya, ada hikmah disebalik setiap keguguran yang awal. Ada kemungkinan tinggi bahawa keguguran awal itu ialah sebab ada embryo yang bermasalah yang tidak boleh membentuk dengan normal, dan Allah tidak mahu anda dibebankan melahirkan anak yang cacat, maka kandungan itu semua gugur sebelum 12 minggu kehamilan. Ini bukan sebab anda makan buah seperti nenas. Nenas tak bersalah dan bukan penyebab keguguran.
Jangan percaya kepada kenan. Itu khurafat.
Untuk lebih ilmu pengetahuan kesuburan dan kehamilan, anda boleh cari dan baca buku saya, ‘Mai Chek Nak Habaq: 100 Mitos Kesuburan dan Kehamilan.’
Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua..
Salam sayang dari Prof Dr Imelda Balchin.
- 2024-12-12Siapa due january tapi dah bersalinn?
Saya rasa baby masih belum masuk laluan sebab perut tak jatuh lagi. Tapi atas dah rasa kosong sebab boleh letak 1 tapak tangan. Confuseddd.
Harap bersalin sebelum due awal bulan nanti 🥺 Tapi itu lah. Exercise nya tidak pun sebab banyak tidur aja 🤣
- 2024-12-12Nak tanya pengalaman semua, kalau scan 8 minggu dh nampak ke? Atau berapa week elok scan
- 2024-12-12Saya czer 6 bulan lepas. Tapi hrini check upt +ev . Hmmm takutnyaa. Sedangkan saya makan pil perangcang. Mcm mna nk buat 😌#risauakankandungan #risauakankandungan
- 2024-12-12#ingintahu
- 2024-12-12Saya tengah pregnant 23w.. Saya nak tanya, kalau kita tak direct bagi susu badan pada anak (pump susu, bagi baby susu guna botol), effect sama ke? Sbb orang ckp menyusukan anak tu boleh kurus. Adakah menyusu tu direct feeding je atau pump pun kira menyusu jugak??#SeriusTanya
- 2024-12-12Bila ya masa yang sesuai utk scan? Sekarang saya dah 6 minggu. Buku pink tak buka lagi, KK bagi tarikh Jan 25'. Sekarang just buat upt test ja kat rumah sekali, klinik swasta sekali. Scan awal sgt takut bazir duit tapi tulaa risau jgk sebab first pregnancy dulu ada bad experience. #AskingAsAMom
- 2024-12-12Berapa minggu dah boleh tengok jantina anak?
- 2024-12-12Ada x anak2 ibu lain portion mkn dri 8m sama je dgn 9m? Mmg mcm tu ke? Klu ikutkn guideline kna mkn 1sudu Setengah sudu senduk nsi utk 9m-11m tp skg msih mkn 1sudu senduk nasi lg. Dah try pelan2 tingkatkn portion tp mmg xleh mkn, nmpk mcm nak muntahkn balik dah mknan tu atau sembur2 je.
Ada x yg msih bgi portion 1 senduk nsi tp berat bdan anak ok? Risau juga effect berat badan sbb skg anak dah start panjat2 nak bjln. Apa pndpat ibu?
- 2024-12-12Hi momies , bayi sy lately dia xnak susu fm/ebm.. nak direct bf ja.. mslhnya susu x meriah utk cukupkan stp kali timing menyusu .please help 1st tme mamy 🥲
- 2024-12-12spe kat sini cucuk depo tapi tetap hamil gak,anak masih kecil ag,ada x tips nk ggurkn kndgan ne..
- 2024-12-12rasa berat, sakit bila nak alih badan. sakit sangat. normal ke? tolongg reply mommies sbb saya baru je pergi jumpa doctor and baby okay je, baby belum masuk laluan lagi tapi kepala dia dah kat bawah lah. lepas je saya jumpa doctor dan scan baby, makin sakit pulak bahagian celah kangkang and vagina ni. ada tak yg sama macam saya? #SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-12nak tanya pendapat ibu2. saya pun dah tanya saranan dr,cuma nak tahu pengalaman ibu2 yg lain.saya baru dpt tahu pregnant(skrg kandungan baru masuk 6minggu) anak sulung masih menyusu bdn+ susu botol. skrg time tido dia akn menyusu. jadi kalau ank sulung menyusu bdn,akn ada effect ke dkt kandungan? lagi2 awal kandungan#bantujawab #risauakankandungan
- 2024-12-12Pregnant ke tidak
- 2024-12-12Hai mommies ada tak anak 12 bulan tapi gigi satu pun tak tumbuh lagi. 🥹 kita nya first mom and risau😮💨#firstmom #ingintahu
- 2024-12-12Nak tanya . Ada tak anak ibu yang masalah kembung perut dan sembelit .. boleh tau susu formula mana yang sesuai dengan baby yang masalah kembung perut dan sembelit ni.
- 2024-12-12macam mana ya
- 2024-12-12Hospital yang tiada sifat perikemanusiaan dan belas kasihan.
- 2024-12-12Haritu, ada terbaca pasal user TAPS tanya boleh ke kalau darah haid dah kering, nak bersama. Aku laaah bila baca mcm nak palakong je sekor2. Baik isteri atau suami ya. Tak boleh nak hadam wei. Astaghfirullah. Hukum ya HARAM bersama kalau masih dalam darah haid, kalau dah kering pun tapi masih belum mandi, tak boleh jugak, HARAM, kena mandi wajib dulu, bersihkan diri baru boleh bersama. Tak sempat nak komen status dah PADAM. Harap user yg bertanya soalan tu baca ye. Tambah ilmu munakahat. Jgn ambil RINGAN benda2 mcm ni.
- 2024-12-12Assalamualaikum. Saya nak tya, saya mengalami sembelit bila amik susu masa preggy. Ada mommies yg ada masalah mcm saya tak? Tp kalau saya amik susu kurma farm fresh ok plak... Macam mana ye nak selesaikan hal ni? Jarang sangat saya amik susu masa preggy ni..risau sembelit
- 2024-12-12Tumpang tanya ini normal ke cirit ya? Baby baru berak sekali je ni.
- 2024-12-12Kalau kita meneran sebab sembelit,ada effect apa2 tak kt kandungan kita.Sy meneran agak kuat sebab x tahan sembelit teruk,lama kt toilet x keluar2.
#bantujawab #SeriusTanya #firstmom #risauakankandungan
- 2024-12-12Hi nak tanya mommies yg ada pengalaman, saya 38 minggu 1 hari , perut mengeras setiap 10 minutes up to 5 minutes normal ke? Dikira contraction jugak ke?
- 2024-12-12#bantujawab
- 2024-12-12Hi mummy nak tnya. Nurse dekat KK ada bagitahu nanti kne cucuk kancing gigi (2 dos) waktu lepas 28weeks. Tapi kalau cucuk dekat klinik luar 1 dos je (kne bayar kan?). Nurse suruh decide nak buat mana satu. Mana agaknya yang okay ye? Cukup ke kalau ambil dekat KK je sebab takde charge macam klinik luar #firstmom #risauakankandungan
- 2024-12-12Hi. Saya nk tanya. Saya dah 8minggu pregnant and saya tengah demam. Nk tanya pengalaman kawan2 dlm ni, kalau tak sihat selalunya akan ke klinik swasta biasa atau pergi maternity clinic ye? #firstpregnancy saya nak makan ubat pun takut ni haha. Buat masa skrg makan panadol biasa je.
- 2024-12-12Salam, siapa ada pengalaman buasir yg jenis terkeluar tu ye? Dr dah check waktu appt daycare kat hospital, tpi dia kata sikit sahaja xperlu risau.. tapi sy mcm x selesa pulak kadang2 rasa gatal.. mmg perlu dibiarkan mcam tu sahaja ke? And dia akan masuk balik ke lepas bersalin? Saya xde masalah sembelit pun, najis pun x keras, cuma pregnant twin je.. ada siapa ada pengalaman sapu ubat apa2 tak?
- 2024-12-12Ada tak yang mcm saya lepas mkn durian rasa nk muntah loya? Mcm berangin mcmtu. Check hb, bp, semua okay je.
#firstmom #3rdtrimester
- 2024-12-12Kulit muka saya jadi kering bila pregnant. Mommies ada cadangan tak untuk pakai produk pelembab apa di muka? Tak tahu produk mana yang selamat.
- 2024-12-12ada setengah orang cakap jangan percaya pregnancy test tu , sebab macam manaa nak mengandung kalau period dah lama tak datang ,hmm dulu zaman anak dara umur 20 period selalu datang 2bulan tapi cukup 7 hari, hari pertama sampai hari keempat keluaar banyak hari berikut mula berkurang , tapi sejak dah kawen baru setahun 2 bulan period terus tak teratur last datang bulan 6 itupon sebab makan ubat turun darah lepas stop terus tak datang , hmm .
- 2024-12-12Due 18/12 Tapi air ketuban. dah pecah pagi tadi. 39weeks . selalunya amik masa berapa lama untuk bersalin ya? sebab contraction mcm tak sakit sgt. Masih boleh tahan lagi.
- 2024-12-12Waktu yang sesuai kite nk buat scan growth berapa minggu nak buat 5HD scan ? #firstmom #ingintahu
- 2024-12-12Salam, hi mommies, due sy 19/12/2024. sy baru je balik dr scan di klinik, dan scan menunjukkan baby songsang dlm kedudukan melintang. Jd apa pendapat mommies dlm ni ya? Atau ada pakar lain yg blh jwbkan beri pandangan utk masalah sy ni. Sy dh sign dh baru2 ni borg utk bersalin normal. Tp tak sangka pula baby pusing saat2 akhir ni. So sy risau, tertanya sama ada nk ke hospital utk inform hal ini atau tunggu sehingga due date baru ke hospital.
- 2024-12-12Mommies ada cadangan tak ? Nk nama jenis bunga gender baby girl hehe #SeriusTanya
- 2024-12-12Boleh ke makan udang masa hamil ya? Sy trimester 2 sudah..betul ke org cakap kalau makan udang nanti anak allergic udang..betul ea?#bantujawab #firstmom #SeriusTanya #Sharing_dong_Bund #ingintahu #risauakankandungan #risauakankandungan #makananibuhamil #udanguntukibuhamil #allergik
- 2024-12-12#SeriusTanya
- 2024-12-12please bagi suggestions sbb nak beli carseat for newborn sampai lah besar 12 tahun. tapi taknak yg mahal beribu. so which one yg okay? koopers, joie or quinton? pls suggest brand and type dia sekali so saya boleh search
- 2024-12-12Hi mommy tolong bagi pendapat.
Saya dari sebelum tau pregnant lagi teringinn sangat nak minum air chagee jasmine tea grapefruit tu. Tapi orang cakap kafeinn tinggi xbagus awal2, betul ke
Padahal sblum pregnant mmg sy cut sugar jarang beli2 air luar 24jam air putih je
- 2024-12-12salam nak tanya boleh ke ibu menyusu badan makan masakan bersantan anak baru tiga bulan risau takut takut kembung perut si anak nanti#SeriusTanya
- 2024-12-12Normal ke tali pusat gugur hari ke 5? ke mcm terlalu awal.. xpe ke yee.. risau laa
- 2024-12-12Hi anak saya 7 bulan setengah tapi belum pandai pusing meniarap. Kalau meniarapkan dia kepala tegak. Tapi dia nak pusing sendiri tu mesti separuh je and finishing tak habis. Tummy time dari kecik selalu buat. Takpe ke 😰
- 2024-12-12Hi. Perlu ke sy pergi ke kecemasan sbb demam, batuk2 pening kpla dh 5 hri. Smlm pergi kk drip air tpi sma je rsa lemau #SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-12Normal ke kalau baby kerap tidur je siang ? Bila cucuk cucuk perut ni baru dy gerak n kick ( tapi kick slow je ) n bila malam dy aktif smpai sy pun tkbole tidur 😢
- 2024-12-12Hari ini saya nak kongsikan perasaan saya
Dalam 2 3hari ni, saya sering dikhabarkan tentang kematian org2 yg sy kenali seperti contoh
Harini,ummi usia 34thn kawan satu sekolah/jiran/teman pertandingan nasyid da kawin anak 2, terlantar sakit setahun sbb leukemia dan harini menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan anak2nya yg masih kecik..Allahu..sebolehnya saya selalu berdoa moga Allah panjangkan umur saya supaya sy dapat curahkan bakti dan kasih sayang buat anak2 saya sbb sy tau peritnya tanpa ibubapa..xkan pernah sama cara ibuayah dan org lain jaga anak itu
Harini juga cikgu saya yg mengajar bahasa english semasa saya di sekolaj rendah menghembuskan nafasnya..Arwah dikebumikan di melaka
Semalam kawan saya amirah kehilangan anaknya yang masih kecil, beliau berkahwin dan mempunyai 2cahaya mata,salah satunya autism..sy sangattttt kagum dgn kesabaran beliau handle anak yg istimewa..perlu bawa ke beberapa kelas terapi,TCA sana TCA sini..balik ke rumah tantrumnya picky eater nya..namun sabar dia melayani anaknya..MashaAllah..sampai sy terdetik nk kasi hadiah bunga masa hari ibu sbb being a really good and strong mommy to 2 little kiddo
Juga saya lihat post2 di FB..ramai yg kondem KKM..erm..katanya hosp HTJ xberikan khidmat yg bagus sbb membuatkan pesakit jantung berada di kecemasan selama 12jam sementara menunggu katil
Saya agak bimbang melihat masalah kesihatan dikalangan kita..mudamudi da dapat kencing manis darah tinggi serangan jantung kegagalan fungsi buah pinggang..makin menjadi2..ataupun pesakit2 ygda ada penyakit tidak betul2 menjaga.. apa dan siapa yg patut dipersalahkan?
