PENGUMUMAN AMARAN

Hai, para ibu ayah yang dihormati sekalian! Kami team theAsianparent mengucapkan jutaan terima kasih kerana penglibatan serta komunikasi aktif anda di dalam aplikasi ini. Kebanyakan ibu ayah menggunakan semua ciri-ciri yang disediakan dengan berhemah dan bijaksana. Namun, sejak akhir-akhir ini, kami telah menerima banyak laporan menyatakan segelintir ibu ayah bersikap di luar jangkaan dan kurang sensitif. Lupakah ibu ayah bahawa aplikasi theAsianparent ialah platform paling selamat dan tidak sesekali bersifat menghukum? Kami sangat terkejut dan kecewa dengan kejadian ini kerana anda selalu menganggap ini adalah ruang paling selamat dan jauh sekali digunakan untuk menghasut, menabur cacian, menghukum, bersangka buruk malah menyebarkan aura negatif dalam kalangan ibu dan ayah sekalian. Ibu ayah, tolonglah bersikap sensitif terhadap komuniti lain dengan memilih NSFW (Not Safe For Work) sebelum memuat naik post atau gambar yang mengandungi unsur tidak menyenangkan. Ingat, aplikasi ini juga dimanfaatkan para ayah yang sangat memerlukan ilmu keibubapaan, jadi pelihara aib kaum ibu dan hormati keperluan para ayah, ya? Walaubagaimanapun, kami team theAsianparent tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan tidak wajar dan menyebabkan ketidakselesaan kepada komuniti lain. Kami mendengar aduan anda dan akan bertindak memberi AMARAN kepada sesiapa sahaja yang melakukan perkara yang bagi kami tidak wajar dan mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan pengguna yang lain. Anda boleh mula LAPOR PENGGUNA ATAU REPORT USER yang anda rasa menyebabkan anda rasa tidak selamat dan bersifat mengganggu. Ingat ibu ayah, butang LAPOR atau REPORT ada peranannya. Kami tidak akan membiarkan anda tergugat dalam aplikasi kami. Kami memohon maaf jika kami tidak melakukan sebaiknya untuk melindungi anda. Kami berharap anda terus mempercayai kami dalam menjaga ruang selamat ini. Terima kasih kepada komuniti ibu ayah yang sentiasa memerlukan kami dalam membantu menjalani kehidupan keibubapaan anda. Teruskan aktif dan berkembanglah bersama kami! Salam sayang, Team theAsianparent

104 Các câu trả lời

Salam..im new here..suka sgt app ni..sgt membantu dgn info2 yg sgt bagus..btw sy 18minggu pregnant 😘

VIP Member

Yes, jangan suka2 nak biadap atau tak sensitif. Sini ramai ibu hamil... Sebaik jaga hati mereka.

Tak tenang nak mencari ilmu di sini dengan perangai sesetengah pengguna 🤦🏻‍♀️

Kan dah kena nasihat ngan admin.😄😄..tq so much admin...😍😍😍

Jutaan terima kasih buat team theAsianparent♥️♥️ much love

A well written reminder! Thank you and let's spread more love and respect 🥰

👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

VIP Member

Tq.. sya masih new.. 12 week. tq info² terkini. suka membaca.

VIP Member

Tq team theAsianparent ❤️ #TAPSupermoms #TAPactiveusers

Gunalah akal dan fikiran yang diberi oleh Tuhannnn

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan