Sleep train baby
Sebelum ni macam2 cara dah guna sejak anak umur 4bulan, dari method paling soft sampai lah last resort anak dh masuk 8 bulan lebih ni try guna method hardcore 'cry it out'. Hampir nak give up hari ke3 sebab memang anak nangis sampai terbatuk batuk tapi cuba cekalkan hati jugak, biar nangis sampailah tertidur sendiri. Hari ke4 (hari ini) rutin yang sama bila nampak je dia ngantuk garu2 mata, saya terus bawak masuk bilik. Tutup pintu memang betul2 bagi gelap, lepas susu saya letak terus tempat tidur dia dan baring berdekatan. Surprisingly, she managed to sleep by herself without crying tonight. Mak nya pulak yang nangis sebab macam tak percaya the method is working, padahal bru hri ke4. Sebelum dia tidur memang dia berguling sana sini dulu, then ada panjat2 atas badan jgk, saya ignore je buat2 tidur tp time dia ats badan saya peluk and tepuk2 sikit. Lepas tu dia berguling balik tempat tidur dia then bebel sorang2, tahu2 je senyap tidur. Sebelum ni memang kalau boleh taknak guna cara cry it out ni, tp disebabkan memang tk larat dah nak ayun atas lengan sebab makin berat jd try lah juga. Alhamdulillah hari ke4 dah nampak kesan positif, anak dah pandai tidur sendiri tanpa didodoi. Moga malam2 seterusnya pun dia tidur sendiri mcm ni juga. Kepada yg nak cuba sleep train baby, banyakkan membaca dulu utk tahu cara yg betul dan selamat. Bukan setakat sleep train ja, untuk buat apa pun kena rujuk dulu pd yg pakar dan baca utk kita lebih bersedia. All the best moms! #firstbaby #sleeptraining #8bulan #firs1stimemom