Faktor
Stress terhadap diri/keluarga/kerja/jiran/pasangan kah?
Makanan viral yg mana makann penuhh cheese,masin2 terlalu manis2 kahh termasuk pelbagai penambah perisaperasa mcm ajinamoto sos itu sos ini etc2?
Malas bersenam kahh?
Merokokk kerapkahh?
Herba2 ubat2 tradisional kahh?
Yang pasti sy melihat semakin banyak pencemaran be it dalam aspek pemakanan, udara,air, adap dan sosial( be it dlm aspek interaksi dgn manusia mcm ibuayah jiran kawan2 atau pemandu diatas jalan raya-da ramai yg memandu mcm ada 2 3 nyawa di jalan.. atau pon dgn bukan manusia seperti alam sekitar-yg menggondolkan bumi tanpa memikirkan kesannya soon ..segala2nya tercemarr..macammana nk start freshh..mcmne nk baiki?i donno..
Tp yg pasti ni adalah vicious cycle..putaran maut...
Sometime i miss my old me..yg mana kita gembira dapat bermain tanpa takut dgn anak jiran..skrng bahaya anak kena culik la,kena rogol la,kena itu kena ini mcm2 yg kita khuatiri..kenapa jadicbegini..adakah kemajuan teknologi yg perlu dipersalahkan? Tp asbab kemajuan teknologi jugalah makin ramai populasi org tua di dunia..perubatan makin canggih,lebih ramai org2 berusia dapat diselamtkn dgn kemajuan seperti ni..thats y we live in sandwich population now..we got our parent and our children together at home..Alhamdulillah a moment to be cherish together
Bercampurbaur perasaan ini..kekdg sedih kekedg pedih tp apapon..the change start from u..u cannot change the world,just change urself..then u will be the wave that change other
Sy suka tgk kawan saya,anak 4 org..yg menekankan pemakanan sihat..kalo lapar cari apa..
Telo rebus
Kurma
Keledek
Kekacang
Buah2an
Makan on time,tido awal, bgn awal..seminggu sehari 2 tgk TV tu pon xlamaa..
Exercise satu family diwaktu lapang seminggu 3x
(Bukan mcm sesetenghnya..lapar cari makanan viral,jajan2,gula gula warna warni yg punyaa bnyk chemical dlmnya)
Kita biasakan yg betul dan betulkan yg biasa..ayuh kawan2 kita mampu mengubahnyaa
Cuba,cuba dan terus mencuba sampai jadi
Hendak seribu daya, xhendak seribu dalih
- 2024-12-12Lambat period dah 2 hari, pad clean, waktu membuang ada keluar darah. Ada effect apa2 ke ? Risau jugak, tapi belum buat test.
- 2024-12-12salam nk tnye harini saye dah masuk 30w 1days normal ke sakit kt area pinggul ni... nk jln nk duduk nk baring sakit nye tuhan je tahu tu belum lagi naik semput susah nk nafas.. ade yg same mcm tu tk
- 2024-12-12Hai ! Haritu masa buka buku Hb low la pulak. Kena checkup 2 minggu lagi. Ibu tolong recommend makanan apa yang berhasil naikkan hb dengan cepat? Ibu yang hb low amalkan apa ya?
- 2024-12-12Belum ada tanda nak bersalin risau due dah dekat
Kene makan apa eh nak cepat kontraksi
- 2024-12-12sebelum keluar spoting coklat ni , semalam ada keluar jugak ketulan macam darah beku tapi tak banyak sikit je . minta penjelasan ye , saya baru 18 lagi takberapa tahu sangat . terima kasih#bantujawab #firstmom
- 2024-12-12Hai mommy's nak tanya ada tak sini yg masi ada alahan teruk makan itu ini xbole gerak bnyk sgt pun rasa mual. Sbb terasa sgt kandungan kali ke2 ni xsama dgn pertama, yg prtma dlu sblum 12mnggu alahan dh xda yg ni alahan x berkurang dari awal mngndung. Ada yg sama x ?
- 2024-12-12ada tak yang alami sama macam saya, masuk 3rd trimester pergelangan tangan jadi sakit. makin dekat due makin kuat sakitnya. tak tahu nak buat macam mana dah. macam macam dah try masih sakit.
- 2024-12-12Hai..
ada sapa² yang baby dia eczema tak kat sini?
anak saya umur 2 bulan dan doc sahkan dia ada eczema.
buat masa ni dia fully breast feed.
soalan saya, apa pantang larang makan untuk bf mom yang anak eczema ye?
dan kalau saya start bagi susu formula susu lembu boleh ke?#SeriusTanya #bantujawab #ingintahu
- 2024-12-12hi, baby sy umur 39 hari
sy start cmpurkan susu badan dan susu fm
wrna dan tekstur berketul cmni ok x?
berketul2 sket..sehari 4x je berak
- 2024-12-12Nak tnya ... Kalau rasa nak muntah tapi tak muntah , lepastu mulut rasa terliur je knp erk ?
- 2024-12-12Hai mommies🌸nak tanya. Ada sesiapa yang berpengalaman bersalin pakej Eksekutif(FPP) di Hosp Pengajar UPM?
1. Suami boleh teman tak?
2. Bilik macam mana?
3. Any suggestion doctor yang ok sbb ada 5 doctor yg kita boleh pilih
- 2024-12-12Anak saya baby girl nak masuk 4 bulan tapi berat baru 5.2kg normal ke? Saya bagi full breastfeeding sebab susu formula tak ngam dengan anak.. ##4monthsbaby
- 2024-12-12Hai nak tanya, sakit tk membuang lepas bersalin normal kena jahit? Takut nak membuang. Hahahhaha. #firstmom
- 2024-12-12Hi mommies. Saya tgh pregnant 33w and positive GBS. No gdm & ini first pregnancy saya. Dari awal mmg dah buat swab and positive GBS tapi still tak hilang until now. My discharge now dia jadi macam air dah always watery. Pergi check up air ketuban still paras normal. Cuma nya mmg teruk sgt panties asyik basah je. Dah buat semua yg Doc saran kan but masih sama. Dah makan antibiotics 2x and masuk ubat bawah dkt vagina 2x but still sama. Apa patut saya buat untuk kurangkan greenish discharge ni? Saya takut nanti masa bersalin and also malu kalau beranak normal Doc and nurse nampak greenish discharge ni. Nak bersama dgn suami pun malu and takut kena apa2 jangkitan. #bantujawab #firstmom
- 2024-12-12salam mommies .. siapa yang due bulan dec plus yang ada darah tinggi belum bersalin lagi ?? mommies okay ke ?? saya due 20/12 belum bersalin lagi agak risau sebab saya hypertension on methyldopa .. lately rasa penat lain macam .. isnin hari tu doc kk refer untuk masuk wad ,, tapi hospital suruh hold dulu sampai minggu depan .. selagi tak bersalin ni selagi tu la risau .. 😞😞😞😞
- 2024-12-12Hai mommies..Pernahkah dontor scan awal nampak kantung tapi tiada isi?usia kandungan saya sekarang 11 weeks tapi scan tadi tunggu jatuh saja dia blg doktor..adakah mumy sini pernah pengalaman begini tapi baby survive juga?
- 2024-12-12#BabyGrowth
- 2024-12-12Baby baru 22 hari. Normal ke?
Najis warna kuning n moist 😂
Tak kering, tak berketul
- 2024-12-12nak tanya ibu ibu yang masa mengandung breakout, lepas bersalin tu skin normal semula sendiri ke atau kene pakai skincare juga ya? saya tengah pregnant, breakout teruk muka kt bahagian dahi. skincare dari dr ko. mmg dari bujang pakai skincare ni tapi sejak pregnant ni mcm tak berkesan langsung pulak skincarenya. normal ke? 😩
- 2024-12-12Hi mommies. Saya nk tanya ada tak yang berjaya pregnant tapi masa 4-5weeks dinding rahim still nipis? Saya dah buat upt test 2 kali. First saya buat masa 11 dpo (5/12) dapat faint line and test kedua masa 16dpo (10/12) line makin terang. Light brown spotting dh keluar since 11 dpo and last for 2 day lepastu selang 3 hari keluar dark brown smpai la semalam (11/12) saya ada bleeding sikit tapi tak keluar kat pantyliner, just time kencing dia ikut keluar skali darah tu time cuci. Harini (12/12) saya prgi clinic and scan. Dr cakap dinding rahim nipis so most probably saya tak pregnant. Tapi period saya dah delay 5 hari and period cycle saya cantik je selama ni. Ada tak mommies yg pengalaman mcm saya juga?
- 2024-12-12Saya dah 10weeks smlm pi kk untuk scan mslh nya scan xnpk heart beat dan doc buat surat refer ke O&G n scan doc ckp maaf bgi turun sendiri.blik dr hsptl tu tak sedap hati trs ke klinik lain..alangkah tkjut msh ada lg heart beat dia wlpn heart beat slow. Pernah ke korg mcm saya.. Risau
- 2024-12-12#SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-12Najis kuning moist elok 😂
Takda ketul or keras. Normal ke suka meneran macam sembelit
- 2024-12-12Hi semua nak tanya, kalau pregnant and then kena covid skrg ni kena buat apa ye? Kena pergi KK ke? Or cemana? Tak demam pun. Cuma batuk sikit and selsema sikit. #bantujawab #firstmom
- 2024-12-12Boleh suggestkan perancang yang elok?
- 2024-12-12Salam ibu ibu . Normal ke payudara dah mula mengeras ? Saya baru 34 weeks . Terasa payudara makin membesar dan mengeras .
- 2024-12-12Hai mommies, saya first mom, nak tanya bila paling awal boleh start beli brg baby ye? Then brg apa yang patot beli dulu? Sb saya nak mula beli serba sedikit.. Saya baru masuk 4 bulan. Cuma nak tanya pendapat bila boleh start beli#bantujawab #firstmom ..
- 2024-12-12Hi Assalamualaikum, saya dah 35minggu. Teringin pulak nak makan nanas. Boleh ke?
- 2024-12-12Nak tnya baby sya 10bln8hri msk hrini.. bru tumbuh gigi,bhgian bwh,tpi mmng ank tmbh gigi ni mmng ssh nak mkn ke.. ssh hti ank xbrpa nak mkn ni.. blh cdgkn sya apa² x untk ank berselera mkn.. krg pnglm sbb ni ank prtma sya..
- 2024-12-12ada tk ibu² kt sini yg ank 1y4m ke atas yg sekarang kuat meragam . smua benda tkkne asik menangis jee mintk dokong . kadag sampai hantuk kepla dyee . tdo pun nk menangis . tkdapt pape pun nk ngis cm sensitif btul sekarang. ada tk ibu² tgh alami sekarang. ley shre tk nk atasi mcm mna 😭😭😭#bantujawab #firstmom #ingintahu
- 2024-12-12Harini dah hari ke 43 . Masih delay period🩸
Masih ada tanda pregnant . Tp takut rsa kcewa lagi untuk test upt . Sbb results darah dh kluar yg -ve 2mnggu lepas . Kite nya dh la ttc 6thun dh . Mmg menunggu sangat 🥹 Tp bila dpt yg -ve ad jugakk rse kecewa .
Perut dh nampak mcm 2bulan . Kkdg krem bwah perut kanan . Lenguh² kaki . Breast pon jd sengal² sbelah kanan . Ngidam mcam2 makanan . Tak tahan dgn bau menumis mmg akan 🤮 je . Bila scan tade ap masalah . Nk pegi urut pon , tukang urut rsau sbb tkot ada baby dlm perut kta nya. . jd mcm mana . Ad yg sama ke mcm sy . Ap yg perlu sy buat 🙇🏻♀️#bantujawab #ingintahu
- 2024-12-12Saya dapat ubat utk keputihan dari doktor. Saya baru 13 week. Ok x pakai ubat tu? Siapa ada pengalaman? Huhu
- 2024-12-12Hi mommy nak tanya kalau dah masuk 34w memang pernafasan kita akan jadi sangkut2 ka bila malam time nak tido ja mesti tak boleh rasa macam sesak nafas,,kenapa Yee,,,
- 2024-12-12Hii mommies susu apa yg ok ya untuk tambah berat baby? baby saya dh 6 bulan and dh start mkn cumanya berat dia dlm border kuning berat skrg 5.9kg je🥹dia ada eczema juga
- 2024-12-12Mommy pnah x alami bngkak susu? Walaupun dah bagi ank susu tpi still bngkak. Sy dah try pump tpi air susu lmbt keluar. Mcm mna mommy kurangkn bngkak susu? #SeriusTanya #SeriusTanya #bantujawab #firstmom #firstmom #firstmom #ingintahu #risau_sangat#frst
- 2024-12-12Hai mommy ada ke yg mcm ank saya, 3-4 hari lepas anak saya demam on off(suhu x tinggi),lepas 4 hari ank dah lega demam dan tetiba naik ruam2 dkt muka dgn badan, skrg ank naik ruam dah hari ke-2 ,saya pon x pasti ni ruam ke campak..ada tips tak mommy untk handle ank ada ruam, dan dalam tempoh ni anak saya merap sgt dia baru nak masuk 10 bulan🥲#SeriusTanya #firstmom #ingintahu #Sharing_dong_Bund
- 2024-12-12saya ttc, haritu lewat period beberapa hari, test upt naik satu line terang satu line samar dengan brown spotting, lepas seminggu lewat saya period. Mengandung atau masalah hormon? siapa ad pengalaman boleh share tak?
#bantujawab #ingin_tahu
- 2024-12-12hi. first mom here. normal je kan 9 weeks demam demam tak sedap badan pastu loya tekak? perut mcm cramping tapi tak sakit sangat pun sikit sikit je gitu. #firstmom #AskingAsAMom
- 2024-12-12Saya dapat ubat ferrous fumarate dan folic acid daripada klinik kesihatan dan dalam masa yang sama nurse suggest saya makan iberet. jadi saya nak tanya, adakah iberet dan ferrous fumarate tu boleh makan pada masa yang sama kerana kedua-duanya ada zat yg sama dalam tablet. saya takut saya overdose 😅 #firstmom
- 2024-12-12Ikutkan saya dah 31 hari keluar darah(istihadah). Pada asalnya saya tak menjangka saya akan hamil sehingga minggu lalu dlm sehari tu saya ada mual beberapa kali dan membuatkan saya terfikir nak cek upt. Dan seperti yg x dijangka upt strip double line. Dan saya terus ke klinik utk sahkan kehamilan dan betul saya dah hamil 7minggu. Soalan saya,adakah normal utk keluar darah dlm jangka yg lama sdgkan sseorang tu hamil? dan ini khamilan ke2 saya. saya ada suarakan kpd doktor ttapi doktor tidak mengatakan ianya bahaya atau sebaliknya.
- 2024-12-12dah cuci2 tapi masih lg kuar sikit2 ..
- 2024-12-12Baby 9 bulan boleh minum air kelapa tak?
- 2024-12-12Normal ke kalau mengandung tapi darah keluar untuk awal kehamilan? Bln pertama dan bln kedua
- 2024-12-12Baby gerak tak mcm dulu. Byk mengeras dan pusing sikit2 je. Tu kira kurang pergerakan ke? Gerakan cukup 10. Tp pergerakan dia tak memuaskan hati sy. Selalu dia tendang sampai senak.
- 2024-12-12Harini saya dah genap 40 minggu, rasa berat sngt dah bawah ni. Tapi baby happy lagi dalam perut xmau keluar lagi.. doakan saya ada tanda nak bersalin ya.. kalau masih tiada tanda, isnin 16/12 ni kena lapor diri dah kat hospital
#First_Baby#firstmom
- 2024-12-1214w & harini saya 2nd visit to KK tapi kena monitor sebab berat badan turun 1kg 🥲
- 2024-12-12Sush sgt bila buang air
- 2024-12-12Suggest susu yg sesuai
- 2024-12-12kalau time kite bersama . boleh ke guna pelincir durex tu dekt kemaluan suami then bilw tngh bersama ade effect ape ii ke ? sebab bawah sye jenis kering .
- 2024-12-12Semenjak masuk 30 weeks ni, baby sgt aktif bermain. Korg pun sama jg ke ? Lagi2 tgh mlm, dia rajin sgt bergerak, entah apa yg dia seronok sgt tu haha. And tgh mlm jg la asyik terasa nak kencing huhu.
Apapon, semangat ya bakal ibu Februari!
- 2024-12-12haii ibu² nk tnya....sy dh lewat period 9hri...tp upt ngtve....tnda² mcm prgnant dh ada cntoh mual² skit pinggang perut pon rsa mcm lain....klau btul sy prgnant nii kndgn yg ke3....time mngdgkn kdua² ank sy pon jns upt dpt detect jgk dlm sbln bru dble line...kli nii sy rsa takut plk huhu sbb ank bru jaa ckp 2thun 8/12 dan sy plk lhirkn dia scra emrgncy cizer...ank first lhir scra normal 2021...ada spa² jns mcm sy x upt lmbt detect klau prgnant??#bantujawab #SeriusTanya #ingintahu #risauakankandungan
- 2024-12-12nak tanya as first time mom 😆 time dah warded turun tanda pastu dah tukar baju pink tu tak perlu pakai seluar dalam la kan since nak cek bukaan semua ? just curious tq yg jawab
- 2024-12-12Hi baby brp week ya betul2 matang dan boleh dilahirkan ? Seriously i dah lupa brp week baby matang 😅😅😅😅##SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-12#ingintahu
- 2024-12-12Hai mommies. Nk tanya umur 28 anak 2 jarak dkat2 blh x kalau kite nk ikat peranakan terus ? Mental health breakdown sgt2 hampir tiap2 hari nangis. Sakit hati dgn suami lagi. Yg effectnya kite fizikal mental. suami senang lenang je. Rase mcm dah xnak anak lepas ni perit sgt. Bkn menolak rezeki tpi kalau lama2 mcm ni sy rasa sy blh jadi mental. Sy tahu sy bkn ibu yg baik utk anak2 sy tpi sy sygkn anak2 sy lebih dari nyawa sy. Maaf sekadar meluah 🥹
- 2024-12-12Pelik eah ada tk MCm saya ank yg ke4 nii
- 2024-12-12Hi nak tanya normal ke baby 6 bulan lebih tak berak 5 hari walaupun dia dah start makan? Sebelum ni kalau susu badan saja xmakan dikira normal..cuma sekarang dia dah start makan dah 5 hari tak berak.. baby okay tak meragam perut pun xde la keras ##SeriusTanya #bantujawab #firstmom #ingintahu
- 2024-12-12macam mana nak elak berak berdarah yee seram tengok laju jee keluar darah😩#SeriusTanya
- 2024-12-12hi, nak tanya ada tk mummy yg pernah bersalin normal(vacuum)? macam sy first mom bersalin vacuum lepas bersalin ada benjolan kat kepala anak. dalam seminggu tuu dah hilang bengkak tuu. lepas cukur rambut anak baru nie ada benjolan balik. tak pasti benjoan apa. dah jumpa dr cakap mybe effect vacuum tuu darah beku atau air terkumpul kat kepala tuu yg jadi bengkak. dr sruh pantau je kat rumah. mummy prnah tak macam sy? korang ada pape pkai ppe tak risau jugak tkot bengkak/benjolan tuu makin besar.
- 2024-12-12Before ovulation ni perut tk selesa sngt skit mcm nk period rasa kena cucuk ii…norml x seblm ovulation mcm tu
- 2024-12-12Saya first mom, maaf nk tnya pil pa yg sesuai ya?
- 2024-12-12TTC for 6 years++. I tak tau la mcm mna nak ckp. Normal ke kalau bersama tu just 2 bulan sekali? Lately ni mcm xda feel nak minta bersama. Klau si husband xminta, i pun xminta. Sbb dulu selalu sgt xkena layan bila i nak. So i pun hmm entah lah. Make dont know je. Any advice tak? Terkadang rasa mcm dh kurang spark dah kalau teringat balik.
- 2024-12-12hai. saya bersalin dah over 6 months. waktu bersalin mereka jolok pundi kencing untuk keluarkan air kencing sebelum dan selepas proses bersalin. sejak dari tu saya sentiasa ada air kencing bocor pada seluar dalam. dan kalau pundi kencing penuh saya perlu teran untuk keluarkan. selalu rasa tak puas kencing. ada tak yang kena macam saya ?
- 2024-12-12Assalamualaikum mommies.. sy nk tnya.. ada tak mommies yg berpengalaman daftar wad sehari sebelum elective czer di hospital sultan Ismail jb?
Sy msuk wad 18/12 ni.. czer 19/12.. sy nk tnya mse daftar kemasukan wad tu lama tak.. Dr pagi smpai ke ptang ke?😢
Sy risau tentang ank2 sy.. sy ada 3 org ank.. sulung 8.. kdua 6 Dan bongsu sthun .. ank2 tak penah terpisah dgn sy.. sbb sy surirumah spnuh masa.. paling sakit nk tgglkn ank2😭 ank Sy yg bongsu tu takut dgn org . Mgkin ank2 tggl dgn makcik Sy .. sy risau yg kecik tu meraung berjam2.. kdg2 sy pkir nk daftar wad tu sorg2 shaja.. biar suami jaga ank2.. tp suami kne teman gi hspital untuk angkt brg2..
Maaf ayat berterabur..😢 dilemma mak2 nk tgglkn ank..
sy kne elective czer sbb bby sy songsang.. sbb tu kne admit wad awal sehari..
- 2024-12-12Hye ibu2 semua.. Rambut sy msih lg gugur selepas bersalin hingga skrg.. Ank da berusia 15 bulan... Ada tak yg mengalami mslh yg sma mcm sy... Mcm2 produk da cuba.. Rambut da menipis... Sy stress😥😥
- 2024-12-12Hi mommies! Saya 22w positive gbs. Bila check ada leaking air ketuban. Siapa pernah ada pengalaman sama and ada tips tak supaya air ketuban tak leaking lagi sampai baby boleh keluar? Pray for my babies 🙏🏻#risauakankandungan
- 2024-12-12Ibu2 dalam ni penah x nadi laju time mngdung..di sebb kn sy nadi laju jantung bby pon laju..berpunca sy xmkn seblm cek bp pastu muntah..ni kali petama kena..dan sekrg masuk wad..
- 2024-12-13Macam mana nak tahu air susu badan cukup utk baby atau tak?
Dr KK bising anak saya naik 300 gram je masa check up sebulan.
Saya breastfeed dia on demand. Malam pun, dia, bangun 2-3 jam sekali untuk menyusu.
Kencing pun banyak cuma berak 2 kali sehari (banyak) atau setiap hari ( tak terlalu banyak)
Tq
- 2024-12-13Hi mommy; anak saya 1 tahun 6 bulan tak tau cakap lagi. Mama papa pun tak tau. Yang dia tau cakap dog, duck, bird sahaja apabila dia nampak haiwan tu 😭🤣. Pening saya.
Hari2 saya ajar juga. Apa saya kena buat ya.#bantujawab #SeriusTanya
- 2024-12-13Hai assalamualaikum semua, saya nak beri sedikit perkongsian tentang first experience bersalin saya.
Pada 34 weeks, saya dah ada bukaan 1 cm dan mengalami contraction. Punca adalah sebab saya ada GBS (boleh google pada yang tak tahu).
Setakat tu saya okay lagi nak tahan sampai lah waktu 36 weeks saya dah tunjuk tanda nak bersalin. Saya dah start kena contraction yang sangat kuat dan keluar darah. Saya pergi hospital dan Dr kata bukaan dah dalam 3 cm dan terus admitted. Pada detector jantung bayi dah pada tahap yang tinggi dalam 170 ++ dan contraction semakin teruk.
Meanwhile contraction saya tu dah makin kuat dah sangat sakit, bukaan saya tak bergerak seiring dengan contraction. Contraction nak bersalin dah ada tapi bukaan tak membesar. Jadi disebabkan tu Dr kerap check bukaan saya setiap 1-2 jam dan tiap kali mereka check, mereka akan tarik bukaan secara paksa untuk kembangkan dia. Memang sakitlah kan. Start dari jam 8 malam sampai lah ke esok petang jam 2 diorang continously check dah tarik bukaan saya. Tapi bukaan saya masih tak terbuka lebih dari 3 cm.
Esoknya lepas dah kena tarik bukaan tu berkali kali jadi la kembang sampai 4 cm, mereka beri masa pantau dalam 1-2 jam baru lah mereka tolak ke labor room. Itu pun tak bagitau ya, mereka terus panggil baring di bilik saringan dah cakap akan dibersalinkan secara paksa sebab contraction dah terlalu kuat tapi bukaan tak membesar. Jadi mereka pecahkan air ketuban saya dan tolak ke labor room.
Saya masuk labor room dalam jam 2 petang, lepastu bangun dari wheelchair tu air ketuban saya tumpah lah terus kena marah macam la kita kawal benda tu. Saya dengan taktau apanya terus diorang tolak saya kesana kesini kemaskan barang saya kat katil terus bawa ke wad seterusnya. Lepastu memang dah macam cacing kat labor room tu sebab sakit sangat. Dan mereka tak bagi suami teman bersalin. Husband saya dapat jumpa saya esoknya waktu melawat sahaja.
GBS kalau nak bersalin kena on antibiotic 4 jam baru boleh teran baby keluar pada yang bersalin normal. Kalau tak keputihan akan kena pada baby dan menyebabkan infection pada paru/jantung/otak. Dua dua tangan masuk IV dengan sebelah kanan mereka masukkan ubat kuatkan contraction, sebelah kiri mereka masukkan antibiotic. Tapi lepas 2 jam pun bukaan saya masih 4 cm. Lepastu non stop la every 30 minit Dr tarik sampai kembang. Saya memang dah tak tahan dan minta epidural. Takleh fikir apa dah memang rasa dah hujung nyawa je. After that diorang tarik lagi sampai 6 cm dan berterusan tarik lagi sampai la last kat 8 cm dah pukul 6 lebih. Nasib dapat epidural contraction dah kuat gila pun saya dapat tidur. Lega sikit dapat tidur sebab dari saya warded malam sebelum tu saya dah contraction kuat sangat tak dapat baring dan rehat.
Pada bukaan 8 cm, saya dah disuruh untuk cuba teran baby keluar, ada 4 orang nurse dan Dr yang bantu tolak perut saya dari atas untuk bantu baby keluar. Lepastu sebab gunting dapat la dalan 10 jahitan tu. Alhamdulillah keluar juga baby saya.
Dah lepas bersalin pula saya pantang sendiri, ikutkan ibu saya jaga tapi dia pula berterusan terima tetamu. Saya tak tahan memang balik rumah sendiri, bayangkan la dari first day tak rehat rehat kena pressure itu ini. Dan disebabkan sorang sorang handle anak dan diri, saya kena buasir dan bukaan saya infection dalam tempoh pantang. Darah pantang saya non stop hingga 4 bulan lepas saya bersalin. Akhirnya saya dapat tau saya bentan, dan dapat long period sakitnya.
Terima kasih pada yang sudi dengar. Feel free untuk kongsikan pengalaman anda juga 🥰
#Sharing_Bund #firstmom #pregnancy
- 2024-12-13Hi nk tnya knpe ye bby sy dh nk msuk 5 bln tpi skrg tiap pkul 3 pg mesti akn bgun pstu ssah dh nk tdw.. Habis cara dh tdurkan dia ..kdg sampai bengkak mata nya subuh bru tdw.. Urut tukar pampers zikir semua dh buat.. Bgi susu pon dia nak sebelah aje belah kanan sampai yg sblah lg kena pam sbb bengkak dia xnk mnum..klau bgi dia akn tolak.. #SeriusTanya #bantujawab #firstmom
- 2024-12-13Anak saya baru masuk minggu ketiga hantar ke taska tetiba cirit start dari hari Sabtu lepas. Cuma dia aktif, tak meragam dan tidur macam biasa. Ciritnya pun ada kala sikit ada kala lebih sikit. Dia fully minum fm S-26 dari dlm hari cuma time pantang campur bf. 3 hari lepas dah bawak ke klinik doc kata dia ok je cuma kena pantau lah jika makin teruk. Dan doc hanya suggest titis probiotic dlm susu dia. Yg saya perasan kadang dia cirit lepas minum susu, tapi kadang tak jugak. Macam waktu malam dah 2 hari tak cirit ke sbb malam kurang susu. Patut ke saya try tukar susu? Tak tahu nak kata puncanya apa sbb saya tak pernah tukar susu. Doc kata might be jangkit di taska sbb kebetulan ada sorang baby lain pun waktu tu cirit. Similac Total Care ok ke?
- 2024-12-13Hi mommies. Saya nak tanya ada tak mommies2 kt sini yg sangkut kencing manis lepas minum air gula 6minggu lepas bersalin. Apa dr buat ye kalau sangkut. Terus kena mkn ubat ke macam mana. Tolong share pengalaman korang ya. Tq
- 2024-12-13Saya pregnant 23w. Tenaga tu ada tapi cepat habis. Tapi peliknya bila merajuk dgn suami, tenaga tu entah datang dari mana mcm sentiasa fullbar. Kemas rumah nonstop (sebelum ni stop2 kemas sbb cepat penat) 🤣🤣🤣 sampai kereta kena double park pun boleh tolak sendiri, padahal sebelum pregnant pun xde la nak tolak sendiri. Bila dah berbaik je terus collapes, sampai rasa nak MC kerja punya tak larat 😅 penat sampai rasa baby tak gerak.. terpaksa g scan plak lepas berbaik tu 🤣🤣🤣
- 2024-12-13Hi anak sy umur 3 bulan setiap pagi selalu anak saya tidur sampai jam 11am dan mula beraktiviti/bermain selepas dari jam itu. Ada kawan saya saya temgok jam 9 pagi dah bangun dah mula bermain . Adalah normal anak saya suka tidur atau anak saya memang kurang bermain waktu pagi sebab saya biarkan dia tidur ?
First time mom here, sebab pagi pagi nampak baby ngantuk jadi tak sampai hati kalau nak suruh dia berjaga padahal dia nak tidur tapi dalam masa sama saya agak risau kalau tindakan saya tu salah ..
- 2024-12-13normal ke tak ya sebenarnya takde alahan sangat time pregnant ni? saya dah 9 minggu tapi alahan saya kurang sangat. dari awal pregnant sampai sekarang saya cuma tak lalu makan & mual je tapi takde muntah muntah. muntah pun boleh kira 3-4 kali je sepanjang saya tahu saya pregnant. saya scan time 6 minggu 5 hari baby saya okay je, dah nampak heartbeat cuma tak boleh nak dengar lagi. tapi tu lah saya overthinking jugak 🫠😔
- 2024-12-13Hi mommy’s semua, saya nak tanya jika ada pengalaman mcm saya, 16/11/24 saya keguguran kandungan 7weeks,period keluar dan ketul2lan tu keluar , period selama 8-9 hari cmtu, lepas seminggu ada keluar skit2 lg darah. Selang lagi 2,3 ari keluar skit darah. Pki panty liner, mmg selang 3,4 ari mst keluar, perut takda sakit ke apa ke? Saya mmg xda g klinik sbb blm buka buku sbb masa tu bru tahu preg, saya fkir nk tngu period bulan ni nk tgok cmne, kalau x ok saya ke klinik utk scan lebih lanjut. Atau kalau keguguran mmg akn berpanjangn drah tu. Kan kalau kita lepas bersalin ada darah nifas org ckp kan, tapi saya tak pasti bnd ni. Kalau mommy’s ada pengalaman tlg share ya. #ingintahu
- 2024-12-13Assalamualaikum sy dah bersalin 14 hari. Koyak 1st degree termasuk bahagian labia (atas). Harini benang bahagian labia masih ada. Bila ya akan luruh & boleh ke bertangas ?
- 2024-12-13Hi. Saya skrg 8 minggu, tadi pergi scan dah nampak baby, tapi ada fibroid sebesar 7-9cm 😭 nk tanya sesiapa ada pengalaman yg ada fibroid sewaktu pregnant/ ada tips apa apa untuk kecutkan fibroid? Saya risau sangat. Growth baby cantik as expected, cuma ada fibroid besar & perut saya pun nampak besar 😭 #SeriusTanya #ingintahu #risauakankandungan #firstpregnancy
- 2024-12-13Hi moms boleh x share list keperluan hospital yg perlu dibawa.tq yg sudi shre
#33w
- 2024-12-13Hai mommies. sy nk tnya. Masa sy lewat period 2 hari haritu, sy test naik samar je line. lepas tu 2 hari selepas itu, sy guna pula upt jenama ClearBlue yg accurate. Memang dia keluar "Pregnant 1-2 weeks". Selepas tu, hari ini dah genap seminggu sy lewat period, dan kalau ikut kiraan hari pertama last period bulan lepas, Kandungan saya sekarang ni 4 minggu. tapi kenapa bila sy test UPT sekali lagi Subuh tadi, masih naik samar mcm ni ya. Saya takut sy berharap, tiba2 jadi perkara yg sy tak duga. Nauzubillah. Mommies tahu kenapa jadi mcm ni?? Sy nk pegi check dengan doktor pun rasanya belum boleh sebab takut tak nampak lagi. sbb baru 4 weeks. Tolong guide sy mommies.
- 2024-12-13Hai mommys, nak tanya kita baru kahwin 24.11.24 haritu. Sebelum nikah mmg daa period. Should be awal bulan disember ni daa period. Tapi kita lewat seminggu. Patut ke buat pregnant test? #ingintahu alahan mengandung belum nampak lagi tapi emosi tak stabil sungguh ni asyik nk bertekak je dgn encik husband kita setiap hari setiap masa. Encik husband pula asyik nk makan masam masam je
- 2024-12-13ad tak sini ank nye kurang ank menyusu.. ank sy bru 4bulan lebih kurang nak menyusu.. mmng dri kecik klau buat susu susa nk habis nie dh 4bulan mkin sikit pulak minom.. 3oz tu pon susah nak habis kdg minom 1oz kdg 2.5oz gitu jek.. buntu dah rase nk buat ape. sepatotnye die kene susu dah 5-6 oz jugak kan dgn usia die..
- 2024-12-13Penjagaan berkhatan bayi: https://my.theasianparent.com/sunat-bayi-cara-penjagaan
- 2024-12-13selepas berlakunya kes baru2 ini. ramai yg x tahu atau ramai x ambil tahu berkenaan dgn buku pink.
sebaik sahaja anda tahu anda mengandung. sila daftar atau dptkan buku pink. x kisah di klinik swasta atau kerajaan.
buku pink ini berfungsi utk kita tahu update kandung dan kita sendiri. melalui buku pink kita tahu sama ada kita punya kandungan mcm mana. yg paling penting keadaan baby dan juga masa kita melahirkan (ada yg di awalkan mengikut keadaan kandungan dan kita sendiri hasil dr check oleh doktor) .
mmg nampak rumit. kena bawa buku lah. jumpa nurse lah. tp itu adalah ikhtiar kita semasa kita sedang mengandung.
lain2 perkara yg sy nak tekan kan. kena ambil tahu hospital atau klinik (krajaan/swasta) berdekatan. masa operasi dan kos(utk kos rendah sudah semestinya kerajaan) . pastikan ada simpanan wang. utk kecemasan. (bukan baru ada hal bru nak menyimpan. and x perlu pun simpan banyak. simpan sikit2 sblm berlaku apa2 kecemasan. x kira lah kecemasan tu melahirkan ke kemalangan ke apa ke. kita harus ada buar saving.)
- 2024-12-13
- 2024-12-13Hi mommy, nk tya kalau kehamilan xjadi, jatuh sendiri slalu kne rehat mc berapa lama? Kalau buat d&c aka cuci pulak berapa lama rehat n mc? Pantang pula berapa lama kalau usia bawah 10 minggu?
- 2024-12-13Dh 36 week ni bahagian belakang dr atas pinggang ke bahu sllu lenguh ...boleh k urut bahagian blakang stgah badan je..dr atas pinggang ke bahu jee...d
- 2024-12-13macam mana nak hilangkan kuning anak?
- 2024-12-13sy da nak masuk 4buln gndung..Tp perut x nampak sgt..Kalau org xtaw sy gandung..Mesty dorg ckp buncit biasa je hehe..Ada ke yv geng mcm sy..Perut x nmpk sgt masa gandung..Sy rasa sbb sy berbadan besar juga sbb tu x nmp perut sgt
- 2024-12-13Korang nak tanya. Biasanya berapa bulan pregnant korang announce dekat kawan sekerja?
Orang kata kena at least 12weeks baru selamat nak announce. Kalau dah terbagi tahu kawan2 rapat takpe ke? 😭 tak sengaja terbagi tahu sebab morning sickness jadi diorang boleh agak dah. Takkan kita nak menidakkan. #firstmom #AskingAsAMom
- 2024-12-13share la pengalaman, maaf ler sy ni newbie dlm alam perkahwinan, x pandai nk bergaul dgn org, jadi malu nk call/chat biras. Share la tips nk chit chat dgn biras.
#bantujawab #ingintahu
- 2024-12-13Nak tanya sapa ada pengalaman pp type 1 baby still boleh pusing ke? Sy dh 2 kli scan 1st kepala bby d atas 2nd baby melintang sy skrg dh 30 week #SeriusTanya #ingintahu #Sharing_dong_Bund #risauakankandungan
- 2024-12-13Okay je kan saya balik kg masa hari raya ? saya plan nak beranak dekat kg . Sebulan before tarikh due balik
- 2024-12-13Ibu2, sye nk tanya, blh ke klau nk sapu minyak dakam kt pinggul? Rse mcm trgeliat, nk brdiri susah 🥺 klau dduk okay je, nk brdiri tu ambik mse..tq ibu2..
#bantujawab #firstmom
- 2024-12-13Hi mommy's..
Saya nak tanya la, anak2 mommy yg umur sebaya ank sya. 2 tahun ni.. mereka dh mula bercakap ke? Mcm contoh ayat sambung, "nak susu" "nak makan" "ibu nak." (ayat sambung) tp ank sya masih belum mula bercakap lg. Sya ibu dia yg bekerja ni agak risau tentang tumbesaran dia. Lain2 aktiviti dia semua pandai. Main mainan, Lompat, atok, ibu, abah dia ckp dia bole fhm. Tp masih x nk mula bercakap. Puas ajar sebut slow2. Tp dia xnk ikut. Setakat ni dia bole sebut 1 perkataan je.., contoh " abah" "allahuakbar" "jom" "okay" taknak" pelat " wah!" If dia nmpk sesuatu yg teruja bg dia. Ade yg lain lg dia sebut. Tp tula cuma 1 perkataan je. Xde ayat sambung yg nk dia cuba bckp. Sya risau.
- 2024-12-13Bleh ke nak tanya , kalau kira saya dah 5week tapi saya takde rasa macam nak muntah , pening loya , takde rasa kencing kerap , rasa biasa je , normal ke , saya tak pergi lagi klinik scan , please jawab 🥹
- 2024-12-13Saya due period lg 3 hari. Lg cek upt double linenya pekat dan terus naik. Walaupun saya cek tgh hri pun tetap pekat. Tu pregnant ka, atau ada sebab lain #SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-13Sy baru masuk 7week nak tanya jika scan sekarang nampak ke atau kena melalui bawah?
- 2024-12-13Sy ingin bertanya mommy..ini biji apa yerr ada tak anak2 mommy pernah naik biji nie ..xgatal pom mula naik sikit lama2 jd bnyak pulak ##bantujawab #firstmom #SeriusTanya
- 2024-12-13Hi mommies. Nak tnya, ada yang dh pernah buat NIPT test & NT scan? Start buat mggu ke berapa? Blh share pengalaman? TQ..
- 2024-12-13Masa tidur, masa buat kerja rumah, masa duduk, masa rehat semuanya sakit. lagi² sebelah kiri. .apakah sebenarnya? Adakah masalah rahim? Sudah mengalaminy berbulan2.
- 2024-12-13Anak 1 tahun 2 bulan tapi terlalu lasak terpaksa bergerak sana sini. Dukung sana sini berat 8 kg dah. Sy pregnant 6 minggu. Bahaya ke untuk kandungan sy ni? Sy risau sgt sbb time pregnant kan si sulung ni byk bedrest sbb pernah ectopic mula2. Bahaya ke terlalu bergerak byk ni?#AskingAsAMom #adviceappreciated #risauakankandungan
- 2024-12-13Normal kan bila dh penuh fia kurg gerak?
- 2024-12-13Hi Mommy! Nak tanya, ada ke your baby yg baru mula makan and only makan kalau guna jari kite 😅 baby saya taknak sudu. Dgn jari baru makan. One more is air masak. Mcm2 dah buat, dia luek kan balik. Cup yg tekan ada straw pun dah beli 😔
- 2024-12-13ceritakan sikit mommy ? sbb saya teringin dpt bby girl, first anak dah boy, second baby tringin girl pulak, dapat sepasang pon okay dah🤲🏼🥰😇janji anak sihat2, cukup sifat, selalu happy dh bersyukur dah🥰🥰🥰#ingintahu
- 2024-12-13Saya ade soalan. Saya masih dalam pantang 2 weeks ++, boleh ke kalau saya tidur meniarap atau mengiring ya? Sebab ade yang kate kalau tidur mengiring nanti rahim senget ke ape ntahh. Tapi masalahnya saya tak boleh tidur straight gitu je, belakang saya + tulang punggung saya rase sakit kalau tidur gitu lama², saya jadi tak selesa. Please sape yang tahu boleh jawab 🥹
#SeriusTanya #bantujawab #posisitidur
- 2024-12-13hye, baby saya dah lama tak cucuk, last cucuk 3m and now dia dah 7m. Sebab tak cucuk, husb anti vaccine walau sudah dipujuk banyak kali. So saya nk pendapat mummy ii kalau dengan umur 7m sekarang macam mana klinik cucuk dengan vaccine yg tak ambil lagi?
- 2024-12-13Atau sy sorg je? 🤭😅
- 2024-12-13Kalau ad keputihan ketika mengadung warna putih pahtu ada macam air sikit tu takpe ke 🥹
- 2024-12-13Salam. Maaf jangan kecam. Sebelum ni dh 2 kali Saya dtg period sejak habis pantang. 12 Hari yg lepas Saya bersama suami lepas tu Saya terus kencing dn bersihkan part tu.kalau ikut tracker Saya xsubur wktu bersama tu. Hari ni dh masuk Hari ke 10 period Saya delay.Saya xambik sebarang perancang. Fully bf. Pagi tadi Saya dh check upt dn xnaik double line. Tapi rasa macam xsenang dduk selagi xperiod. Apa patut saya buat utk period? Makan pil period? Nenas? Saya xsedia nk terrrpregnant mmandangkan anak kecik lagi. #SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-13(37w1d) Kenapa ya lately ni keputihan saya makin teruk? Selama ni creamy putih je (ye saya mmg ada gbs) tapi seminggu ni dia start jadi kuning & hijau.
Perut saya pun kerap sangat mengeras sehari dua ni. Tapi tak sakit pun. Orang kata contraction tu sakit kan? Tapi saya ada baca pengalaman org perut mengeras n x sakit tapi bila pergi pac dah ada bukaan dan contraction.
Mcm pagi tadi contohnya, dalam sejam tu setiap 10min perut saya mengeras seminit dua 🥲 tapi lepastu dah x kerap mengeras sbb harini saya tidur je dari pagi sbb penat sangat. Tapi baby gerak ok.
Takkan nak pergi pac lagi. Saya baru je discharge dari wad awal bulan haritu 😂
- 2024-12-13Hi ada x ibu2 yg amik pil noriday x dtg bulan . Berapa tempoh pengambillan pil tersebut.. sy dh 6 bulan dgn noriday x dtg bulan.. anak full bf .. #bantujawab #SeriusTanya
- 2024-12-13Siapa kat sini ada pengalaman masa mula scan kiraan cun. Bila masuk 16 weeks scan tu doktor ckp dh mcm 18weeks dh. Tp dr awal mmg betul je kiraan n sama dalam scan. #ingintahu
- 2024-12-13Hi mommys , saya first time mom pregnant 21 weeks , haritu saya scan uri kt bawah and akan repeat scan next week . Saya nak tahu boleh ke bersama dgn suami 😭 sebab kesian dia since tahu pregnant tak bersama lagi hmm helppp
- 2024-12-13Hi mommy’s
saya buat details scan mase 19w sonographer bgtahu ade bengkak sikit & buat kali kedua ms 22w pon sama tp di klinik yang berbeza… saya kene refer hospital untuk monitor buah pinggang baby… skrg 28w & size buah pinggang baby still bengkak…
Sesiapa ade pengalaman mintak share dengan saya please berkaitan buah pinggang baby bengkak. Ape yang perlu buat & cara untuk menenangkan hati ibu ni supaya bersangka baik
- 2024-12-13sy dh hbis period dlm seminggu . tp hrini tetibe keluar mcmni . sy tkut . sy prnh keguguran bln 9 tuhari😭ada ke prnh mcmni?
- 2024-12-13Hii mummies yang ade experience boleh share tak between hospital HTA & Selayang. Which one better ya? 🥹
#firstmom
- 2024-12-13Hi. Saya skrg 8 minggu, tadi pergi scan dah nampak baby, tapi ada fibroid sebesar 7-9cm 😭 nk tanya sesiapa ada pengalaman yg ada fibroid sewaktu pregnant/ ada tips apa apa untuk kecutkan fibroid? Saya risau sangat. Growth baby cantik as expected, cuma ada fibroid besar & perut saya pun nampak besar 😭😭 #SeriusTanya #ingintahu #risauakankandungan #firstpregnancy #fibroid
- 2024-12-13Hi ibu2 , nak tanya...kenapa ya kulit baby menggelupas.. bby baru 9 hari and still ada jaundis #SeriusTanya #bantujawab
- 2024-12-13Hai. Post Sy ni bkn bertujuan nak meminta simpati ye ,hanya sekadar meluah. Ntah la 2 bln ni mmg mslh kewangan berat sgt . Suami pon baru kerja seminggu. Byk Hal tertunggak tp nsib baik brg bby semua dah prepare. Cuma rasa berat sgt2 sbb biasa xde tunggakan . Semua settle ikut date. Sy xde HUTANG pelik ..just rumah sewa Dan loan motor sja tu pon 160rm shj. Bila byk2 tertunggak nk byr skligus rasa perit jugak tmbh simpanan dh hbs.. hrtu xkerja sbln sbb mertua sakit. Ulang alik kesana kemari. Semua pakai duit. Hm semoga mslh niii cpt2 slesai. Sy nk tenang2 je smntra tunggu due hujung bln. Sy stress tp Sy xnk bebankn suami dgn crta bnda ni.. tkt dia tmbh stress .
- 2024-12-13hai nk tanya , anak saya skrg umur 1 tahun 1 bulan , selama nih jdi ep mom jeaa , dia minum susu ibu guna botol , tpi skrgg nih susu dh mula berkurang , sehari tuh terpaksa la bgi dlm 2 kali susu full cream yg kotak jenama dutch lady tuh , kalau nnti susu saya dh kering boleh kea bgi jea susu full cream tuh 5 atau 6 kali sehari ? sbb dh try susu formula dia mmg tknk lgnsung
- 2024-12-13X rasa bby gerak tapi klu pegang perut ada lah bergerak tapi lembut2 saja apa etu nomrl
- 2024-12-13Hai ada x yg macam saya .perut asyik angin ..bila kita makan je dada rasa tak selesa dan rasa debar je ..sampaikan rasa kne tido untuk hilangkan rasa debar ni .sebab tak sanggup nk hadap skit debar ni.ada tak macam saya .
- 2024-12-13Hai mommiess. Anak saya 1y 4m. Belum dengar lagi perkataan dari dia. Patut ke saya risau. Ada yang sebaya tapi anak dah ada words ? Any tips ? Sebab hari2 bercakap dengan anak, no screentime
- 2024-12-13Hi, boleh tau siapa yang fresh transfer Day 3 bila boleh buat upt test ?
- 2024-12-13Saya sekarang pregnant 23w. Hilang motivasi diri bila tenaga kurang, selera kurang, kerja office banyak, boss bagi tekanan. Makan pun just sarapan je, ubat zincofer pun on off. Selalu tanya suami, apa benda yg boleh buat saya happy. Tapi suami pun jem. Sebab sebelum ni suka pergi jalan2 kat mall, tapi skrg ni jalan sikit je habis tenaga, dari nak happy jadi tak happy sebab xde tenaga. Teringin nak happy2 mcm dulu, tapi skrg ni rasa mcm semuanya struggle. Dulu suka tidur hotel sbb nak honeymoon dgn husband, skrg ni husband pun susah nak sentuh kita, husband ada ajak tidur hotel kut boleh happykan saya. Tapi bila sebut pasal “makelove” dia angguk tak, geleng pun tak sama je lah mcm duduk kt rumah mcm tu. Tak seronok lah tidur hotel mcm tu. Mcm tidur dgn kawan je. Tak tahu mcm mana nak naikkan motivasi diri. Siapa ada idea? #firstmom
- 2024-12-13Sejak masuk minggu 19 ni kerapa sangat terjadi perut mengeras. Terutama jika baring terlentang. Ada ka ibu2 pernah rasa begitu. Saya first mom. Normal tak kejadian begitu?? Tapi tak sakit cuma rasa tak selesa. No bleeding/mucus discharge.
- 2024-12-13kejam kejam kejam kejam kejam kejam kejam kejam kejam
- 2024-12-13Normal ke 19 hari dah bsalin tp benang masih ada??
Teroverthinking pulak takut tak luruh2
#firstmom
#jangankecam
- 2024-12-13Assalamualaikum momy2,,sy nk tnye..selepas bersalin czer brape lama kita blh buat senaman utk kurus ye?#bantujawab #SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-13Anak msuk 4bln
- 2024-12-13Salam saya firstday last period 31/10. Kalau ikutkan tracker harini 7w. Ada yang sama tarikh tak? Boleh ke saya nak scan 9w ke atas sbb masih fobia miscarriage bulan 10 haritu. Sebab first pregnant haritu sy terlalu risau dan nervous. 🥺 doakan pregnant kali ni menjadi dan sihat sepenuhnya #firstmom
- 2024-12-13Hai semua , sy pregnant anak ke 2 . Kandungan baru 5week normal ke lepas berak rasa sakit perut atau rasa sakit segugut macam tuh ?
- 2024-12-13Umur baby girl saya 11 bulan. And harini first time kemaluan dia ada bau yang kurang selesa. Setiap kali mandikan dia , saya cuci guna sabun. Apa punca & macam mana nak mengatasi nya ya ?
- 2024-12-13Assalamualaikum, baby tendang2 seawal berapa minggu ya?
Skrg saya dh 11 week 2 hari.. Kadang rasa mcm angin.. Tpi tu tendangan ke sbb perut lapar😂
#bantujawab #firstmom
- 2024-12-13Anak Dah Seminggu TakNak Makan , Bila Makan DikeluarkanNya Balik Dari Mulut , Vitamin Dah Bagi , Ubat Cacing Dah Bagi , Help Any Tips #firstmom #ingintahu #naktahusangatjawapan
- 2024-12-13Saya pregnant 23w anak sulong.. saja nak tanya, kalau macam kita bukan la nak merancang sangat, tapi nak ada gap setahun lebih je.. perlu ke pakai perancang kehamilan? Sebab saya cadang nak biar anak sulong setahun lebih dulu baru nak fikir anak kedua.. ingat nak minta pasang IUCD..#SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-13Assalamualaikum korang saya nak tanya normal ke saya yg high risk sbb obesity. Normal ke kaki kanan lebih bengkak yg besae drpd kaki kiri. Nurse suspect saya edema jee. Tp dia ada mention kalau sakit terus ke hospital. Saya ni was was takut nk gi hospital kene marah ckp kaki bengkak biasa je. Lagi satu saya ni ada potensi kene darah tinggi nurse ckp sbb bacaan bp saya selalu 130. Berbalik pd soalan normal ke keadaan saya dgn kaki bengkak tu? Perlu ke saya pergi hospital?
- 2024-12-13Nak tanya ad tak masalah inverted nipple? Bole share ke😔
- 2024-12-13boleh share x ibu2 pakai susu kambing brand ape ye utk newborn?
- 2024-12-13Macam mana nak bersama suami bila ada anak kecik ye? Takkan nak bersama dalam bilik yang sama dengan anak? Tapi takkan nak tinggal anak tido sorang2 tanpa pengawasan? Baby co sleeping dengan kami.
- 2024-12-13assalamualaikum ibu2. sy akan masuk bekerja tak lama lagi dan sy sudah mula hantar anak sy kpd pengasuh. baby sy bukanlah yg jenis baby easy going.. dia memerlukan bedung, whitenoise dan buai. kalau cukup semua elemen ni, memang dia mudah dijaga dan sy pon boleh buat kerja rumah. tapi, pengasuh taknak guna buaian dan meminta bouncer sbg ganti. selama bbrp hari sy hantar kpd pengasuh ni, pengasuh inform yg anak sy menangis dgn kuat dan sukar dipujuk. letak dalam bouncer pon masih mengamuk. macam mana ya sy nak buat? ibu2 doakan anak sy ya,tq..#SeriusTanya #bantujawab
- 2024-12-13#firstmom #ingintahu #Sharing_dong_Bund hi mommy nk tnya ni betul ke klau suntik perancang ni boleh rosakkn tulang sumsum?
- 2024-12-13Hello.ini ubat apa ya.lupa pula.kotak ubat pun hilang#bantujawab #firstmom #SeriusTanya #ingintahu #Sharing_dong_Bund
- 2024-12-13Hi mommies. Nak tanya kalau saya baru je simpan breastmilk yg di pump dlm fridge(freeze) tak lebih dari sejam, lepas tu sy rendam kan breastmilk tu sbb nak bagi baby tapi baby taknak. Semasa keluarkan breastmilk dari fridge tu dia belum keras lg cuma sejuk sbb sekejap je dlm aisbok. Boleh ka sy refreeze balik susu tu? Btw susu tu sy rendam dlm air panas sekejap je tak sampat 10 minit. Pls help me #ingintahu #firstmom
- 2024-12-1338 week keluar mcm ni knpe yee#bantujawab #firstmom ??
- 2024-12-13Baby 10 bulan 13 hari, masih belum ada gigi! ada geng tak ya!! tak tahu mummy nk risau ke nk rileks sbb anak pertama 😆
- 2024-12-13Assalamualaikum..Sy nk tnya ibu2 ..normal ke kalau kita mkn trlalu bnyak tapi takpenah rasa sengkak atau kenyang..perut sntiasa lapar..kalau takmkn..air liur jadi likat😅..takut jugak mkn telampau bnyak ni..#bantujawab #SeriusTanya
- 2024-12-13ada yg pernah alami ka?
- 2024-12-13hi mommy semua. Ada tak kat sini anak lena kat tangan tapi bila letak terus berjaga? Siang je macam ni malam elok pulak dia tidur. Risau sebab dah nak habis cuti bersalin nanti nak hantar kat orang. Boleh share any tips 🥲🥹
- 2024-12-13hi. first mom here. harini i 9 weeks + badan memang rasa tak sedap & demam. boleh makan ke panadol paracetamol? helppp #ingintahu #risauakankandungan #firstmom
- 2024-12-13Hii ibu ade tak kat sini yang perna melahirkan 35minggu ? Baby berat 2.4 ? Adakah ia normal atau dikira prem #SeriusTanya #risauakankandungan
- 2024-12-13normal ke masuk 32 minggu kulit kering mengelupas dan kemerahan kdang pedih mcm kena eczema, sbb sebelum ni tak pernah ada masalah kulit tapi skrang dekat pelipat mcm celah kelengkang, ketiak, belakang badan, leher , antara tengah dan bawah payudara .. ada momies yg sama tak .. #SeriusTanya #ingintahu
- 2024-12-13Makan somtam smpai dah nak habis baru teringat somtam dari betik muda.. ada yang pernah makan somtam tapi kandungan baik2 saja... Ada tak? Kandungan baru 6week 🥺🥺 risau sbb ada history gugur.
- 2024-12-13Saya 36weeks…janin bergerak kuat dari biasa..normal ke? Atau saya perlu pergi ke hospital..? #SeriusTanya #risauakankandungan
- 2024-12-13Hai mommy,nak tanya boleh ke minum kopi Dan teh ketika hamil, nurse kk ckap tak boleh minum, Sy jdi tkot risau nk minum, Sy pengemar kopi tak dpt minum rase mcm something sgt 😣#AskingAsAMom
- 2024-12-133 jari belah kiri saya kebas dah 2w, dah refer doktor apa semua. dah tukar ubat supplement dari calsium kepada obical, so hari ni 2nd day mkn obical tu.. tapi rasa mcm makin worst pula 😑 haritu doc kata ada ubat spray tapi no need sbb tak sampai level sakit lagi. cuma sensor dia je berkurang 😅 dah follow senaman dalam utube pun masih sama.. korang ada cara utk hilangkan tak? if tak, mmg kena buat referal letter ke fisio lagi laa saya 🤣 adehh malas betul laa ulang alik fisio... #cts #carpeltunnelsyndrome #kebasjaritangan
- 2024-12-13Berapa range harga scan swasta? Nak scan utk 6 minggu
- 2024-12-13Halo..nak tnya..bby 11 bulan dah blh mkn nsi ke atau prlu bubur lgi
- 2024-12-13Hi bole suggest produk apa yang okay utk rambut gugur lepas bersalin ? Sebab makin hari makin bantak rambut gugur. Tak larat kemas rumah haha
- 2024-12-13Hi mommies saya first time mom here, saya nak tanya jahat tak saya kalau saya perlukan pengasuh untuk jaga anak saya tapi saya wfh je . Sebab saya agak letih hari hari uruskan baby seorang diri kadang sampai tak sempat mandi. Dah malam baru mandi. Tapi saya tak sampai hati nak bagi anak untuk orang lain jaga tapi dalam masa sama saya penat sangat. Oh lagi satu sebenarnya saya ada sakit skoliosis dan jantung sebab tu saya agak lemah sikit untuk aktiviti fizikal yang berterusan. Apa pendapat mommmies kat sana ?
Sekarang ni saya pujuk hati saya yang anak saya lagi 8 bulan akan setahun dan dah mula faham keadaan sekitar dan faham apa kita cakap compare dengan time dia bayi ni. Tapi korang rasa patut ke saya pujuk hati atau ambil pengasuh ?
- 2024-12-13Hi mommy. Muka sya start naik jerawat dan burn bila pregnant haritu. N msa pregnant sya mmng tk pkai ap² products sbb tkut akan effect dkat baby. Now sya dh bersalin n baby dah nak masuk 4 bulan. Baby saya full bf. Ada tk mommy yang tau ap² products yg ssuai utk bf mom ?. Muka sya jenis berminyak dan cepat peluh. Keadaan muka sya skrng penuh bekas jerawat , burn dan ada sikit² jerawat yang tumbuh. Klau orng tengok muka sya mmng nmpak suram tkde seri langsung. Umur bru 20+ tapi dah nampak mcm 40+. Smpai orng lbih tua dri sya pnggil sya mkcik. Help me please. Sya tk confident nk kluar rumah. Lgi² kluar dngan kkak sya. Sbb orng akan ingat sya kkak bila tngok muka sya lebih tua. Rsa nak pakai topeng ja. Tkmau gi mna² nak terperap dlam rumah ja. 😭
- 2024-12-13normal ke eh tak turun tanda ii major nk bersalin lagi ? saya due 17/12/24 tapi tanda nk bersalin pon tk turun lagi🤣baby just kicking biasa ii je #SeriusTanya
- 2024-12-13Maaf nk tnya vitamin ibu mgndung folic acid tu untuk apa ya betul ka stengah org cakap x bleh mkn sngt tkot ank jadi besar & susah nk melahirkn ...rsa tkot & risau plk bila fikirkn
#bantujawab
#SeriusTanya
- 2024-12-13Assalamualaikum. Hi mommies.
Sy nak mintak tips macamana nak hilangkan rasa sebu perut ye? Rasa berangin je. Macam perut ni penuh dengan angin. Padahal makan dah, takrasa lapar lagi dah makan. Bukan lambat makan lah senang cakap. Tapi keep rasa bloated je. Jadi uncomfortable rasanye. Nak tidur ni pun rasa takselesa.
Sekarang ni sy baru 6 weeks
terimakasih..
#firstmom #ingintahu #BantuSaya #SeriouslyNeedMoreInformation
- 2024-12-13Hi moms.. boleh suggest supplement yang bagus dan selamat untuk perkembangan janin dan otak.. thanks you
- 2024-12-13Hi mommies, ada yg makan kurma sepjg pregnancy ke? Biasanya korg mkn berapa biji sehari ? Ada kesan apa-apa tak ?
#SeriusTanya #ingintahu #firstmom
- 2024-12-13Hai mommy's sy nk tanya normal ke kalau mlm je perut sy slalu skit dekat ari2 belah kiri..kandungan dah 14 mnggu lebih..lg 1 kk tempat sy xpernah bg apapa vitamin sepanjang sy pregnant..kenapa ya
- 2024-12-13#bantujawab
- 2024-12-13Hai.. saya sekarang dah minggu ke 40. Ikut kan due date 14/12 tapi baby masih berseronok di dalam perut lagi. Ada tips tak untuk nak naby cepat keluar?#firstmom #bantujawab
- 2024-12-13Moms , ada yang pernah experience baru minggu ke 5 tapi dah mual teruk ? Saya mual sangat sangat . Rasa nak perah buah lemon tu dalam mulut . Apa solution ye untuk kurang kan rasa mual tu ?
