❤❤.

Hani nak tanya, ramai ke para isteri dalam ni tak kisah pun suami nak belikan hadiah atau tak pada hari istimewa. Contohnya birthday ke, anniversary ke, atau apa-apa kejutan. Ye. Hani tahu, memang ada sesetengahnya tak kisah pun. Tapi kan, bagi Hani, tak salah kan kalau suami yang sesekali hadiahkan isteri dengan sesuatu yang tak dia jangka. Hati orang perempuan ni kan mudah terusik dengan pemberian yang "surprise". Sesekali hadiahkan bunga ke, coklat ke, kek ke, atau apa sahaja yang dia suka dalam cara yang istimewa pun sudah memadai. Tak perlu tunggu hari istimewa baru nak buat surprise. Percayalah, bila sesekali dibuat begitu, isteri korang mesti rasa kebahagiaan itu berganda-ganda. Berbunga-bunga je hatinya. Tapi, kalau si isteri dapat suami yang jenis tak pandai nak buat surprise begitu, why not korang yang isteri, cuba berterus terang cakap yang korang teringin nak something surprise. Contoh, "abang, saya teringin nak merasa pegang sejambak bunga macam orang dok dapat tu. Boleh tak?" Tak salah kan kalau kita sesekali minta benda yang suami kita tak pandai nak buatkan. Tak dapat sejambak, tapi dapat sekuntum pun dah kira okey kan? Pakar motivasi pun dah kata Orang perempuan ni memang pandai karang ayat bunga-bunga. Orang lelaki pulak tak semuanya jenis faham dengan ayat bunga-bunga ni. Kebanyakannya jenis kena cakap je terus terang. Gitu konsepnya. Chill ya?#copypasteFb

 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời