Macam mana nak kekal positif supaya tak ada rasa iri hati atau dengki?

Maafkan saya kalau entri saya ini panjang. Saya merupakan seorang SAHM mempunyai anak 1. Kira first mom la macam tu. Straight to the point, circle saya adalah kawan2 yang dah jadi wife & dah ada anak & mostly first mom jugak. Terus terang saya katakan, saya ada juga rasa jealous tapi saya taknak perasaan jealous atau dengki ka iri hati atau semacam pun perasaan itu. Macam mana perasaan tu wujud? Saya boleh dikatakan seorang isteri yang “provider”. Sebelum kahwin pun saya seorang yang mementingkan family saya dulu baru saya. Selepas kahwin saya cuba utk taknak jadi provider, tapi at the end, saya jadi jugak provider mungkin sebab dah terbiasa? Action keluarkan duit di mana2 pun macam auto action dah utk saya. Sampai saya segan nak minta suami kalau saya xda duit. Saya tak tau pun kalau suami saya tu ada duit ke tak. Sebab dia tak pernah bagi unless saya mintak tu pun saya segan. Kadang2 kalau takde duit dia memang ckp takde lah. Husb saya bukanlah orang senang tapi saya boleh katakan dia takda sifat provider sangat. Adakah sebab saya terlalu membantu dia? Adakah sebab saya sangat berusaha cari duit sehingga dia rasa dia tak perlu usaha cari duit lebih? Saya taktau mungkin ada silap saya disini. Okay back to the topic, saya perempuan & of course saya ada banyak kehendak. Tapi saya selalu ketepikan bila saya dapat duit dari side job saya untuk komitmen rumah, anak, bahan mentah dan makanan. Jadi bila saya nampak circle saya, diorang sebagai wife selalu share lah kan suami diorang belikan itu ini, diorang selalu shopping2. Beli barang anak banyak2. Sedangkan saya? Cari duit untuk kelangsungan hidup biar pun saya ada kehendak, keinginan saya. Saya pun nak juga shopping, nak juga cantik2, nak juga anak saya serba cukup dan lengkap. Saya taknak rasa perasaan iri hati atau dengki ni. Saya taknak. Tapi dia dtg tiba2. Macam mana saya nak kekalkan positif dengan circle saya yang macam ni? Sedih? Memang saya rasa sedih. Tapi saya taknak rasa sedih ni buat saya jadi iri hati. Saya taknak jadi orang yang kurang bersyukur. Saya nak ikhlas nak redha dengan jalan hidup saya & nak bersyukur. Tapi saya taknak ada perasaan2 macam ni..

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Lagi 1 kan, masa belum kahwin, ya, selalu provide itu ini. Bagus sifat tu tapi kena ada batasnya, jangan lah installment kereta orang lain oun kita bayarakan. Bila dah nikah, dari awal jangan biasakan isteri provide keperluan nafkah. Minta dgn suami. Fahamkan itu bahagian tanggungjawab suami. Pengalaman saya hadapi orang2 yg mohon perceraian dan selepas bercerai ni lah; isteri yg bekerjaya, dah biasa provide itu ini dlm perkahwinan. Peringatan kepada yg belum nikah; bincang dgn suami, di mana tempat tinggal yg dia perlu sediakan, uji kefahaman pasangan tentang tanggungjawab masing-masing suami isteri dlm Islam. Memang ada ya lelaki yg nak kahwin dgn wanita bekerjaya sbb dia tahu wanita tu boleh provide itu ini, so lelaki kasi benih utk anak je. Dah tahu kenal lelaki macam tu, tinggalkan je lah. Jangan cair dgn kata2 manisnya.

Đọc thêm
Influencer của TAP

1. make sure perbelanjaan yg jatuh bawah nafkah, suami yg provide. jangan biasakan diri terus keluarkan duit sendiri. especially yg basic mcm makan minum harian, pampers anak, bil2 rumah etc. Awak tambah mana yg bahagian kehendak je mcm kalau suami dah belikan ayam tapi awak rasa nak makan udang, baru topup guna duit awak. 2. mute status kawan2 yg suka up benda2 macam tu, tak perlu tengok. bukan putus kawan, cuma tak perlu ambil tahu update seharian. Saya buat benda ni & sangat menenangkan bila kita cuma ambil tahu apa yg perlu. Dia ada hak untuk share apa yg membahagiakan dia, kita ada hak untuk tak tengok benda yang tak menenangkan hati kita. 3. Selain tu pun mcm @Mrs Cheng cakap, amalkan surah Al-Falaq inshaAllah Allah jaga hati kita.

Đọc thêm

Saya fhm maksud sis sebab circle saya mostly wife bekerja dan menampung sedikit sebnyak keperluan dlm rumah. Saya pulak sampai terfikir pandai ye diorg cari duit sendiri, bekerja, cari side income lain. Jadi nak buat saya bersyukur dgn apa yg ada. Saya tak pernah tgk status WhatsApp siapa², group WhatsApp saya pun semua saya tak masuk. Mula² rasa sunyi tapi dlm masa yg sama lagi tenang tak ambil tahu. Cuba la. Tahun depan la kot start sakit kepala sebab masuk group sekolah anak 😊. Kalau semuanya sempurna, nanti kita lupa cara untuk bersyukur, kalau semuanya mudah, kita lupa cara utk berterima kasih. Kesulitan bukan hukuman, tetapi cara Allah menjadi kan kita lebih kuat 🌷

Đọc thêm

tah lah sis. saya dlu mmg bekerja dan ramai kawan. lepas dh beranak 1 saya brenti kerja dan jdi fulltime housewife yg mmg x kerja dan xde side income. suami pon mmg tanggung elok mkn minum semua. saya x main socmed sgt dan x amik tau hidup kwn kwn mahupun artis sbb tahu nnt mesti hati ni berbolak balik😄. alhamdulillah ok hidup tenang layan anak je dh penat x dan nak amik tau masalah org lain. ni pon status awk ni saya tgk random je sbb now tgh pregnant nombor 2..

Đọc thêm

bila awak redha InsyaAllah perasaan tu akan hilang,tanam dlm diri dgn sifat syukur,ikhlas,berterima kasih InsyaAllah terasa cukup.kena tgk jgk apa y suami mampu dan tidak..jgn sampai bebankan dia dgn kehendak kita.tp jika sesuatu tu perlu dan penting sis blh mintak dgn suami.satu lg jgn bandingkan kehidupan kita dgn org lain sbb kita x ada d dlam poket y sama.

Đọc thêm

sbb awk terlalu provider so husband awk senang. bila dh kawen, jgn segan nk mintak duit dkt suami, sbb itu tanggungjawab dia. kalau dh mintak, dia ckp xckup duit, xpelah nk buat mcm mana. lepas2 ni, nk apa2 mintak je dkt husband belikan. skincare, susu pampers anak semua la. guna duit suami.

Đọc thêm
1d trước

betul tuu, nk bantu suami boleh tp jngn sampai ambil alih tanggungjawab dia, jangan biasakan suami berada dalam zon selesa "xpe bini aku ada duit sendiri, xpe ank² aku dah ad baju, xpe barang dapur ad lagi".. hujung² kita yg sakit 😌

sifat iri memang ada pada setiap kita.. bezanya macam mana kita tangani je.. cara saya,saya kecilkan circle saya.. lihat & dengar apa yang perlu sahaja.. yang tak berkaitan tak perlu ambil tahu. selain tu boleh amalkan surah Al Falaq & fahami untuk didik diri kita dari ada sifat hasad.

Đọc thêm

Apa yg hak suami kena provide please biar dia provide, saya selalu ada mindset ‘biar suami habiskan duit dkt family daripada habiskan duit dekat org lain’. Jangan ada rasa bersalah lagi2 u are a housewife, lelaki ni kita kena depend on dorang and jgn terlalu independent

Influencer của TAP

Nak elakkan dengki iri hati jealous dan sebagainya, mute, unfollow orang2 yg post nya menerbitkan rasa, dengki iri hati, jealous bagai tu. Try buat. Tengok perubahan

Hidup orang tak sama. Awak yg lebih kenal suami awak. Bincangkan dengan dia dan stop compare.