- 2024-12-13Saya pelik,bila ank dah 9bulan makin nampak muka ex pula ,sedangkan terakhir Kali saya berhubungan dengan bapa Budak sekarang …binggung sendiri..,
- 2024-12-14Assalam semua, nak tanya. Saya tgh 1st pregnancy dan selalu overthinking baby ok ke tak. Nk scan selalu tak mmpu la pulak. Skrng dh msuk 15 minggu. Mcm mana kita nk tau baby dlm perut ni sihat ke x, ok ke x semua tu ye? Alhamdulillah stkt ni smpai skrng tak prnh ade bleeding. Tp tulah even baby bump pon still confuse ni bump ke buncit jd nya mcm² fikir dia ok ke tak ok ke sbb kita pon belum dpt rasa dia tendang ke apa 🥺. Kdg² rasa je cramp kiri kanan. #bantujawab #firstmom #ingintahu #risauakankandungan Hrp sgt ibu² dpt bantu 🙏🏻
- 2024-12-14Macamana cara nak set appointment untuk buka buku pink ya?
- 2024-12-14Mummies . Saya dh 36w 2d , kalau keputihan campur darah tu , normal ke ye . Nak cek tp tak tahu nak ke hospital terus atau macam mana
- 2024-12-14Assalam,hai mummy2 semua..sy 29 da 17week kena chicken pox.pengalaman pertama.apa ubat y sesuai ye?smlm saya g klinik doktor xbagi ubat,baru keluar 5 bintik merah.bangun pagi tadi da 1badan nampak merah2.ada pantang larang makanan dan sabun tak? #bantujawab #firstmom #SeriusTanya #risauakankandungan
- 2024-12-14nikah x sampai 1tahun, terus mengandung
dah hidup bertiga x puas hidup berdua
x smpt nak honeymoon
x puas nak tido bagun lewat
bukan x bersyukur..
masa kahwin hr tu pun dah bincang ngan suami. nak merancang atau berserah Allah.
suami ckp, klu ada rezeki dan amanat kita. klu xda, mun rezeki juga.
mslh nya tiap kali tgh buat kerja mcm cuci baju. badan penat sngt.
hr ini tgh mandikan anak. anak lak berak kena baju.rasa marah sngt. tp marah pun x guna
budak umur 1 bulan apa tahu
cuba positif kan diri...
aku takut aku meroyan atau jadi apa2
- 2024-12-14Saya dah kawen hampir 2 tahun. Nak kata ttc tu tak lah sebab setahun tepat kami nikah dapat hadiah “double line”. Tapi sepanjang perkahwinan kami saya susah betul nak dpt suami sentuh saya. Tiap kali saya ajak dia mesti alasannya penat. Bulan last sebelum saya pregnant ni mmg sebulan tu kena merajuk baru suami setuju nak sentuh saya itu pun kena saya yg naikkan adik dia dulu, saya kena gomol2 dia dulu. Then sejak pregnant ni lagi la susah, saya teringin dia yg dtg dekat saya. Sejak pregnant ni saya dah mula tawar hati. Sampai skrg dah 23w, skrg dah hampir 3 minggu saya x minta, last 2 minggu lepas naikkan adik dia, tapi dia buat bodoh je, saya nekad itu kali terakhir saya minta pada dia. Selama 23w saya pregnant, sikit pun dia xde rasa nak apa namanya tu “foreplay” kut bagi saya turn on. Last week dia ada ckp pasal urutan prenatal. Saya dgr je dia baca2 info tu, saya tanya dia “abg sentuh syg pun susah, mcm mana abg boleh nk cerita bab2 faraj dgn syg?” dia diam je. Sebab pegang area situ pun dia xnak. Then sejak hari tu saya dah mula rasa awkward dengan dia. Saya baik2 gelak2 dgn dia pun atas sebab saya ni isteri. Tadi dia ajak saya mandi sama2, tapi saya rasa dah geli dengan dia. Saya tolak tapi xde la saya ckp saya geli, saya ckp saya dah xde rasa spark dengan dia. Sebab sebelum ni saya selalu ajak dia mandi sama sbb nak goda dia. Saya minta maaf pada dia. Pastu dia diam je xde pun pujuk ke apa. Saya masih lagi menaruh harapan, sbb dia dah tahu saya ni nak apa, atleast bagi lah, buat lah asalkan isteri ni happy. Sebab kita bukan mintak duit pun. Huhu. Saya sampai mimpi2 makelove dgn dia, bangun2 tu saya terus cerita kt dia. Saya ckp “sampai bila nak isteri ni dpt dalam mimpi je? Sampai jin menyerupai abg ke?” dia xde respon utk berubah pun. Still ckp penat. Entah lah.. skrg saya dah geli dgn dia.. awkward dgn dia.. tak tahu lah apa nak jadi..
- 2024-12-14Apa beza dua² susu ni. Boleh share pengalaman korg tak?
Ada yg cakap susu ni tinggi gula. Saya tak pasti nak gantikan dgn susu jenis apa.
Credit picture : FB Nornadiah Othman
- 2024-12-14Saya nk tanya normal ke eh ? saya dah 14w tapi alahan mengidam apa semua tu tkde , dari first tau saya pregnant ,
- 2024-12-14Saya baru 6w dan kena alahan mual muntah..betul ke saya ni terbawa2 sangat? Macam mana korang boleh buat kerja walaupun ada alahan? Saya ni pergi ke tandas pun kena slow2 sebab rasa pening dan nak pitam..24jam saya rasa mual tu ditekak tau..saya terbawa2 sangat ke? Dah cuba kuat tapi still sama saya tak mampu 😞 baring je seharian tu pun masa baring tu pun loya
- 2024-12-14Normal ke anak ketiga sebab anak yg sebelum ni tak pernah rse
- 2024-12-14Ada tak dekat sini yang period nya x regular. Jadi nak tgk due date kena scan baby saiz macam mana and due date berubah-ubah?
- 2024-12-14Sy skrg sgt overthinking tentang kandungan sy ni. Sekarang dah 6 minggu tapi tak rasa apa2 hanya kerap hidung tersumbat je. Morning sickness, beast sakit apa semua tak ada. Baby sy ok ke tak. Sy risau sgt. Nak scan ke klinik swasta tak mampu. #pregnancy
- 2024-12-14Hi, 1st time mom here. 1st scan confirm pregnancy, ada kantung ukuran 5w3d dlm rahim. Next 2 weeks scan lagi, nampak janin 6w4d tp takda hearbeat. Doc terus buat surat refer hosp. But then saya tak pergi pun hospital, after 4days, ada spotting brownish/cocoa. Now upt 2 line cuma dah tak pekat mcm memula tu. Takda heavy cramp pun. Apa patut saya buat? Btw, period saya tak teratur, takda alahan cuma lately lepas makan je rasa loya. Tp makan selera je. Breast pun still sakit. Mohon bantuan other experiences mommies 😊
- 2024-12-14hi mommies, buku pink mommies buka weeks ke berapa & apa je yg mommies bawak? ni anak ketiga tapi lama sgt jaraknye so saya pun lupa 🤣 #bantujawab #ingintahu
- 2024-12-14Hai mummy , saya nak tanya ada tak diantara mummy semua pernah sangkut pregg if amik pil perancang ? Macam saya , saya amik pil perancang Noriday and Dr ada cakap if makan ubat pun still boleh sangkut ... Semalam saya ade bersama suami tapi suami lupa nak pakai condom and lepas dalam .. risau pulak saya anak baru 6 bulan .. risau pregg pulk then takut Dr dan nurse marah Sebb tak jarakkan umur #SeriusTanya #bantujawab #firstmom #ingintahu
- 2024-12-14Hi mommy semua...Sye first mom nak tnye la ...sepatutnya anak merangkak dan duduk usia berapa bulan?? Anak Sye 5 bulan 18 hari masih x blh duduk tegak...kalau duduk kan dia mesti tumbang ...still lagi Oky kan dengan usia tu
- 2024-12-14Hi mommies , normal ke kalau najis sangat banyak dan texture berair warna kuning untuk baby 2 bulan ? baby fully bf . baby tak ada meragam cuma selalu jugak dengar perut dia bunyi2 masa tidur . apakah itu cirit ? #SeriusTanya #bantujawab #firstmom #ingintahu
- 2024-12-14Nak tanya,baby 1 bulan ada vaksin tak?? Takpe ke kalau hantar anak checkup lambat sikit? Hariini bby saya 1bulan 3 hari,belum checkup lgi..tunggu isnin baru hntar checkup
- 2024-12-14Mata sy nmpk faint line .. mata korang ?? Doakn ya
- 2024-12-14Baby 1 bulan 3 minggu .. menyusu smua ok .. tapi bila tidur ada bunyi kahak .. kalau bangun bunyi kahak hilang .. normal ka ada bunyi mcm tu atau memang ada kahak
- 2024-12-14Klu utk second pregnancy, bila buka buku pink bru, klinik minta x buku pink frst pregnancy? Tp klu buku tu dah hilang mcm mna ye?
- 2024-12-14Ada tak yang pernah alami mcm sy... Terpregnant pulak... Skrg anak baru 1tahun5bulan...saya cezer... Rasa2 boleh ke teruskan jea
- 2024-12-14pernah tak scan nampak pistol tapi keluar gegirl , risau pulak mommy 😂 berharap sangat kali ni baby boy sb anak pertama dh gegirl ..
- 2024-12-14Normal ke dah masuk 13week tapi muntah2 makin teruk kadang sampai tk larat nak makan 😭
- 2024-12-14Mummy ada tak? dia tak ada alahan morning sickness . Tapi badan saya jadi lesu bila berdiri lama jadi sakit kepala dan lemah . Rasa nak baring jer . Ada tak? cara nak atasi? Sbb saya risau saya kerja jdi tak bermaya . Kerap sakit kepala . Sekarang saya baru pregnant 9 minggu #ingintahu
- 2024-12-14Normal ke bayi bf takde berak dalam sehari? Jika bayi kuning selalunya kuning dia keluar melalui najis atau kencing? Sebab baby saya fully bf tapi takde berak banyak kencing je.
- 2024-12-14Assalammualaikum guys. Saya 18 weeks dah. Kerap cramps bahagian peha dan punggung. Kaki selalu sejuk sejuk. Nak melangkah kaki pun berat dan ngilu. Adakah itu biasa.. ni kandungan ke3 tapi pertama kali kena.. kaki saya pun dah keluar urat timbul. Perkara biasa ke tu..#bantujawab
- 2024-12-14Hai smua. Nak tanya memng normal kh rsa mual2 pening2 hilang msa kndungan msuk 6 minggu? Tapi skrng ni sya sakit sgt pinggang smpai ke kaki kiri tak dpt nak gerak kdang pindah plak pinggang belah kanan. Breast dah tak sakit tapi puting tu klau tersentuh lbih2 lgi terkena air saaakit sgt 😅 and normal kh keputihan keluar bnyak mksud sya stiap hri akn ada kputihan mcm creamy2 susu bgtu 🤭
#serius#ingintahu
- 2024-12-14hi, nak tanya anak sy naik ruam macam bntik jerawat kat kepala n muka . yg tuu normal ke ? ada suggestion tak pakai kirm ke pape ? berapa lama ambik masa nak hilang ya . newborn lagi#firstmom #bantujawab #ingintahu
- 2024-12-14Anak Sy 10 bulan 5 hari ..dah lebih 3 hari baby berak keras macam nie ..time berak keluar ..dia teran Dan muka jadi merah Dan mata keluar air ..kesian Tengo mcm nie ..baby Sy start 4 bulan sampai sekarang minum susu enfalac step 2..
Ha tiba tiba mother in law nak tukar susu Fernleaf step 1-3 .start minum nie .baby berak macam nie ..nie normal ke. Anak saya ade makan bubur ..dia susah sikit minum air kosong ..nak tukar susu ke ..
- 2024-12-14Ada sapa-sapa boleh share procedure buka buku pink? Gap 4 tahun dah lupa dah apa stepnya? Husband kena buat blood test jgk kan? Saya dah mesej kk utk book appointment buka buku. Nak tahu step seterusnya, apa yg kk akan buat. Setakat ni saya belum scan lagi kandungan saya
- 2024-12-14Salam mommies. Boleh suggest tak supplement apa yang sesuai consume awal kehamilan? Terutama yang ada sejarah miscarriaged
- 2024-12-14Sy baru hamil 9 minggu. Boleh ke sy makan coklat? Coklat ada mengandungi caffein juga? Tekak ni rasa teringin nak makan coklat #firstmom #ingintahu
- 2024-12-14Hi. Mmy mmy ada pengalaman tak baby dah 8 bulan tapi belum merangkak ? Baby saya boleh meniarap , bila meniarap tu dia berpusing 360 je , dia tak gerak ke depan ke belakang. Normal ke ? Then dia belum boleh duduk sendiri lagi dari posisi baring / meniarap.
- 2024-12-14Ada sesiapa pernah mengalami macam ni? Dua hari lepas keluar dekat pantiliner sikit hari ni keluar mcm ni, sy dah check doktor dua hari lepas doktor kata semuanya okay je baby pun okay tapi saya risau sebelum ni pernah jadi mcm ni dan sy keguguran 😭
- 2024-12-14ada tak mommies kat sini makan perancang pil yasmin? ada effect apa apa tak? sy lately rasa mcm selalu loya & nak muntah. sy dah test tapi negatif je. Boleh jadi sebab pil tu ke
- 2024-12-14Saya 7 weeks, keluar macam ni
- 2024-12-14Hi mommies, nak tanya siapa ada pengalaman/pernah mengalaminya. Bila kita tengah teran berak (paksa sikit) automatically rasa mual then terus muntah. Normal ke macamtu? Lepastu kan kalau sembelit even kita dah membuang sekalipun still ada rasa sakit perut/tak selesa? Rasa macam nak berak lagi tapi takpun. Kadang terpaksa korek sebab keras sangat (maaf kalau geli). Dah makan ubat cair najis tapi berkesan kejap je. Saya jadi overthinking usus/sistem penghadaman saya tak okay ke ☹️ #firstmom #ingintahu
- 2024-12-14hi mummy berapa lama czer ambik masa untuk piried? first mom harini 31d after bersalin risau sbb sebelumni ada bersama suami dan suami lepas dalam. risau lekat balik sbb takready lagi.
~ mummy please jangan kecam saya tahu saya salah~
-mohon komen yang baik baik saya tengah burn out-
#firstmom #ingintahu #bantujawab
- 2024-12-14Saya stop bf anak sy masa umur dia 1year sbb pregnant.
Tapi masatu pun susu sy dah sikit . Dan mmg tkde langsung bengkak susu lepas stop bf tu . Tp rezeki sy utk anak kedua ni tak lama . Dia bertahan slama 15weeks je . Now hari ke 9 sy gugur . Td ada kluar susu . Sy nk tanya normal ke atau tu susu yg lama masa bf anak first ? Saki baki ? Ke cmne eh . Anak yg first skrg 1y3m .
Kiranyaa sy stop bf dia dah 3month . Dia mmg mix susu dari 3bln lagi ..now dah fully fm . Jd sy kompius ni susu dari saki baki bf ank first tu ke atau susu sbb kgguran ? #SeriusTanya #bantujawab
- 2024-12-14Normal ke tak nampak lagi janin
- 2024-12-14Slm mommies, ada tak sini baby kecik 36w bru 2kg.. Dr suspek baby iugr.. 38w nnt knk serah dri sbb baby kecik.. Ada tips tak nak bersalin awal dr tarikh dr bg?
- 2024-12-14Mommies semua nak tanya, saya start susu formula dh 3 hari dah , tpi harini baby baru start meragam mcm susah nk tido lama time siang.. biase okey jer , n poo baby cair sgt mcm cirit .. but tak pasti tu normal or tak? Nak mntak pndapat mommies semua
- 2024-12-14Hi hb saya low. Ada orang kata kerang bagus sangat untuk tambah darah ada juga kata tak boleh ambil berlebihan. Boleh tahu tak agak2 berapa kekerapa ibu sini suka makan kerang dalam seminggu? Dan sekali makan tu berapa banyak ya? Sepinggan boleh ke?
- 2024-12-14Semalam genap 37w scan kepala baby kat atas lagi, DR buat ECV (pusingkan baby) Ya Allah sakitnyaa, tapi tak berjaya pun 😂 DR terus bagi tarikh 24/12 ni untuk czer.
Sape ada pengalaman macam saya, n ada tips tak supaya baby pusing sebelum tarikh saya serah diri nanti? Help me! #firstmom #bantujawab #ingintahu
- 2024-12-14Hii mommy2, demam boleh minum 100plus dan makan panadol tak? Maaf saya first pregnancy.
- 2024-12-14npe ye keluar mcm ni 38week dah 2 hari#firstmom #ingintahu
- 2024-12-14hi nak tanya normal ke baby tak berak? dia mix susu ibu + fm (similac), susu fm tu baru je tukar, and susu ibu mmg lg banyak bg dari fm
- 2024-12-14Kalau baby kicking untuk twin nak kira berapa bacaan?
- 2024-12-14Salam. Anak sy berumur 1y6m n didiagnose nf type 1. Dia blum boleh berjalan sendiri n perkembangan perlahan. So far saya telah ke pakar kanak2 hpkk, umsc, wq health n byk lg. Saya pon telah berhabis beribu ringgit hanya utk berikan yg terbaik pada anak sy. Sy hanya mempunyai seorg anak pada umur sy kini 42 thn. Masalah sy kini emosi sy sgt terganggu n kerap mengamuk n menangis. Sy rasa sgt tertekan n kerap bergaduh dgn suami n rakan sekerja. Sy kerap memarahi suami n mahu berpisah. Sy sedih mengenangkan nasib anak sy nnt. Sy jadi tidak mahu berjumpa sesiapa n sering bersendirian. Suami byk menggalas tgjawab menjaga anak sy. Sy murung, anxiety n rasa nk mati. Tolongkan sy sakit, kepala sy sakit n sy tiada tempat utk mengadu sbb sy xnk berjumpa dgn sesiapa. Pernah juga sy memukul n memarahi anak sy sbb sy stress n tertekan💊
- 2024-12-14sesiapa ada pengalaman or tau apa2 ubat yg kita boleh cuba untuk lawas berak before masuk LR ?? sebab tanak sampai terberak time meneran kalau boleh nak clearkan dulu.. any suggestion ? #firstTime_momhere
- 2024-12-14Normal x berak ni utk baby Umur 26hari?
- 2024-12-14sy x breastfeeding.. sy boleh pakai apa2 produk kan? termasuk yg ada bahan yg x boleh dipakai utk yang menyusu? atau sy pun kena pakai produk yg sama mcm ibu yg menyusu?
start mengandung. stop pakai skin care. makeup pun terpaksa sbb berkerja.. dah bersalin ni rasa mcm perlu jaga diri sndr lebih2 luaran. hahaha
- 2024-12-14Boleh tak rekemen breast pump mesra poket , skrg ni saya riki brand DR ISLA yang jenis corong tu . Kalau mommy mommy pernah guna brand DR ISLA tu boleh bagi feedback tak . Sebab saya first mom 🫠
- 2024-12-14Siapa pernah kena kejang di area betis, biasa mmalam kene, boleh tak cerita pengalaman ibu2 semasa mengalami dan cara mengatasi, rase lemah lutut seharian tu, #ingintahu #SeriusTanya #bantujawab
- 2024-12-14Hello ! Saya nak tanya , kalau nak buat surat beranak untuk anak tapi tak ada sijil nikah dan berstatus single mom . Prosedur untuk buat sijil surat beranak still sama ke ?#ingintahu #SeriusTanya #bantujawab
- 2024-12-14Hai , assalamualaikum mommy2 . nak tanya korang pernah dapat tak ubat macam ni yg misi KD bagi masa first buka buku pink ? Misi KD bagi folic acid dan ubat satu lagi . dekat situ dia cakap vitamin . Tapi sepupu sy cakap , dia tak pernah dapat ubat macam ni . ubat ni utk apa sebenarnya? tu je sy nak pastikan . terimakasih atas maklum balas dari mommy2.
- 2024-12-14Normal ke 20minggu x rasa LG bby gerak ada sama MCM sy tak ya
- 2024-12-14hi momies nak tanya , ad tips tak nak bagi berat badan naik first timbang masa buat buku 65 lepstu bila check up berat turun jadi 63 kena bebel dengan misi , padahal makan rasa mcm biasa je takde skip help me please 😪#SeriusTanya
- 2024-12-14Berapa kerap korg tukar pampers bayi baru lahir bila time malam? Mmg kena set jam 2 jam sekali ke bangun check pampers? Setiap kali berak tukar or kencing pun kena tukar dah?
- 2024-12-14Ibu2 boleh suggest tak krim utk sapu kt perut, untuk elakkan gatal2 dan rekahan teruk.. tq
- 2024-12-14Bagaimana cara bagi anak yg berumur 2 tahun untuk tidur awal di waktu malam?
- 2024-12-14Well.. site ini akan I active kan balik bila I mengandung.. YES!! BETUL!! After 3 years on implanon, now i'm expecting again.. 🤣🥹 6 months after buka implan, terus lekat.. Alhamdulillah..
Team June 2025!!
- 2024-12-14Hai mumy2. Saya hari nie dh 38w. Tadi check bukaan dh 2cm, sbb turun darah. Takde rasa sakit atau air ketuban pecah. Jadi doktor benarkan balik, Dia kata memang ada darah keluar sebab check bukaan. Persoalan saya darah tu akan keluar je ke? Dan kita hanya pantau contraction dgn gerkn bby dan air ketuban?
- 2024-12-14Saya dah 3 bulan lahirkan baby. tapi dulu lupa nak buat urutan sengkak. boleh ke after 3 month baru nak buat ? masih function ke ?atau tak perlu pun buat ?
- 2024-12-14Ank dah msuk 10bulan, sblm ni ank berak pekat tpi harini mcm ni. Ni sbab ank sembelit ke? #SeriusTanya #SeriusTanya #bantujawab #bantujawab #risau #firstmom #firstmom #firstmom #Sharing_dong_Bund #ingintahu #firs1stimemom
- 2024-12-14anak saya baru masuk 2 bulan . sejak akhir2 ni selalu tidur lama sampai 4 ke 5 jam perlu kejut ke untuk susu atau biarkan dia bangun sendiri ya? baby fuly bf #SeriusTanya #bantujawab #firstmom #ingintahu
- 2024-12-14Hai ada mommy yg due 22/12 tak? Dah bersalin ke belum? 😆
Edit : Alhamdulillah, saya dah bersalin 19/12/2024. Baby nak keluar awal. Semoga mummy yg lain dipermudahkan urusan bersalin ❤️
Nak tissue basah murah sesuai untuk newborn boleh tekan link ni 👇👇
https://my.shp.ee/t4c6pzn?smtt=0.0.9
https://my.shp.ee/t4c6pzn?smtt=0.0.9
Thankyou mommy yg support, boleh la buat tambah tambah comission mom anak 3 ni ❤️
- 2024-12-14Sya dh 22 week.. 24 week baru nak buat details scan.. sja nak tnya la.. sya 4 bulan pertama kuat alahan. Then skrg nie muka byk naik jerawat & berminyak. Bentuk perut pula melebar.. smua nie tanda babygirl ke? Sbb sya dh ada 2 ank perempuan. Lebih kurang sama ja symptom nie. Cuma Kali nie pregnant rasa kuat malas, letih , pedih ulu hati.. tu ja beza.. teringin ada babyboy.. sja nak tnya la.. symptoms atas nie mmg lebih kepada girl atau blh jadi boy?
- 2024-12-14Hai . saya first mom . skarang dah 36 minggu tapi baby masih songsang.. 3 hari lepas doktr dah bagi tarikh nk buat ECV .. tapi skrng ni baby aktif main pusing2 pulak . kejap kepala kt bawah kejap kat atas balik.. Sy boleh tau sebb terasa sedu baby dekt mana. Mcm mana nk bgi baby stay dekat bawah je ya?? Ada tips tak? #SeriusTanya #bantujawab #firstmom
- 2024-12-14Kenapaye smnjk 28week bawah perut selalu trasa sakit kalau bgn dri duduk or baring ? Normal ker .
- 2024-12-14ada tak dekat sini yang dah scan nampak jantina ? Skrg 17weeks 2d ..due 23/5/25..share la skit sorang suka2 je ..klau ikut apps cina calendar may boy kan?
- 2024-12-14Hai ibu2..bolehkah ibu menyusu minum nescafe..anak umur 3 bulan ..tq..#firstmom
- 2024-12-14Boleh ke mkn obimin seblum buka buku pink? Saya pregnant dah 6week nak msuk 7week. Cara mkn yg sebetulnya mcm mana?
#bantujawab #SeriusTanya