Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med

Sesi Tanya Pakar kini kembali lagi bersama dengan seorang pakar daripada hospital yang tidak asing lagi iaitu Dr.Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi daripada Sunway Medical Centre Velocity. Tanya soalan anda tentang kepentingan Asid Folik pada 26 Januari 2021 jam 3 petang untuk dapatkan jawapan secara terus daripada pakar yang kami bawakan khas untuk anda. Baca lebih lanjut di sini : https://my.theasianparent.com/kepentingan-asid-folik/web-view *NOTA : Segala persoalan diluar daripada tajuk dan melebihi waktu yang disiarkan, berkemungkinan tidak akan dijawab dan dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Nor Elyana Noordin, Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Sunway Med
51 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Dr saya nak tanya breast sy ade benjolan keras sy sdg mnyusu bole tau apakah itu

doktor kenapa saya makan asid folik, kepala rasa pening nak pecah.. Adakah ia normal?

4y trước

Hi, mengikut maklumat yang sedia ada, folic acid tidak dikaitkan dengan sakit kepala. Sila dapatkan nasihat doktor Puan berkenaan sakit kepala ini.

Dr normal ke makan folic acid, terasa mual, nak muntah, kembung perut?

Salam. Hi Doktor. Adakah asid folik selamat untuk diambil ketika mengandung?

4y trước

Wsalam Dayyah, asid folik selamat diambil untuk mengandung asalkan mengikut dos yang disyorkan. Dos yang disyorkan ialah 400 microgram sekali sehari

adakah benar asid folic harus diambil waktu pagi selepas sarapan?

4y trước

Folic acid boleh diambil sama ada pagi, petang atau malam. Apa yang penting, ia diambil pada waktu yang sama setiap hari

hai,doctor.Nak tanya asid folik ini boleh minum dengan air oren?

4y trước

boleh je awak ..

Influencer của TAP

Adakah waktu pengambilan asid folik mempengaruhi turun naik hb?

4y trước

Okay noted Dr. Terima kasih

Apa akan terjadi pada baby kalau saya tak nak ambik acid folic?

4y trước

Folic acid ialah bahan sintetik untuk folate. Folate pula boleh didapati daripada makanan sepertu sayur-sayuran hijau dan sesetengah buah-buahan. Untuk ibu yang merancang kehamilan, dinasihatkan untuk mengambil supplement folic acid untuk memastikan folic acid cukup dalam badan. Kekurangan folic acid boleh mengganggu pertumbuhan janin yang boleh menyebabkan neural tube defect (NTD). Neural tube defect ada banyak jenis - yang biasa berlaku ialah anencephaly dan spina bifida

Saya lambat tahu saya hamil, takpe ke lambat ambik asid folik?

4y trước

Hi, boleh ambil folic acid sejurus setelah tahu anda mengandung.

Doktor, saya amalkan brand Appeton Folic acid mcm ni boleh ke

Post reply image
4y trước

sya pun makan ni, boleh je